Assalamualaikum dan hai semua :)
Setelah sekian lama menghilang, macam nak buat comeback jap. Hahaha macam yang aku cakap sebelum ni aku kan sekarang dah jadi student non-resident so, aku macam terfikir yang life aku semakin busy sekarang ni. Ke aku je yang rasa? hmm okay, okay tak nak mengarut pepanjang.
Korang tengok tajuk post aku kali ni nampak cam gempak kan. Macam yang kita tahu (korang tahu ke tidak?) perancangan yang rapi
sangat diperlukan oleh para travellers sekarang. We don’t want to spend extra
kalau kita dapat save our money, but how? Haaa ni yang aku nak share sikit dengan korang tentang cara yang awesome
untuk book Malaysia airlines. Tapi kan, bukan ke semua orang dah tahu macam mana nak book
flight ticket ni? True, tapi korang pernah tak dengar Traveloka? Mesti
pernah dengar kan tapi dengar gitu-gitu je lah kan. Cuba korang google jap Traveloka takpun tekan je link ni Malaysia Airlines Promosi online terkini.
Dah google belum? Okay, bila
dah buka korang boleh cari tentang tempat tinggal untuk destination yang korang
nak pergi tu. Pastu korang jugak boleh book flight ticket melalui website yang sama ataupun apps. Boleh proceed lagi tak ni? Okay, mula-mula korang cari dulu destination yang korang nak pegi tu, then pick dari airport mana
yang korang nak departure. Selepas itu, pilih tarikh yang korang nak travel dan pilihlah berapa passenger yang nak pergi tu. Tekan button search and korang akan nampak list flight
MAS yang ada siap dengan masa dia sekali tau. Korang bolehlah pilih kat situ sebab diorang pun
ada bagi price for every flight yang ada. Sometimes ada promotion jugak so, korang
boleh dapat rate yang sangat puas hati.
Dengan Malaysia Airlines ni korang dapat travel ke lebih
kurang 150 negara. Nak bagitau, antara polisi bag dia ialah maximum 7kg for cabin baggage
untuk economy class dan untuk business class korang boleh bawak dua beg
maximum 7kg per bag. Menarik kan? Untuk check in bag, yang
bermaksud korang takkan nampak bag korang tu sampailah ke airport landing korang. 30
kg 2 bag untuk economy class, 40 kg untuk business class dan juga 50 kg untuk
first class. Kalau rasa bag korang bawak tu bapak besar gedabak, korang ambik je laa terus first class okay? Takde lah korang pening nak memikirnya nanti.
Nak nasihat sikit ni, untuk yang baru lepas habis pantang tu
ada baby bawah 7 hari, janganlah berani-berani naik yaa. Sebab tu memang policy MAS yang
takkan bagi korang naik kalau ada baby bawah 7 hari. Kesian kang kat budak tu. Nanti
kat atas langit, telinga kan ada tekanan kita yang dah besar ni tak apa lah, budak kecik macam tu cemana kan. Untuk yang bawah 2 tahun pulak, mak atau ayah bolehlah pangkukan / ribakan diorang. Senang duduk dalam satu seat je. Sebab
kalau bagi seat sendiri kang tak duduk diam lah menangis lah. Kesian kat anak tu
nanti dan orang lain pun akan terganggu.
MAS ada program yang sesuai untuk budak-budak yang berumur 5
tahun hingga 15 tahun yang travel alone, untuk make sure yang diorang sampai
dengan selamat dan keselesaan diorang terjamin. Untuk mak mak yang mengandung
pulak, kena sediakan surat dari doctor yang bagi permission untuk
naik flight. Untuk yang dah mengandung atas 32 minggu pulak, takkan dibenarkan.
Sebab? Sebab nanti kalau laa murah rezeki beranak kat atas langit tu, macam mana
nak cari bidan suruh datang kan? Tak pasal-pasal semua dalam tu kang panik sebab ada orang beranak.
Untuk OKU pulak, MAS boleh bagi servis yang tip top. Segala
facilities yang ada memang akan banyak tolong orang OKU. Tapi kat sini nak
pesan sikit, kalau ada penyakit yang boleh berjangkit melalui udara ni, minta
sangat-sangat korang naik flight masa korang dah sihat. Bukan apa, kang elok-elok
semua orang sihat terus dapat penyakit disebabkan korang. Memang mood nak bercuti tu hilang gitu aje laa nanti. So, jangan susahkan orang dan orang takkan susahkan kita, ehh! Biar kita susah jangan susahkan orang lain. Haa gitu! Kita ni kan nak
travel so, kenalah travel dalam keadaan happy, kalau tak happy apalah makna kita pergi bercuti tu, kan?
