Perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

5/16/2016 09:52:00 pm

Assalamualaikum...

Wahh harini dah keluar keputusan UPU kan? mesti awak-awak semua tak sabar dan excited kan nak tengok apa keputusannya. dapat masuk U lepas tu dapat pulak course yang awak minat, Alhamdulillah. yang dapat masuk U tapi awak tak minat course tu, takpe mungkin itu yang terbaik untuk awak yang Allah tentukan. untuk siapa yang tak dapat tu, jangan sedih-sedih ya. percayalah yang rezeki awak ada cuma lambat sikit dari kawan-kawan yang lain. okay, banyakkan berdoa dan paling penting kenalah bersabar :)Tahniah tau dekat sesiapa yang dapat UPU tu.

Sesiapa yang dapat sambung belajar tu, gunakanlah peluang yang ada tu untuk belajar dengan sebaik mungkin. inilah peluang yang korang kena rebut tau. tak semua orang bernasib baik dapat sambung belajar ni. ada yang result spm dia dulu tak membantu, ada yang tak dapat tawaran dari mana-mana dan ada jugak yang tak ada duit nak pergi sambung belajar. so, pertama sekali kenalah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi dekat kita ni yaa.


Emm sebenarnya nak cerita sikitlah tentang diri sendiri. bukan nak bagi korang menyampah ke apa kan haha just nak cerita sikit sebab teringat macam mana aku menunggu tawaran belajar tu. usaha? yes memang sangat-sangat berusaha untuk tetap dapat sambung belajar macam kawan-kawan yang lain. aku pun dulu tak dapat mana-mana tawaran langsung. mintak matrik tapi tak dapat even yang rayuan pun still tak dapat. masa tu rasa nak menangis sebab aku memang target untuk sambung matrik. lepastu, aku cakap kat diri sendiri "kau tak boleh putus asa dan menangis macam ni. banyak lagi yang ada, baru tak dapat tawaran matrik. sabar."

Masuk je bulan 5, aku terus rasa macam tak tenang sebab nak tunggu result upu ni keluar. tak tenang selagi tak keluar dan aku asyik fikir tak dapat. actually, result SPM aku bukanlah cun mana pun. cukup-cukup makan je dan aku kantoi dua subjek *dua subjek tak kredit*. aku yakinkan diri sendiri yang aku akan dapat tawaran upu ni. setiap hari berdoa untuk dapat sambung belajar. dan bila dah sampai tarikhnya, aku rasa berdebar-debar. tangan ni, dah terketar-ketar rasanya nak tengok keputusan upu tu. pukul 12 dah boleh tengok kan, aku tak tengok awal-awal. dalam pukul 4 petang barulah aku mesej sebab nak tengok result. tengok kawan-kawan semua dah dapat masa tu. bila satu mesej masuk, terus satu badan rasa seram sejuk. tangan ni memang masih terketar-ketar lagi nak tengok. dan keputusannya....

Aku tak dapat mana-mana tawaran pun. masa tu tak tahu nak buat apa dah. tetiba rasa macam masa depan aku gelap. banyak kali tengok mesej tu. still tak percaya lagi, pergi pulak bukak dekat laptop dan jawapannya still sama, aku tak berjaya. menangis? aku tak menangis hari tu tapi esoknya aku menangis. bila orang tanya, aku diamkan diri tak jawab apa-apa pun. lepastu bila dah bukak untuk rayuan, aku cuba buat rayuan. aku cuba mintak dan tersangatlah berharap yang aku dapat untuk rayuan ni. dalam masa yang sama, aku happy sesangat sebab tengok kawan-kawan dah dapat tawaran belajar. ohh ya, sama jugak dengan politeknik. aku tak dapat tawaran pun. aku tak pergi form 6 sebab aku dah yakin yang aku dapat upu. hahaha jangan buat perangai macam ni, jangan yakin sangat dapat upu tu.


Bila keputusan rayuan keluar, aku tak dapat jugak. jujur aku cakap yang aku rasa lemah sangat masa tu. aku tanya dekat diri sendiri, bodoh sangat ke aku ni sampai tak dapat mana-mana tawaran pun? hampir setiap hari lah menangis terkenangkan ke-bodoh-an diri ni. lepastu, kawan-kawan semua cakap jangan putus asa. kau tak bodoh cuma rezeki kau bukan sekarang. In Shaa Allah kau pun ada peluang nak sambung belajar tu, dah jangan nak menangis macam ni.

