Daniel Fikri

5/22/2017 11:26:00 pm



Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadhan dah pun. Dan perkara yang paling excited sekali bila tahun ni aku akan menjalani ibadah puasa dekat rumah dengan family. Yeayy! Bukan tu je, raya pun dekat rumah dan semuanya dekat rumah. Tahun lepaskan aku ada buat entri sedih-sedih sebab first day puasa dah kena puasa dekat kolej haha. Kali ni aku nak enjoy puas-puas dekat rumah :)

Okay tengok tak tajuk yang macam tetiba ada nama orang tu? Siapa tu? Haaaaa actually aku sendiri pun tak tahu lah nak tulis apa pasal dia. Aku tak kenal sangat dia ni dan dia bukannya kawan aku. Ehh bukan lah, kawan tapi aku sendiri tak pernah jumpa dia in real life dan kenal pun through social media je. So, sekarang aku nak cerita sikit lah pasal dia ni plus dia ada cerita kat aku pasal dia.

Sebelum tu nah tengok puas-puas dulu muka dia sebelum korang muntah nak baca pasal dia. Hahaha


sumber instagram

Nama dia Daniel Fikri (yg aku tahu). Belajar dekat Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Diploma Mekanisasi Agro. Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun nak tulis pasal dia ni, okay gurau je. First masa aku kenal, dia ni kan macam malu-malu je nak hantar chat dekat aku kiranya susah nak approach orang tapi sekarang ni dah okay dah. Dah boleh buat kawan gaduh, maybe? hahaha

Dani ni seorang yang suka mengembara dan aku rasa mesti dah banyak tempat yang dia dah pergi kan? Suka tengok pemandangan alam sekitar, tanam pokok sebab nak bagi kawasan tu nampak cantik dan kalau aku lah kan, nak tanam pokok ni memang fail lah hahaha sebab dulu aku tanam apa entah tak hidup-hidup pun T.T. Haaa lagi satu ni suka tempat yang tak ada orang, maybe nak menyendiri. So, sesiapa nak dia jadi calon suami awak pergi follow dia dekat instagram okay hahaha (bukan promote). Okaylah kalau korang nak kenal dia boleh follow insta dia >  Daniel Fikri.

Aku tak tahu lah asal dia nak cakap pasal dia suka warna biru dan putih. Tapi takpe lah haritu siap interview aku tanya aku suka warna apa hahaha. And one more thing, no wonder lah gambar yang I curi dekat insta tu dia pakai kemeja biru hahaha. Btw awak nampak handsome pakai kemeja hihi so, bila nak belanja saya sebab saya puji awak ni? Daniel Fikri ni seorang mekanik yang bercita-cita tinggi setinggi orangnya (maaf yang ni saya bukan memuji). Hidup dalam keadaan yang sangat sederhana dan cita-cita dia paling besar rasanya nak tolong parents dia supaya boleh bahagiakan dorang. MasyaAllah, awak pergi jadikan dia calon suami awak okay hahaha.

Bagi aku lah kan, kau kawan dengan dia ni sekejap je, kau rasa macam best gila. Aku dah lah okay je nak kawan dengan sesiapa haha. Dia ni kan kalau muncul masa aku final haritu, maybe aku terhibur teruk even tengok soalan final gaya macam tak pernah belajar. Hilang lah stress aku. Ehh, bukan ambik kesempatan sebab dia buat aku mudah terhibur okayy. Tapi, sekarang pun dia ni dah cukuplah menghiburkan aku apalagi sekarang aku ni asyik duduk rumah menanam anggur je haha. Terima kasih, awak:)


handsome ke??