So, kat Traveloka ni bolehlah usha-usha promosi yang ada. Mana tahu korang boleh book awal and prepare untuk jangka masa yang lama. Dapatlah korang kumpul duit untuk makan atau beli souvenirs untuk aku ehh untuk family atau kawan-kawan korang lah. Hahaha. Book cepat sekarang tau, promo mesti ada! Rajin-rajin kanlah diri korang nak menggeledah Traveloka tu yaa
Rasa macam dah banyak sangat bebel pasal benda ni. Maaflah kalau ada terkasar bahasa tu, yaa. Nak sambung buat assignment yang tergendala tu huhu. Bye!
Assalamualaikum, hi ?
Dah lama sangat tak jenguk-jenguk dekat blog ni. Hampir sebulan terbiar tak update satu benda pun haha. Maaf sangat-sangat sebab terlalu sibuk dengan kelas. Semester ni nak cerita dia punya busy entahlah tak boleh nak kata macam mana. Dengan sekarang ni aku dah jadi student non-resident. Memang susah jugaklah untuk pergi ke kelas dengan tak ada transport. Nasib baik aku menyewa dekat depan U je. So, tak ada lah susah sangat if nak pergi kelas. Cuma kena menahan lah peritnya berjalan kaki.
Okay next!
Nampak macam tenang sangat tapi sebenarnya susah tau nak maintain tenang gitu bila datang kelas. Sedangkan dalam hati ni gelabah nak mampus dengan semua benda. Orang tanya aku, macam mana nak pergi kelas dengan jalan kaki je? Bukan ke jauh rumah dengan U? Okay, benda ni pun pada awalnya aku tanya jugak dekat diri aku sendiri, mampu ke aku nak berjalan jauh-jauh ni. Sebab aku tahu lah yang aku ni pemalas nak mampus kalau suruh berjalan hahaha.
Tapi dah lama-lama kan, benda tu semua macam tak ada apa pun wehh. Kau jalan pergi kelas tu sumpah relaks macam tak pernah rasa penat. Awal-awal tu memang lah, aku memang merungut tak sudah lah tiap kali nak pergi kelas dengan balik kelas. Sebab penat dia bukan main lagi sampai rasa kalau orang tanya soalan bodoh boleh buat gaduh besar. Kenapa tak naik bas? Aku rasa tak berbaloi nak naik bas sebab rumah aku dekat depan U aje pastu tambang pulak sama dengan orang yang rumah jauh dari U. So, aku rasa better jalan kaki hahaha.
Apesal aku cerita pasal jalan kaki dohh? Haaaa bila tak tau nak cakap apa, segala benda pelik lah yang aku tetiba nak taip ni. Kan dah 5 bulan aku cuti dengan tak belajarnya, tetiba masuk belajar haritu, aku macam blank jugaklah. Agaknya sampai sekarang ni aku blank. Ya Allah aku sendiri tak faham dengan diri sendiri. Aku kena jugak belajar lah kalau tak habislah aku sem ni.
Yaa, aku dah malas nak taip panjang-panjang sebab aku tak ada idea nak cakap apa dah. Esok aku dah nak balik U. Memang terbiar lagi blog ni tak terupdate. Sebab aku busy tersnagatlah busy dengan kelas, assignment dan awal bulan ni aku ada masuk pertandingan inovasi. Bertambah busy lah aku. Memang tak ada masa nak luangkan dengan blog.
So, I think I have to say good bye now. InsyaAllah I will update this blog whenever I'm free. Sorry kalau bosan tahap gaban apa aku tulis ni.

Fuhh! Macam tak percaya cuti dah habis dah pun. 5 bulan yang pada awalnya terasa begitulah lama sekarang ni dah habis dah pun. Esok dah kena balik U dan semuanya kembali kepada realiti. Setelah sekian lama bercuti ni, agaknya ingat lagi tak apa yang pernah belajar masa dulu tu yaa? Dah nama pun cuti kalau aku memang tak ingat dunia bila cuti ni hahahaha. Macam dah pergi lupakan semua yang belajar sebelum ni. Allahu kenapa sis begini.