Setahun aku duduk rumah dan hanya dengar cerita kawan-kawan yang pergi belajar. tak pergi belajar pun tapi, aku happy dan rasa aku ada dekat tempat kawan-kawan aku bila dorang cerita macam mana dorang belajar. aku dapat rasa betapa stressnya dorang dan macam-macam lagi. apa persepsi orang dekat aku? macam-macam dan sampai ada yang kata aku ni bodoh sebab tak pergi sambung belajar. marah tu memang marah tapi, buat apa nak balas balik apa dia kata tu. biarkan je lah.

Aku ada mintak dekat kolej-kolej swasta tapi mak ayah aku takde duit nak hantar pergi belajar. takpe, aku taknak susahkan dorang dengan kena guna banyak duit sebab nak hantar aku. dalam bulan lapan macam tu, aku tengok kat laman web UITM yang dorang bukak permohonan untuk kemasukan Disember. so, aku try mintak dengan harapan yang kali ni aku dapat. lepastu kan ada politeknik pun bukak untuk kemasukan seterusnya kan, emm itu pun aku try mintak jugak. dalam masa yang sama aku try mintak Kolej Universiti Islam Antarabangsa tapi aku tak cakap dekat mak ayah aku, tak silap aku kolej ni swasta.



Hujung bulan sepuluh keputusan UITM tu keluar. dan syukur Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak tawaran ke UITM. Ya Allah perasaan masa tu tak dapat nak digambarkan. memang rasa nak menangis sesangat. yang politeknik tu pun aku dapat jugak. Syukur sangat-sangat. inilah yang Allah balas rupanya, bila dulu aku tak dapat mana-mana tawaran. aku decide nak pilih UITM. Alhamdulillah aku dapat course Diploma Perakaunan dekat UITM Tapah. masa nak cakap dengan mak ayah tu memang prepare habis-habis. sebab kan asyik nak senyum je memanjang. happy sesangat. bila dah cakap tu, lagilah bertambah happy sebab aku dapat UITM yang dekat dengan rumah aku hahaha. even lambat satu sem dari kawan-kawan aku, aku tetap bersykur sebab akhirnya aku dapat jugak sambung belajar.

Perancangan Allah tu yang terbaik. tak baik kita mengeluh. sekarang tak dapat sambung belajar, mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang lain. dan ada hikmah atas semua yang jadi ni. niat kita nak belajar tu Allah tahu. bila kita banyak bersabar dan berdoa, In Shaa Allah doa kita tu akan terjawab jugak. tak pergi belajar sekarang, tak bermakna kita bodoh, tak bermakna nasib kita ni malang. cuma Allah tak bagi sekarang dan bagi bila Dia rasa masa tu sesuai.



Dan untuk yang dapat sambung belajar tapi masih mengeluh dan pertikai tempat awak dapat tu. ingat satu je, kawan-kawan awak yang tak dapat tawaran tu berharap sangat dia dapat pergi belajar. tak kisahlah dekat mana sekalipun tempat awak dapat tu, asalkan awak rajin belajar. aku dapat UITM Tapah yang memang aku mengaku kawasan dia macam kampung tapi, aku ingatkan balik diri ni yang tujuan aku adalah untuk belajar.

Banyak kali aku cakap, sabar. bila dapat sambung belajar lambat dari kawan-kawan tak bermakna kita bodoh. aku pun pernah rasa down sangat-sangat sebab tak dapat pergi sambung belajar dengan orang dok perli-perli aku lagi. tapi, mak ayah, kawan-kawan sentiasa ada dan sokong aku. aku bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang sudi nak bercerita dengan aku macam mana suasana dia belajar dan tak pernah sombong pun dengan aku. selalu bagi semangat dekat aku. Allah tu sebaik-baik perancang. apa yang dia takdirkan untuk kita, semuanya indah dan ada hikmah yang tersembunyi.

Sekian, terima kasih.

