Syukur Alhamdulillah

11/15/2016 11:33:00 pm

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah result dah dapat. lega rasanya sebab dah tak payah fikir pasal result lagi. syukur dengan apa yang Allah dah bagi ni. even tak dean list pun, aku tetap bersyukur sebab semua subjek aku lulus. siapa tak nak merasa dekan tapi usaha aku tak cukup lagi untuk aku dekan dan InsyaAllah sem depan aku akan tambah lagi usaha.

Sebenarnya, sem ni sememangnya berat untuk aku lalui. macam-macam yang jadi sampai aku rasa tak kuat nak hadap semua tu. masa dapat result sem lepas, bila aku dapat tahu yang aku repeat satu paper memang tak tahu nak cakap apa masa tu. aku refresh email banyak kali kot-kot salah ke, rupanya tak. aku memang kena repeat satu paper.

Masa nak daftar dan masuk kelas repeat tu memang rasa down sangat. yelah, kau sekelas dengan junior kau dan memegang tittle sebagai repeater. Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu betapa tak kuatnya aku. sebab aku tak sangka subjek yang aku benci sangat masa sem lepas akhirnya kena repeat. tapi lama-lama aku redha dan terima semuanya.



Aku langsung tak rasa macam asing bila dalam kelas tu. dengan lecturer yang memang sporting, adik-adik classmates yang memahami. aku rasa happy even ada masanya hati aku ni memberontak jugak nak keluar dari kelas tu. pernah satu hari tu aku rasa penat sangat dan aku ponteng kelas repeat tu beberapa kali. sebab dalam proses aku nak terima semua ni, macam-macam yang aku kena hadap.

Bila orang tahu aku ni seorang repeater, ada yang baik hati tolong aku dan ajar aku subjek tu. ada yang memerli aku dan macam-macam lagi. dan semua ni yang buat aku penat sangat. masa awal sem dulu, aku pernah kena psiko dengan sorang budak perempuan ni. Ya Allah masa tu air mata aku memang nak menitis tapi aku tahan. bila ingat balik, semua ni yang buat aku kuat nak hadap subjek tu.

Semester ni memang tersangatlah perit. macam-macam benda jadi dan macam-macam masalah jugak datang. dengan perangai orang yang bermacam-macam dan mencari salah orang lain. memang penat. tapi buat apa nak mengeluh, Allah selalu ada dengan kita. orang kata macam-macam, biarkanlah dia. nanti dia dah penat tahulah dia nak diam. terima kasih kepada yang sentiasa ada dengan aku!



Alhamdulillah subjek yang aku repeat tu aku lulus. even tak dapat A+, aku bersyukur sebab aku mampu. nak hadap sensorang bukan senang sebenarnya. kena belajar lebih daripada orang lain, kena datang kelas lebih dari orang lain. kiranya semua kena lebih dari orang lain. mungkin aku tak lulus sem lepas sebab aku tak belajar betul-betul ataupun Allah nak aku belajar lagi sekali untuk aku faham betul-betul subjek tu.

Aku terfikir, semua ni mesti ada hikmahnya tersendiri. inilah dugaan semasa belajar. bila tengok orang perjalanan dia lancar je dan dapat result yang bagus, jangan cepat give up. even kita dah study bagai nak rak tapi result kita biasa-biasa je, bersangka baik dengan Allah. lain orang, lain ujiannya. ingat, Allah tak akan uji sesuatu tu melainkan kemampuan kita untuk hadapi semua tu.

You Might Also Like

2 budak comel

  1. Alhamdulillah. Tahniah sebab dah dapat result.
    .
    Semoga lulus cemerlang. Akademik cuma sebahagian saja. Selebihnya sofr skill

    ReplyDelete