Assalamualaikum dan hai semua :)
Setelah sekian lama menghilang, macam nak buat comeback jap. Hahaha macam yang aku cakap sebelum ni aku kan sekarang dah jadi student non-resident so, aku macam terfikir yang life aku semakin busy sekarang ni. Ke aku je yang rasa? hmm okay, okay tak nak mengarut pepanjang.
Korang tengok tajuk post aku kali ni nampak cam gempak kan. Macam yang kita tahu (korang tahu ke tidak?) perancangan yang rapi
sangat diperlukan oleh para travellers sekarang. We don’t want to spend extra
kalau kita dapat save our money, but how? Haaa ni yang aku nak share sikit dengan korang tentang cara yang awesome
untuk book Malaysia airlines. Tapi kan, bukan ke semua orang dah tahu macam mana nak book
flight ticket ni? True, tapi korang pernah tak dengar Traveloka? Mesti
pernah dengar kan tapi dengar gitu-gitu je lah kan. Cuba korang google jap Traveloka takpun tekan je link ni Malaysia Airlines Promosi online terkini.
Dah google belum? Okay, bila
dah buka korang boleh cari tentang tempat tinggal untuk destination yang korang
nak pergi tu. Pastu korang jugak boleh book flight ticket melalui website yang sama ataupun apps. Boleh proceed lagi tak ni? Okay, mula-mula korang cari dulu destination yang korang nak pegi tu, then pick dari airport mana
yang korang nak departure. Selepas itu, pilih tarikh yang korang nak travel dan pilihlah berapa passenger yang nak pergi tu. Tekan button search and korang akan nampak list flight
MAS yang ada siap dengan masa dia sekali tau. Korang bolehlah pilih kat situ sebab diorang pun
ada bagi price for every flight yang ada. Sometimes ada promotion jugak so, korang
boleh dapat rate yang sangat puas hati.
Dengan Malaysia Airlines ni korang dapat travel ke lebih
kurang 150 negara. Nak bagitau, antara polisi bag dia ialah maximum 7kg for cabin baggage
untuk economy class dan untuk business class korang boleh bawak dua beg
maximum 7kg per bag. Menarik kan? Untuk check in bag, yang
bermaksud korang takkan nampak bag korang tu sampailah ke airport landing korang. 30
kg 2 bag untuk economy class, 40 kg untuk business class dan juga 50 kg untuk
first class. Kalau rasa bag korang bawak tu bapak besar gedabak, korang ambik je laa terus first class okay? Takde lah korang pening nak memikirnya nanti.
Nak nasihat sikit ni, untuk yang baru lepas habis pantang tu
ada baby bawah 7 hari, janganlah berani-berani naik yaa. Sebab tu memang policy MAS yang
takkan bagi korang naik kalau ada baby bawah 7 hari. Kesian kang kat budak tu. Nanti
kat atas langit, telinga kan ada tekanan kita yang dah besar ni tak apa lah, budak kecik macam tu cemana kan. Untuk yang bawah 2 tahun pulak, mak atau ayah bolehlah pangkukan / ribakan diorang. Senang duduk dalam satu seat je. Sebab
kalau bagi seat sendiri kang tak duduk diam lah menangis lah. Kesian kat anak tu
nanti dan orang lain pun akan terganggu.
MAS ada program yang sesuai untuk budak-budak yang berumur 5
tahun hingga 15 tahun yang travel alone, untuk make sure yang diorang sampai
dengan selamat dan keselesaan diorang terjamin. Untuk mak mak yang mengandung
pulak, kena sediakan surat dari doctor yang bagi permission untuk
naik flight. Untuk yang dah mengandung atas 32 minggu pulak, takkan dibenarkan.
Sebab? Sebab nanti kalau laa murah rezeki beranak kat atas langit tu, macam mana
nak cari bidan suruh datang kan? Tak pasal-pasal semua dalam tu kang panik sebab ada orang beranak.
Untuk OKU pulak, MAS boleh bagi servis yang tip top. Segala
facilities yang ada memang akan banyak tolong orang OKU. Tapi kat sini nak
pesan sikit, kalau ada penyakit yang boleh berjangkit melalui udara ni, minta
sangat-sangat korang naik flight masa korang dah sihat. Bukan apa, kang elok-elok
semua orang sihat terus dapat penyakit disebabkan korang. Memang mood nak bercuti tu hilang gitu aje laa nanti. So, jangan susahkan orang dan orang takkan susahkan kita, ehh! Biar kita susah jangan susahkan orang lain. Haa gitu! Kita ni kan nak
travel so, kenalah travel dalam keadaan happy, kalau tak happy apalah makna kita pergi bercuti tu, kan?
So, kat Traveloka ni bolehlah usha-usha promosi yang ada. Mana tahu korang boleh book awal and prepare untuk jangka masa yang lama. Dapatlah korang kumpul duit untuk makan atau beli souvenirs untuk aku ehh untuk family atau kawan-kawan korang lah. Hahaha. Book cepat sekarang tau, promo mesti ada! Rajin-rajin kanlah diri korang nak menggeledah Traveloka tu yaa
Rasa macam dah banyak sangat bebel pasal benda ni. Maaflah kalau ada terkasar bahasa tu, yaa. Nak sambung buat assignment yang tergendala tu huhu. Bye!