Pengalaman MDS di UiTM Tapah

12/31/2015 10:03:00 pm

Assalamualaikum.

Dah hampir sebulan tak mengupdate blog ni kan. huhu aku pun rindu sesangat nak update blog ni tapi apa kan daya, tak bawak laptop. so, mereputlah bersama-sama assignment kita yaa. tak tahu nak bermukadimah yang panjang lebar sebenarnya ni. okay lah, actually nak story sikit tentang pengalaman sepanjang menjalani MDS dekat UiTM Tapah.

sumber en. google


*22 November 2015*
Kitorang gerak dari rumah pukul 9 dengan alasan rumah dekat dengan UITM Tapah. tapi sumpah memang dekat pun, dalam setengah jam dah sampai dan kalau korang bawak super laju dari rumah aku, maybe dalam 20 minit dah terpacak dekat depan UITM tu kot rasanya. okay first perkara yang aku fikir-fikirkan adalah... aku dapat kolej mana? beta ke alpha? dapat floor berapa? dalam bilik nanti ada berapa orang? huhu sebab kenapa? sebab kawan aku dah cerita macam mana keadaan dekat sana dan nama-nama kolej kediaman yang ada. bila masuk je pintu pagar tu, ada macam dua laluan and masuk lah salah satu yang suka. ni kira macam pendaftaran kolej secara drive-thru lah. sebab bila kau lalu situ, then abang and akak senior akan suruh berhenti then dia akan bagi satu kertas kecil tau. haa dekat situ akan tertera yang korang dapat kolej mana, sama ada kolej alpha ataupun beta. kalau dapat kertas warna hijau, maknanya dapat lah alpha and kalau pink pulak untuk beta. untuk lelaki, ada satu kolej je iaitu kolej gamma. macam aku, aku dapat kolej alpha :)

Sampai je dekat kolej yang korang dapat, ada satu khemah pendaftaran tau. dekat sana korang prepare lah dengan surat tawaran yang korang dah print tu. dekat situ macam untuk korang uruskan pendaftran kolej korang lah. lepas dah selesai tu, korang ada dapat kunci bilik. huhuhu inilah saat yang aku nanti-nantikan!!! aku dapat A6-02-09, ni adalah bilik aku. macam mana nak cari bilik ni? senang je *senang sangat sampai aku pening dan hampir tersalah naik huhu* A6 maksudnya Alpha 6 lepastu 02 tu bermaksud floor korang macam aku dapat aras 2 dan 09 tu pulak adalah bilik korang. dan diingatkan yang aras 1 adalah bawah sekali dan tak perlu naik tangga. haha masa memula masuk dulu aku ingatkan aras 2 tu yang tingkat ketiga tu. hampir je aku nak naik masa tu.

Okay dah settle cari bilik apa semua, mulalah sesi untuk mengangkut barang yang dibawak ke bilik. okay, aku benci benda ni sebab aku bawak barang punyalah banyak. yelah first time nak duduk asrama so, aku tak boleh nak agak apa benda yang kena bawak. serious aku dah macam orang nak pindah rumah pun ada sebab semua benda aku nak angkut dekat situ. hahaha. tak apelah kiranya aku salah satu penghuni alpha yang paling lengkap lah keperluan yang perlu.

pemandangan blok kolej siswi alpha

Okay, dalam pukul 11 macam tu dah settle kemas semua barang and parents di benarkan untuk bawak anak dorang keluar tapi kena balik semula ke kolej before 1 PM sebab around 2 PM dah nak mula MDS. tapi ada je yang parent bawak keluar lelama. takpe faham :)

First day MDS memang aku rasa best gila sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. tapi..... semuanya berubah bila masuk hari kedua. ceewahh lebih kurang macam tu lah. sebab ada yang terlambat semua dah kena marah emm.. faham sangat kenapa akak OC tu marah sebab kita semua kena kejar masa dan tak bolehlah nak lambat-lambat macam ni. okay, kita kena ambil benda ni secara positif yaa :) hari-hari jugaklah kena marah dengan akak OC tu T.T sedih tau kita bila hari-hari kena marah gini.

