Serba sedikit keperluan semasa MDS

5/17/2016 09:45:00 pm

Assalamualaikum...

Memandangkan next week ramai yang dapat Uitm tu akan start daftar, mesti sekarang korang tengah prepare segala macam benda kan? so, aku kat sini nak menolong serba sedikit lah untuk meringankan beban anda semua. cehh cakap kemain aku ni. okaylah, masa memula nak daftar Uitm dulu pun aku ni serabut apa benda nak kena bawak terutama untuk minggu mds ni. emm takyah lah nak cakap banyak-banyak, kita teruskan je apa yang nak dibebelkan ni yaa :)

Minggu Destini Siswa atau MDS ni kira macam minggu orientasi untuk pelajar part 1. ini di kira macam pengenalan untuk korang kepada kehidupan universiti yang serba mencabar hahaha. macam aku dulu, mds tak lah lama mana pun. seminggu je kot, korang tak payah nak pening-pening kepala bagai. setiap Uitm setahu aku lain kot aktiviti dia even tujuannya adalah sama. dan kat bawah ni aku tulis berdasarkan pengalaman dekat Uitm Tapah.

Untuk siswi, korang akan pakai baju kurung sepanjang MDS. no excuse! aku dulu bawak baju kurung dalam 8 pasang macam tu. sebab kau tak akan ada masa nak membasuh baju jadi, di nasihatkan bawaklah baju kurung banyak-banyak sebab pakai hari-hari bukan sehari atau dua hari. pasal tudung, nanti korang kena pakai tudung bawal dan 5 pin ke bawah. ohh ya, siswi nanti akan dapat tudung Uitm warna purple dan kena pakai setiap hari kalau aku dulu. korang kena pakai kasut sukan tau sepanjang mds sebab takut korang kena lakukan marathon ke contohnya. pakai seluar tracksuit tau sebab takut nanti peha melecet ke apa ke. dan di ingatkan bahawa pemakaian shawl adalah di larang sama sekali. korang wajib pakai tudung bawal by hook or by crook. jangan nak makeup tau nanti kena marah dengan akak oc. yang selebihnya, korang akan dapat arahan daripada akak oc dengan abang oc yang bertugas tu nanti.

Siswa pulak, aku tak sure lah macam mana. tapi, korang sepanjang mds tu kena pakai baju kemeja dan bertali leher. nanti korang akan dapat tali leher Uitm dan wajib pakai setiap hari. korang pun kena pakai kasut sukan jugak. yaa sejujurnya memang lawak bila siswi berbaju kurung pakai kasut sukan dan siswa pakai kemeja dah hensem tapi kena pakai kasut sukan. tak smart kan? tapi, korang nak ke kaki tu sakit ke apa? tak nak kan? so, pakai kasut sukan. yang siswa, pandai-pandai lah korang bajet nak bawak berapa helai kemeja tapi bagi aku, better korang bawak 5 ke 8 helai macam tu. bukan apa, untuk masa kecemasan.

Kat sini aku nak nasihatkan, korang bawaklah air mineral sepanjang mds tu. sebab apa? sebab korang akan rasa haus dan penat dan jugak badan korang mungkin akan kekurang air. so, pastikan dalam beg tu ada botol air mineral. untuk yang gastrik, selalu bawak biskut atau roti nanti senang kalau lapar boleh terus makan. sebab waktu makan dia pagi, tengah hari, malam. takut nanti korang lapar so, bawaklah apa-apa untuk di makan. haaa, kalau sakit ke apa cepat-cepat cakap dekat akak atau abang oc. jangan biarkan sakit tu melarat. tak payah bawak duit yang banyak sebab sepanjang mds ni makanan akan diberi secara percuma. dan lagi satu, tak payah menggatal nak bawak laptop masa mds sebab kau mana ada masa nak bukak laptop bagai. dan untuk mengelakkan laptop dicuri siapa tahu masa awak ber-mds ada yang cuba pecah masuk bilik??? cuma ingatkan saja.

Kena bawak baju kurung putih dan kain warna hitam untuk siswi dan siswa kena bawak baju kemeja putih dan seluar slack hitam. ini untuk apa? ni untuk majlis amanat naib canselor. nanti akak oc dengan abang oc akan bagitahu bila kena pakai. pakai kasut hitam? yes korang kena pakai kasut hitam. tapi aku mds dekat Uitm Tapah dulu tak payah pakai kasut hitam sebab kitorang buat kat dalam Pusat Islam, kena bukak kasut. bawak baju putih tu lebih dari satu sebagai spare takut nanti kena pakai dua kali ke kan macam aku dulu. tak pun kalau baik hati boleh bagi member pinjam. dan nanti majlis ni akan ada siaran live dari Uitm Shah Alam atau Uitm Puncak Alam. so, korang kena ikut segala benda yang korang tengok live tu. bila dorang diri, korang diri jangan tak ikut pulak.

Emm rasanya cukuplah kot apa yang aku kongsikan ni. kalau ada yang kurang, korang boleh tanya ehh. In Shaa Allah akan dijawab secepat mungkin.

