Semester 3 dah nak habis!!

4/10/2017 11:37:00 pm



Wahh tak sangka lagi 6 hari nak habis semester ni. Ya Allah macam tak percaya pulak. Tapi nak menghabiskan hari-hari terkahir dekat sini tersangatlah menyeksakan. Kenapa? Selalunya rasa excited ni aku rasa macam tak selesa lah. Aku nak sangat-sangat 6 hari tu berlalu dengan cepat. Sebab dah tak nak dah berdepan dengan segala macam masalah yang boleh menghalang aku daripada belajar dengan tenang.

Apa yang aku lalui sepanjang semester ni banyak bagi pengajaran dekat diri aku. Makin kita dewasa, semakin bermacam benda yang kita kena hadapi dalam hidup ni. Bukan masalah belajar je bila dekat sini. Kita kena berdepan dengan kerenah manusia yang kadang kala menyesakkan kita, sikap sesetengah orang yang suka memandang rendah dekat kemampuan kita dan bermacam lagi lah. Ada yang bermasalah dengan pensyarah tak? Emm maybe ada kot.

Kalau berkenaan dengan pelajaran, ada certain subjek yang bagi aku susah sikit nak catch up. Apa lagi semester ni most of my subject is theory and only 5% on calculation. So, agak susah lah untuk aku get along dengan subjek untuk semester ni. Tapi apa-apa pun kena lah berusaha untuk belajar jugak even susah pada awalnya. *sampai sekarang sangat susah untuk aku study subjek law :(*

Macam semester lepas, batch aku adalah yang terakhir yang akan tinggalkan uitm ni. Memandangkan last paper aku betul-betul tarikh akhir dan petang pulak tu, memang sedih jugak :( yang lain mostly habis paper 3 hari awal dari kitorang. Fakulti lain selalu habis awal kecuali Fakulti Akaun kalau dekat sini. Semester lepas last paper aku paper Statistic, semester ni paper Law. MasyaAllah bila nampak subjek Law tu last paper, nak tak nak kena baca dari awal lah. Boleh bagi tips nak study law?? hehe

Okaylah, aku pun takdelah nak merepek panjang-panjang lagi. Cukuplah sampai sini dulu. Nanti kalau ada masa, InsyaAllah aku akan update lagi. Tapi kali ni untuk cuti semester pulak. Ohh ya, cuti semester Uitm kali ni 5 bulan tau sebab nak selaraskan dengan student degree. So, 5 bulan yang bercuti tu jika di beri keizinan, aku akan update blog selagi mampu yaa.. Lepasni nak spam gambar-gambar sepanjang semester ni. Bye!!!




Keabadian Cinta - Anuar Zain
(my favorite song :*)

You Might Also Like

6 kata-kata comel

  1. Wah nak abis tuu..buat sehabis daya ok, cepat-cepat grad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh! tak sabar nk grad lagi 2 sem je huhuhu

      Delete
  2. Kerenah manusia memang ada kat mana2. Kita pun terlupa, mungkin kita juga se bahgian dari kerenah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, terkadang kita terlupa kerenah kita buat orang lain terasa dan sebagainya... btw thanks :)

      Delete