Dah Kemas Barang Ke?
Semuanya dah settle. Tinggal nak bertolak esok pagi je. Hmmm sedih pulak bila cuti dah habis ni. Ohh yaa, kali ni aku tak tahu lah kenapa barang aku macam 2 kali ganda lebih banyak dari sem sebelum ni. MashaAllah aku sendiri dah macam "ehh kenapa dengan aku ni barang punya banyak macam ni bawak yaa." Tapi kita tengoklah macam mana nanti aku nak mengemas semuanya bila sampai rumah sewa nanti hahahaha.
Hmm rasa nak throwback sikit lah apa yang aku buat sepanjang cuti ni dan apa yang jadi sepanjang cuti. Kiranya macam perjalanan sepanjang cuti? Hahaha kelakar pulak ayat aku tu.
Masa cuti ni aku banyak jugaklah spend time dengan kawan-kawan aku. Memandangkan kawan aku pun cuti sem jugak even tak lama macam aku tapi kira okay lah tu dapat luang masa sana-sama. Sebelum kawan aku balik ke poli haritu. Dan kawan aku lagi sorang ni haaa, dia dah habis belajar so kira tengah cari kerja lah. Dengan dia ni je lah aku selalu keluar masa cuti ni. Kiranya aku menghabiskan masa dengan jayanya keluar dengan kawan-kawan dan bergosip macam tak ingat dunia! Haaaa amek kau begitu lah kami hahaha.
Lepastu, aku ada kenal dengan sorang ni. Actually dia kawan kepada kawan aku, Anida. So macam mana kenal tu aku taktahu lah macam mana hahaha. Tapi kitorang kenal dekat facebook je pastu teruslah jadi kawan sampai sekarang. Haaaa gitu. Ohh ya, aku ada buat satu entri pasal dia atas permintaan dia haritu. Kalau rasa nak baca kan, tekan ni okay > Daniel Fikri
Tapi dia ni pernah tetiba hilangkan diri macam tu je. Dalam sebulan jugak taktahu apa-apa pasal dia sebab dia senyap je. Aku terfikir ohh busy lah tu. Lepastu terus aku pun lupa dan busy dengan kawan-kawan aku ke sana sini kan. Seminggu lepas raya macam tu tetiba dia muncul balik hahaha. Dan sampailah ke saat aku tulis entri ni dia dok melayan aku punya gila dan masuk air apa semua haha.
Masa awal cuti dulu, beria jugak lah aku nak update blog setiap hari tapi satu benda pun tak. Bila cuti ni memang terus tak ada idea langsung nak menulis even pendek sekalipun. Tapi ada jugak lah kerajinan aku nak update sekali sekala tu. Itupun lama jugak nak menghabiskan apa yang aku nak sampaikan sebenarnya tau. Kebanyakan yang aku tulis pasal perasaan sangat rasanya. Okay takpe biar je lah.
Tak lah terasa sangat bosannya cuti ni bila makcik aku rajin ajak aku ke hulu ke hilir berjalan perabis duit. Kekadang kitorang berdua jalan sesaja je sebab duit takde hahaha. Tapi keinginan nak berjalan tu maha dahsyat sungguh. Itu yang duit tak ada tapi nak berjalan dan cukuplah duit untuk isi minyak kereta. Bulan lepas ingat pergi KL nak teman makcik aku ni daftar masuk U je rupanya lepastu terus nak pergi berjalan rupanya. Siap acah lagi nak makan hipster-hipster tapi tak sedar masing-masing tengah pokai. Allahu perangai masing-masing.
Nak merepek lebih panjang pun dah takde idea sebab dah mengantuk sangat ni. Esok dah kena gerak balik U. Apa yang aku nak cakap, aku tersangat-sangat lah berterima kasih dengan semua yang menggembirakan dan membahagiakan aku sepanjang aku cuti 5 bulan ni. Macam-macam jugaklah yang jadi tapi tak mampu nak cerita satu persatu.
Semoga aku dapat jalani semester yang baru ni dengan lebih tabah dan lupakan semua yang pernah jadi sebelum ni dan mulakan semua yang baru. Tinggal lagi setahun je nak habis belajar! Yeay. Doakan aku supaya dapat bertahan dan kuat.. Okay taknak cakap panjang-panjang lagi.
Sayonara!