Satu benda yang aku respect pasal dia ni, dia seorang yang akan penuhi apa yang dia nak guna duit sendiri. Sebab dia tahu duit mak ayah tu banyak benda yang penting kena guna. Yup! Yang ni aku setuju! Aku faham perasaan orang yang duduk jauh macam dia ni yang jarang balik kampung sebab taknak menyusahkan mak ayah sebab kawan-kawan aku semua duduk jauh so, aku tahu macam mana. Terasa jugak aku sebab aku selalu balik dengan alasan rumah aku dekat :(

Bila dah lama kenal dia ni kan, kekadang aku rasa dia ni macam motivator pun ada. Selalunya aku dok bagi nasihat dekat orang, motivate orang tapi aku ni takde pun yang nak nasihat ke motivate ke melainkan diri sendiri je buat semua tu. Okay sedih! Apa yang dia cakap ni pasal diri dia tapi tersangatlah menusuk ke jantung ku ini sehingga air mataku menitis ke pipi kerana pedihnya terasa dengan ayat dia. Perghh hiperbola sangat aku ni..

Kalau korang tak percaya, sambung baca dekat bawah ni.

Memang kehidupan ni pelik dan tersangatlah pelik, bila kau berharta barulah orang pandang. Macam tu jugak dengan rupa, bila kau ada rupa barulah orang nak datang menghadap kau nak berkawan. Aku setuju bila dia kata, kalau berharta tapi tak berilmu tak berguna jugak. Sebab yelah kang kau pergi perabis harta yang kau ada tanpa kau berfikir apa akibatnya nanti. Dan orang yang berlagak kaya sedangkan kau sendiri tak mampu pun nak beli semua tu dan hanya mengharapkan duit mak ayah. Maigad!!! Aku pun tak suka jenis orang macam ni. Dia fikir senang agaknya nak cari duit untuk penuhi semua permintaan dia yang mengarut tu???

Kalau selalu ada dekat atas mungkin kita sendiri akan lupa dan langsung tak pandang agaknya macam mana orang dekat bawah. Hidup ni memang kita akan rasa betapa susahnya bila kita berada dekat bawah. Tapi kita kena ingat, Allah tu sentiasa ada dengan orang-orang yang bersabar. Kita ni manusia biasa yang hanya menjalani setiap ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita dalam hidup kita dan setiap ujian yang diberikan bersesuaian dengan kemampuan diri kita.

Ada lagi yang Dani cakap dekat aku, ramai orang ingat bila dia ada harta dia boleh gembira, boleh bahagia. Tapi dia tak sedar sebenarnya harta tu jugak satu ujian buat diri dia. Sebab adakalanya bila seseorang ada harta, dia tak bahagia pun dan ada jugak yang sebaliknya. Ilmu... ada orang yang berilmu, pandai tapi dalam diam dia nak menjatuhkan orang lain dan ada yang tak berilmu tapi dia nak tolong orang. Manusia... ada yang sedar hidup dia susah tapi langsung tak ada usaha nak berjaya dan ubah nasib dia tapi dalam masa yang sama, ada jugak yang susah tapi ada keinginan untuk berjaya dan dia lakukan sesuatu untuk capai.

Fuhh... gigih aku tulis tanpa ada sedikit pun air mata jatuh. Yelah sebab ada benda yang dia cakap tu, kena dekat diri aku. Tapi apa-apa pun aku bersyukur dapat sorang kawan yang macam ni. Yeayy!! Baru perasan yang aku mampu tulis sepanjang ni based on apa yang dia cerita dekat aku. Tu belum lagi aku nak menambah apa semua yang aku nak cakap. Kang jenuh laa nak membaca tapi ada ke yang nak baca? sobs..sobs...sobs..

Ada lagi ke? Rasanya cukuplah sampai dekat sini. Lagipun ada ke yang nak baca aku dok tulis panjang-panjang, bebel apa semua ni. Ohh lupa nak cakap awal tadi yang dia ni satu kolej dengan my bff Anida. Pada aku lah kan, dia ni okay je bila kita dah kenal maybe awal-awal tu malu-malu macam yang aku cakap kat atas. Tapi comel lah perangai macam tu hahaha sebab selalunya perempuan je yang macam tu ehh yeke??


ehh ada Airul! hai Airul :)


Hello awak! Saya berjaya buat satu entri pasal awak :)
Susah payah saya tulis ni tahu tak!

You Might Also Like

0 budak comel