Sepanjang MDS tu, siswi kena pakai tudung UiTM yang susah nak mampus bentukkan dia dan siswa kena pakai tie yang UiTM rasanya. kan ada yang kena pakai baju kurung putih dan kain warna gelap tu kan, kitorang kena pakai masa second day tu. and aku tak faham kenapa mesti second day dah kena pakai dan dan dan dan dan nasib baik aku bawak baju kurung putih tu 2 helai sebab last day MDS kena pakai untuk majlis perasmian MDS dan amanat dari naib canselor. huhu beruntung gila sebab bawak spare time tu. sebab, kau takkan ada masa nak membasuh segala baju kau yang bertimbun tu, percayalah. aku rasa masa second day lah macam-macam benda nak dibuat. yang tak boleh bla bila kitorang semua kena usung filem x-tray yang gedabak tu ke hulu kehilir tapi akhirnya dorang tak ambil pun dan kena bawak balik. senyumlah korang sampai ke telinga sebab ada yang kena lari time usung filem x-tray tu tapi tak ada function pun aku rasa. maigadzzz penatnyaaa saya lari tahu tak dengan mengusung benda alah tu.

Hari seterusnya, ada taklimat kesihatan, taklimat dari agensi pengurusan kredit tak silap aku lepastu taklimat akta 174. haha banyakkan taklimat dalam satu hari tu. tapi jangan risau, ada waktu rehat dia macam waktu solat dan waktu untuk makan. dan hari ketiga ni aku taktahu kenapa rasa letih dia tak tau nak cerita dah. even petang tu ada aktiviti riadah, yang akak dengan abang oc kata untuk rehatkan badan. lagi satu, bila akak dengan abang oc kata boleh balik bilik dan mandi aku nasihatkan korang jangan mandi macam bilik air tu kau punya. sebab semua orang nak cepat, okay! nanti kena marah macam kitorang haritu dan paling sedih aku pernah tak makan malam sebab lambat sangat tunggu orang mandi. rasa nak nangis sebab lapar T.T

ni pemandangan kafe dari laluan susur gajah untuk ke kolej alpha 

Dah sebulan dah MDS tu, so aku pun tak berapa nak ingat apa yang aku lalui. bukan tak ingat sebenarnya just tak tahu nak cerita balik macam mana. yang pasti, pengalaman MDS adalah satu pengalaman yang memang kau takkan lupa punyalah. macam-macam yang korang belajar masa tu. dan boleh kenal banyak orang tau. masa aku dulu, bila jumpa orang soalan yang famous keluar dari mulut aku, "Hai, nama siapa? awak course apa ehh?" yaaa setiap kali kat sebelah ada orang baru, mesti aku tanya macam ni. kebanyakkan yang aku jumpa semuanya course sama dengan aku, course akaun. emm tapi semua bukan ke kelas yang sama. tapi tak apalah, sekurang-kurangnya kenal dengan banyak orang dan bolehlah tambah kenalan kan huhu.

Last day MDS memang buat aku rasa nak menangis. sebab tak sangkalah seminggu yang aku rasa macam seksa tu dah habis. tak seksa mana pun, akak dengan abang OC tu nak ajar kita jangan terhegeh-hegeh nak buat semua benda. masa last day ni kitorang ada macam majlis bersama mpp gitu alah kenal dengan mpp je sebenarnya. haha nak pesan sikit ni, jangan mentang-mentang abang mpp tu hensem korang nak tangkap gambar dia macam masa aku dulu. adalah yang beria nak tangkap gambar abang mpp tapi kantoi sebab dia boleh on flash hahahahahahaha. satu yang aku paling ingat bila sebut pasal MDS. akak OC akan sebut "pantas siswi pantas! jangan ada gap dengan orang depan!!!" hahaha sumpah memang ayat ni lah yang buat aku teringat tentang MDS. tetiba rindu pulak dengan MDS.



Okaylah, sampai sini je untuk entry kali ni. dah lama sangat tak menaip so aku tak ada idea nak tulis apa lagi. nak cerita pasal MDS ni pun aku rasa macam susahnya nak di ceritakan melalui penulisan. yang pasti, tak rugilah bila kita menghadap seminggu MDS ni even ada yang rasa seksa. awalnya aku pun rasa macam tu tapi cuba kita tengok apa yang kita dapat dari MDS ni. jangan marah-marah dengan akak dan abang OC yaa, dorang just jalankan tanggungjawab dorang. bukan kita je kena cepat buat semua benda tapi dorang pun sama. pengalaman ni korang takkan dapat kalau bukan sekarang ni kan. nanti bolehlah cerita dekat anak, cucu korang. hehe

