Walaupun perkenalan dengan seseorang tu sekejap tapi adakalanya ia memberi banyak pengajaran buat diri kita. Sebab setiap orang yang hadir dalam hidup kita tu ada yang mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan ada masanya kita sendiri yang berjaya mengubah kehidupan seseorang tu menjadi lebih baik. Menyesal? Sepatutnya tak ada istilah menyesal apabila kita mengenal seseorang, kan?
Dulu pernah aku cakap yang aku menyesal sangat sebab kenal dengan seseorang ni. Disebabkan terlalu kecewa dan marah, aku langsung tak nak ingat yang aku pernah jadi salah seorang kawan baik dia. Aku diamkan diri dari dia lepas habis sekolah. Aku terfikir masa tu, macam ni ke layanan sebagai seorang sahabat? Terakhir aku jumpa pun masa ambil keputusan SPM tapi, itu pun aku taknak langsung pandang muka dia. Mengingatkan aku betapa kecewanya aku dulu dengan apa dia dah buat.
Tapi, lama kelamaan aku semakin sedar. Mungkin selama ni sikap aku sendiri yang menyebabkan kawan aku jadi macam ni. Bila ingat balik, aku pun ada salahnya jugak. Andai semuanya dapat diputarkan semula, aku taknak semuanya terjadi. Persahabatan yang terjalin sekejap tu sangat-sangat memberi makna dalam hidup ni. Terlalu banyak yang aku belajar dan jadikan aku semakin kuat sekarang.
Kau ajar aku untuk tak jadi lemah dengan apa yang jadi walaupun semuanya menyakitkan. Rasa macam ego sangat tau masa tu bila ingat balik. Dan sekarang, aku sendiri tak tahu kau ada dekat mana. Dekat mana kau tinggal sekarang, apa semua tentang kau, semua aku taktahu. Aku memang betul-betul lost contact di sebabkan rasa kecewa aku sebagai seorang sahabat waktu tu.
Satu je aku nak cakap andai satu hari nanti Allah pertemukan kita. Aku nak mintak maaf sangat-sangat atas segala apa yang aku cakap atau buat. Aku cuma fikir tentang perasaan aku je masa tu. Terima kasih sebab ajar aku untuk terus kuat dan aku masih simpan semua hadiah yang kau dengan yang lain bagi dekat aku. Walaupun aku kecewa, marah masa tu tapi tak pernah aku terfikir nak buang apa-apa yang kawan-kawan aku dah bagi. Aku sayang semuanya.
Harap satu hari nanti kita akan berjumpa sahabatku. Perkenalan dan persahabatan kita yang sekejap sangat memberi makna dalam hidup aku. Aku rindu kita habiskan masa sama-sama waktu sekolah dulu. Sahabatku Noor Syafiqah, aku rindu sangat dekat kau. Semoga Allah pertemukan kita satu hari nanti.
Hai?
Cehh tajuk main tibai je tu. Sedar tak sedar cuti yang 5 bulan tu tinggal lagi sebulan je. Rasa macam tak percaya pulak tinggal baki lagi sebulan je sebelum balik dekat U. Masa mula-mula dulu ingat lama sangat dah cuti tu tapi sekarang rasa macam sekejap sangat. Tapi apa pun, aku tak sabar dan tersangatlah excited nak balik sana. Cuti lama-lama ni buat aku rasa tepu je hahaha.
Dah lama tak update blog ni kan aku rasa macam tak tahu nak tulis apa dah. Idea tu berlambak tapi bila dah buka laptop terus macam blank dan akhirnya terbiar je lah macam tu. Haaaaaa minggu lepas aku dengan penuh semangat nak masukkan segala khazanah gambar dekat phone ke dalam laptop tapi sesuatu terjadi. Tak perasan pulak aku dah pergi delete gambar-gambar rupanya.
Ya Allah rasa nak mengamuk, menangis, marah semua adalah dalam masa yang sama. Ingat masa tu yang aku delete. Rupanya dah lama aku delete wehh! Aku rasa sebab aku nak delete satu folder gambar lama ni, pastu entah apa yang merasuk pergi delete semua gambar. Ya ampun menyesal tak sudah lah lepas tu.
Aku cerita dekat kawan aku, respon dia ohh ye ke? Ni lagi aku menyirap, menyarsi, menyanquick semua. Sis dah lah sedih gambar semua hilang, takde pun ayat penenang masa tu. Hahaha gambar hilang pun emo dia lain macam tau tak. Berhari-hari dok terkenang semua gambar tu. Siap meroyan tak tentu pasal dekat twitter lagi. Pastu dahlah sis dah move on dan teruskan je kehidupan. Haaaa gitu.
Okay, rasanya tak perlu nak mengarut entah apa-apa lagi kot. Actually I'm about planning to make a reunion with my classmates this weekend but I don't know because this is last minute plan! Hmm harap jadi lah even beberapa ketul je yang tak busy.
p/s : i teringin nak tengok Annabelle huhu..

Assalamualaikum :)
Klik pada banner untuk join :) |
Jom ramai-ramai kita memeriahkan lagi giveaway ni. Giveaway ni berlangsung dari 25 Julai - 15 Ogos 2017. Haaa.... ada lagi masa tu so, apa tunggu lagi.
Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad)
3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys