Time to share story

3/13/2016 02:16:00 am

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya aku tak jenguk blog ni. lately ni terlalu busy sampaikan tak ada masa langsung nak bukak laptop. dan harini barulah ada peluang nak bukak laptop. minggu ni sememangnya minggu yang tersangatlah busy buat aku. sebab, tinggal lagi seminggu je kelas then study week haaaaaa lepastu kau tahu sendirilah apa benda yang akan jadi selepas itu. punyalah rasa semua benda rushing disebabkan nak final ni. dengan bermacam-macam masalah lagi yang timbul. haihh i'm tired with all this shit! *nak pesan lain kali cari groupmates yg nak buat kerja bukan mengharapkan kerja orang siap*

Memandangkan aku pun menaip tengah malam macam ni, aku rasa better kita throwback cerita apa-apa yang best je lah kan. hmm nak cerita pasal apa ehh? ohh ya, aku tadi terfikir nak cerita pasal satu peristiwa yang bagi aku tersangatlah meaningful dan lawak sepanjang aku sekolah dekat sekolah yang baru dulu. setiap kali dengar lagu 'pencuri-mark adam' mesti teirngat kenangan ni punya. okay, nak start cerita dah ni.



Time form 4 dulu ada sorang kawan aku ni minat dekat sorang abang form 6. nak dijadikan cerita, dia punyalah berdalih cakap itu ini dan cipta alasan untuk tak nak bagitahu yang dia suka abang tu. sampailah satu hari dia cakap dengan sejujur-jujurnya dengan kitorang. masa tu tak silap aku on that day ada satu program kot hari sabtu masa tu. errr i can't remember about it, sorry. tapi itulah memang terasa lah lawaknya dekat mana sampai aku nak gelak je tiap kali menaip dekat sini hahaha.

Setiap hari tau kitorang bahan dia sebab, time form 4 kelas dekat tepi parking motor dengan basikal. memang time form 6 balik kitorang akan usha sampaikan cikgu tak tahu nak buat cemana dengan kedegilan kitorang yang tak fokus dalam kelas ni. huhu jangan tiru okay tak baik utk kesihatan anda semua. okay, bila dah setiap hari tengok orang yg dia suka tu kitorang pun ada satu plan yang memula taknak dia tahu sebab nanti mesti tak jadi punya.

So, kitorang decide untuk tulis satu surat lepastu bagi dekat abang tu. yang betul-betul macam zaman batu pun ada. kitorang letak bedak bagi wangi. Ya Allah apalah yang kitorang fikir masa tu kan. kebodohan terserlah betul tapi disebabkan semua ni lah. banyak kenangan yang tercipta tau! adalah satu hari ni, aku dah cakap nak letak surat tunggu budak kelas sebelah tak ada tapi dorang degil, so dengan bersusah payah campak pen kat luar dengan alasan nak ambil pen terus letak surat tu dalam raga motor abang tu. tapi malangnya, budak kelas sebelah nampak dan emm faham-faham je lah apa yang jadi kan. perghh malu siot aku rasa. dengan bakal adik ipar aku ada dalam kelas tu. hahaha

Lepastu, ada lah jugak masalah yang timbul sampai kena settle kan. dan tak fahamlah aku dengan sorang budak perempuan yang nak control abang tu. padahal abang tu okay je dengan surat-surat tu. tak ada pun macam yang dia cakap. okay, orang nak main-main pun dia fikir semuanya nak buat betul-betul. errr

Sampai sini je lah untuk masa ni. aku pun takda mood pulak bila nak cerita bab yang orang gaduh then cari pasal ni. tapi, memang benda ni aku takkan lupakan sampai bila-bila lah.

Sekian, wassalam.

You Might Also Like

0 budak comel