Hye! okay, kalau ada nak tanya apa-apa tentang pengalaman time MDS ni boleh komen dekat bawah ye. dan kalau nak tanya apa-apa pun boleh. In Shaa Allah ada masa semuanya akan dijawab. jangan malu-malu nak tanya especially untuk yang nak sambung belajar dekat uitm kan. entry ni telah diupdate dengan jaya oleh penulis sebab sejak semalam ramai yang masuk entry ni.boleh pergi dekat apa nak kena bawak mds nanti? okay. ni berdasarkan pengalaman aku kat Uitm Tapah.

Sekian, wassalam.

p/s : sebenarnya banyak jugak gambar aku tangkap masa mds tu tapi dah aku ter'rajin' nak mendelete semua gambar. sorry kalau bosan sebab saya memang tak tahu nak bagi menarik macam mana :)

You Might Also Like

22 budak comel

  1. Assalamualaikum..sya nk tya..dkt uitm tapah ni mmg kna guna bank Islam ke?

    ReplyDelete
  2. Salam sis...terbaca entry ni sbb saya dapat uitm tapah sama course dengan sis perakaunan..nak tanya ok tak belajar kat sana ? I mean stress tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :) congrats! Alhamdulillah sepanjang saya belajar dekat sini so far okay je asalkan kita pandai manage masa antara belajar dan lain2. kekadang ada jugak 1 minggu tu yg akan penuh dgn test, quiz, presentation & mcm2 yg boleh buat kita stress tp itu atas diri kita sendiri jugak.

      Delete
    2. Saya minat akaun but masa form 4&5 saya tak amik subject akaun langsung dn addmath..and agak takut jugak la

      Delete
    3. awak jangan risau sebab dkt sini awak akn belajar dari basic. In Syaa Allah awak boleh. awak boleh jumpa dgn lecturer klau tk faham ataupun study dgn kawan2.

      Delete
  3. Oh yeke..Alhamdulillah kalau belajar dari basic..sis if you dont mind,boleh tak nak number akak ? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry awak, apa-apa awak boleh email saya atiqahhanapi@gmail.com ataupun follow saya kat twitter https://twitter.com/missnuratiqah_

      Delete
  4. usually lepas MDS akan dapat cuti ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mds buat dlm 4,5 hari je. sabtu ahad boleh balik.

      Delete
  5. Salam, saya nak tanya blok alpha/beta tu ada berapa tingkat? Dan bilik air memang ada dalam bilik atau kena share ramai2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. ada 4 tingkat, setiap tingkat ada 12 bilik dan 3 bilik air. bilik air takde dalam bilik kena share.

      Delete
  6. Hai awak. Saya dapat diploma akaun jugak. Tapi saya penerapan. Nak tanya ni, kita memang tak boleh pilih roomates ka dekat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya tak boleh pilih roommate melainkan awak isi borang rakan sebilik dekat pejabat kolej masa semester lepas.

      Delete
  7. Akk mds tu blh tak pkai tdg mcm tg sklah selain bwl

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya mds dulu boleh je. tapi depends dekat fasi yg jaga awak jugak, kalau dia benarkan boleh pakai.

      Delete
  8. Salam, nak tanya, masa akak mds tu kan, kena pakai tshirt putih je ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. yaa waktu saya dulu kena pakai tshirt putih tapi fasi benarkan pakai baju tshirt selain warna putih juga. depends on fasi yang jaga.

      Delete
  9. Salaam akan, nk Tanya, selalu last day MDS buat apa ya. And bila Kira boleh dpt tau jadual kelas and kad pelajar ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. macam saya dulu last mds kitorang ada perjumpaan dengan mpp dan last day tak ada banyak sangat aktiviti. jadual kelas awak akan dapat tahu first day kelas, nanti check dekat papan maklumat atau check sendiri ikut kelas yg awak dapat dekat http://icress.uitm.edu.my/ . kad pelajar minggu pertama kuliah dah boleh dapat, nanti akan dimaklumkan bila tarikh nak ambil.

      Delete
  10. Bila boleh dpt tau jadual kelas dan kad pelajar ?

    ReplyDelete
  11. satu bilik berapa orang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik hujung satu bilik 2 orang. bilik tengah satu bilik 4 orang.

      Delete