Tenangkan hati, maafkan.

11/02/2016 12:16:00 am

Kekadang kita tak sedar yang kita pun ada buat salah. bila terlalu sibuk mencari kesalahan orang sampai lupa yang kita pun ada buat salah tanpa sedar. tak nampak kesalahan sendiri sebab di mata hanya nampak kesalahan yang orang lakukan saja. sedar tak dalam kita menuding jari ke arah orang dan menyatakan kesalahan orang tu, empat jari yang lain semua menuding ke diri sendiri?

Memang tak mudah untuk maafkan kesalahan yang orang lakukan dekat kita. tapi, jangan sampai membenci seseorang tu dengan melibatkan semua yang berkaitan dengan diri dia. benci kawan-kawan dia dan mungkin keluarga dia? cuba maafkan dia dan lupakan perlahan-lahan lupakan apa yang dia buat. kalau tak boleh lupa tak apa, sekurang-kurangnya kita rasa tenang sebab dah maafkan dia.

Rasa tak tenang tu kekadang sebab kita maafkan orang. dalam hati ni ada je perasaan tak puas hati dan bermacam-macam lagi yang negatif. tiap kali pandang orang tu, mesti akan timbul bermacam-macam perasaan macam tak puas hati dengan dia. apa kata, maafkan dia. diri sendiri juga yang akan tenang dan takkan terfikir-fikir pasal benda macam tu lagi.

Okay, apa yang aku tulis ni berdasarkan apa yang kawan-kawan aku cakap. kita dah besar, dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri sendiri. kenapa masih nak berperangai macam budak-budak lagi sedangkan kita dah besar. aku bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku dan bagi kata-kata semangat dekat aku, nasihatkan aku.

Satu perkara yang aku tak suka, bila tak suka seseorang tu dia melibatkan semua yang berkaitan dengan orang yang dia tak suka tu. macam ni, kalau kau tak suka orang tu, kenapa mesti libatkan semua yang berkaitan dengan diri dia? kenapa mesti benci kawan-kawan dia? dan kenapa mesti ajak sekali kawan-kawan kau untuk benci dia sekali? macam dah sebarkan kebencian kau dekat dia kepada orang lain pulak.

Fikirkanlah sendiri. semua untuk diri sendiri dan kebaikan diri sendiri jugak. mana yang salah harapkan dimaafkan.

You Might Also Like

4 budak comel

  1. betul tu, mai kalau ada problem dengan kawan, takkan libatkan kawan yg lain, usaha untuk settle masalah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa itulah pasal. baik selesaikan masalah tu sendiri.

      Delete
  2. Setuju.. Kadang kita tak sedar kesalahan sendiri kerana terlalu mencari kesalahan orang lain..

    Bukan mudah untuk memaafkan. In sya Allah niat untuk Allah, segalanya akan dipermudahkan.

    ReplyDelete