You Might Also Like

12 budak comel

  1. aku pun budak uitm tapah jugak dulu tapi diploma sains...aku dh grad dh and now degree in pure physic kat uitm jengka...aku pun penah lalui apa yg awk lalui...lmbat masuk universiti tapi betul Allah sebaik-baik perancang aku masuk lmbt dan akhirnya aku dpt berjaya jugak dlm perancangan so bagi aku 'STUDY NOT A RACE BUT STUDY IS THE SUPPLIER TO OUR FUTURE" no matter it take long time to finish it...we just have to remember our own rezeki....tahniah kat awk sbb berjaya smbung bljr dlm kos account....semoga berjaya dlm pelajaran awk.......HAFIZ (^-^) uitm jengka student (2018)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you awak :) Alhamdulillah i've already finish my study at uitm tapah. good luck jugak untuk awak.

      Delete
    2. Saya pun tak dapat sambung belajar degree... sy dah minta rayuan fasa 1 and fasa 2 pun tak dapat... next year second intake sy cuba lagi.. sy agak sedih.. tapi bila baca kisah awak.. sy jadi semangat balik.. tq awak...

      Delete
    3. spm sya xde la banyak A, harapkan pi je A..tapi subjek lain B..cuma Bio-C, Fiz-D, addmath-E dan BI-E

      Sya penah cuba mohon upu dulu tapi hampa satu pun x dpt,matrik pun sama x dpt

      yg tinggal hanya satu-satunya f6.Sya amik je sbb taktau dah nak amik apa

      and now saya baru dapat result sem 3 arini, agak kecewa sebab pa saya hanya C

      sem 1 pa saya dpt C jugak tapi sem 2 sya dpt B

      subjek teras lain? Jawapannya simple..FFF untuk ketiga-tiga sem

      Sya since f4 mmg berharap dpt mne2 ipta atau matrik, tapi x dpt juga

      terkadang saya rasa tuhan x adil untuk saya, sedih tngok kwn2 lain dpt belajar dh jauh dari saya..

      Sya ada kwn baik, dia mmg pandai giler, sampaikan addmath selalu dpt high mark masa f4 f5 dulu..sampai skrg dia still contact saya, bagi kata2 semangat kt saya..tapi saya macm x boleh nk hadam apa yg dia nasihat sebab bila tengok results sem 3 saya macam tu saya jadi hilang akal

      moody kalahkan org period, ada masa nak marah teramat marah, ada masa nak nangis teramat menangis

      apa yg saya kena buat supaya ipta terima saya?...

      Delete
    4. assalamualakum.. kalau awak tanya, apa kena buat supaya ipta terima awak? memang saya tak ada jawapan tu. tapi apa yang boleh saya cakap, semua yang jadi ada hikmah tersendiri. jangan mudah putus asa, usaha tangga kejayaan. apa yang kita mintak tak semestinya kita dapat sekarang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, bila masa yang sesuai untuk kita. Allah Maha Adil. belajar bersyukur dengan apa yang kita ada, mungkin rezeki awak bukan untuk sambung belajar tapi Allah bagi awak peluang untuk dapat kerja yang bagus, dapat tolong mak ayah. awak jangan terlalu bandingkan diri dengan kawan-kawan, takut kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. usaha lagi dan lagi jangan pernah putus asa, Allah sentiasa ada dengan kita. selalu dekatkan diri dengan Dia. InsyaAllah semuanya dipermudahkan oleh Allah. saya tak pandai nak nasihat orang tapi, saya selalu cakap dekat diri sendiri macam apa yang saya sampaikan ni. maaf kalau ada salah.

      Delete
  2. Awak habis diploma umur berapa?? Admin..

    ReplyDelete
  3. Kadang rasa down bla kta xdpat ap yg kta nk.. Nk luah kt org lain xde spe.. Sni je la yg mmpu

    ReplyDelete
  4. Blog ni aktif lgi x? Sya nk tnya pndapat awk @ akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sebab terlalu lambat untuk reply. kalau ada apa-apa pertanyaan boleh email ke atiqahhanapi@gmail.com atau follow twitter (@missnuratiqah_), instagram (@missnuratiqahh)

      Delete
  5. Lepas baca ayat awak i feel so strong to face the world.

    ReplyDelete