Azian, Anida dan Atiqah
7/07/2017 02:28:00 pm
Good friends are like stars.
You don't always see them,
but you know they're always there.
Bila bercakap tentang kawan ni, sebenarnya yang penting adalah kualiti persahabatan tu sendiri. Bukannya kuantiti sahabat yang kita ada. Kalau kita susah ataupun senang, dia selalu ada dengan kita. Selalu bagi sokongan dekat kita bila kita jatuh tersungkur dan langsung tak mengeluh dalam membantu kita. Kadang-kadang ada yang bila kita senang ramai yang datang dekat, mengaku kita kawan baik dan macam-macam lagi. Tapi bila susah, batang hidung pun tak nampak.
Untuk ini, aku tersangatlah berterima kasih dengan semua kawan yang sentiasa ada dengan aku tak kira apa pun yang jadi. Walaupun kita jauh tapi, korang selalu ada untuk aku tak kira waktu. Korang tempat aku mengadu kalau aku ada masalah, pendengar setia kepada setiap masalah yang aku hadapi.
Ada masanya, perangai aku memang susah sangat nak dijangka. Dan sebab tu kot ramai je yang tak lama kawan dengan aku. Hahahaha. Tapi tak apa lah asalkan masih ada yang setia dekat sisi aku sebagai sahabat yang terbaik. Pertahankan aku bila mana aku difitnah walaupun tak ada dekat dengan aku dan jauh dari aku.
Mungkin ada sesekali sikap aku yang buat korang terasa. Maaf sangat-sangat. Macam aku cakap, memang aku sendiri tak boleh jangka dengan perangai aku hahaha. Tetap sabar dengan aku walau apa pun yang jadi.
Siapa je yang taknak persahabatan tu kekal untuk selamanya. Dan aku pun berharap benda yang sama dengan korang. Tak keberatan aku katakan yang aku terlalu sayangkan persahabatan kita ni. Kawan memang ramai dan aku tak nafikan langsung benda tu tapi, untuk cari yang akan selalu ada dengan kita waktu susah ataupun senang tersangatlah payah. Selepas keluarga, korang adalah orang yang penting dalam hidup aku.
Aku pernah menangis sebab orang yang anggap kawan baik, tikam aku dari belakang. Aku tak cerita langsung dengan korang pasal ni. Sebab aku tak nak ingat langsung pasal benda ni. Masa ni aku tersangatlah memerlukan korang untuk ada dengan aku. Aku tak kuat nak hadap semua ni. Tapi aku mampu bertahan lagi sebab impian mak dan ayah aku. Sebulan sebelum spm aku kena hadap semua dari segi mental dan fizikal bukan untuk spm je tapi untuk benda ni jugak. Dan aku taknak ingat langsung!
Kesetiaan korang berdua sebagai kawan aku sejak dari dulu buat aku rasa sangat dihargai. Aku tak tahu nak cakap apa lagi tapi terima kasih sangat-sangat. Ingat tak masa aku mengadu dekat korang masa sem 2 dulu? Yang kehadiran aku dekat bilik macam tak dialu-alukan kawan sebilik aku. Dekat korang tempat aku ceritakan semuanya. Sampaikan Azian pun kena sekali dekat twitter, kan? Aku mintak maaf sangat-sangat.
Korang adalah diwajibkan untuk ada disetiap hari-hari bahagia dan penting aku lepasni. Sebab aku nak lalui hari-hari tu semua dengan keluarga aku dan korang berdua. Aku taknak semua tu berlalu tanpa ada korang dekat sisi aku.
Haaa... cakap pasal kahwin? hahahaha. Siapalah antara kita bertiga yang akan kahwin dulu, kan. Kalau tunggu aku, mungkin dalam 5 ataupun 6 tahun lagi. Banyak lagi yang aku nak capai hahaha. Takpe aku lepaskan korang berdua dulu, okay. hahahahaha
Tahun ni kita sambut birthday sama-sama, ya? Tapi tu lah macam susah jugak sebab Azian maybe dah start cuti, aku baru nak start semester bulan 9/10 nanti, Anida pulak? Tapi takpe, semuanya boleh je kan kita uruskan. Apa je yang tak boleh kita buat. Semua benda kita boleh buat.
Dah lah aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Aku berdoa semoga persahabatan kita ni akan kekal hingga ke Jannah, InsyaAllah. Semoga kita sama-sama capai kejayaan yang kita impikan, capai cita-cita kita dan banggakan mak ayah kita dengan apa yang kita buat sekarang ni.
Aku sayang sangat dekat korang.
2 budak comel
How sweet cik tiqah kite ni .. Done read .. Done shared ..
ReplyDeletethank you aziannn :*
Delete