Sekian, wassalam.



p/s: mds ni akan buat korang terkejar-kejar sikit sebab semua benda kena ikut jadual dan kena punctual.

You Might Also Like

31 budak comel

  1. Mmg perit tapi itulah yg best.. i miss my mds moment

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Jemput join segmen Nurrul
    http://youismysoul.blogspot.com/2016/05/giveway-topup-by-nurrul-2.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak, nak tanya pasal tudung untuk mnggu mds kaler apa pun takpe ke ? Ke pakai tudung uitm tu je. Satu lagi, baju t-shirt lengan panjang warna putih kena bwak berapa ye kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. okay, tudung tu bebas nak pakai tudung warna apa pun cuma time akak dulu, oc suruh setiap hari pakai tudung uitm yg dia bagi tu. nanti oc akan cakap sama ada kne pakai tudung mds setiap hari atau tak. baju t-shirt putih tu bawak sehelai pun cukup sbb pakai t-shirt utk riadah petang nanti dan time akak dulu kalau nk pakai selain putih pun boleh. dekat sana ada dobi, so awak boleh basuh baju guna mesin basuh. no worries :) tapi time mds takde masa nak basuh.

      Delete
    2. Akak, nak tanya lagi ni, hehe, toilet/tempat untuk mandi tu jauh tak dari bilik ?

      Delete
    3. bilik air tak jauh dari bilik. setiap aras ada 12 bilik dan 3 bilik air. bilik air yang dekat tengah besar sikit ada 5 tandas dan bilik air yg lagi dua tu ada 2 tandas je. lupa nk ckp kalau guna mesin kat dobi tu kena bayar RM2.50 sekali basuh :)

      Delete
    4. Alright kak, thank you ye ;)

      Delete
  3. And terlupa nak tanya, pakaian tu cuci tangan ke ? Tak ada mesin basuh ke ?

    ReplyDelete
  4. nice sharing utk juniors yg bakal masuk u!

    ReplyDelete
  5. Salam kak. Untuk mds memang wajib pakai tudung bawal ke? Tak boleh pakai shawl ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam awak :) masa saya mds memang wajib pakai tudung bawal dan dilarang pakai shawl. sebab nk mudahkan kita.

      Delete
  6. Nice sharing! Kasut sukan mmg kena bawak dua ke? Ada rumors kata 2 pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya bawak sepasang pun dah cukup. tapi kalau awak nak bawak 2 pasang pun boleh utk spare.

      Delete
  7. hai nak tanya..time mds tu kena pakai baju kurung putih setiap hari ke n baju kurung putih tu macam baju sekolah menengah ke? agak2 brp helai kena bwk? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! setiap hari pakai baju kurung biasa je awak. baju kurung putih tu utk majlis kemuncak mds dan akan diberitahu fasi nanti bila kena pakai :)

      sorry for the late reply

      Delete
  8. Assalamualaikum akak sye nak tanya t-shirt putih memang bawak selai je ke emm selalukan senaman tu tiap petang ke ye?? Sye harap akak perasan comment sye 😳

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tshirt putih tu bawak sehelai ataupun dua helai. waktu riadah tu ikut jadual yg ditetapkan. macam saya dulu 2 kali je riadah. yaa, riadah waktu petang.

      sorry for the late reply

      Delete
  9. assalamualaikum kak atiqah...saya mahirah, dari sarawak...nak tanya pasal yuran pengajian tu..utk satu sem saja atau keseluruhan?...terima kasih, blog akak byk membntu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mahirah :) yuran tu untuk satu semester saja. awak akan bayar yuran pada setiap awal semester.. terima kasih :)

      sorry for the late reply

      Delete
  10. Baju kurung putih dengan kain hitam kena beli sendiri eh? Setiap sabtu ahad boleh balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! baju kurung putih dgn kain hitam bawak sendiri. lepas mds boleh balik. kalau masa belajar nanti, kalau awak nak balik sabtu ahad pun boleh kalau tak ada apa-apa program.

      sorry for the late reply.

      Delete
  11. Assalam kak , iron dan ironboard disediakan tak ? Sempat tak kita nak mengiron baju ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. iron dan ironboard kena bawak sendiri dan tak disediakan. kalau sepanjang mds ni better awak godok awal-awal baju kurung sebab memang tak sempat langsung nak gosok baju.

      sorry for the late reply

      Delete
  12. Assalamualaikum, kak bilik asrama time kita mds tu sama ke dengan asrama time masuk semester 1 ? Atau tukar bilik lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. bilik yang awak dapat tu adalah bilik awak sepanjang semester :) semester baru nanti barulah kena tukar bilik.

      Delete
  13. Asslm akk. Masa koko mmg kene pakai tudung putih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tudung actually depends pada koku yang kita ambil tu, macam saya dulu ambil kesatria negara memang kena pakai tudung putih.

      Delete
  14. Assalam kak...utk siswa baju kolar putih tu mmg pakai selalu or cmna? Then tiap2 hari mmg pakai baju kemeja panjang la? Sehelai baju kemeja putih agak2 ckup x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf lambat sbb busy. kemeja hanya pakai hari isnin je, hari lain bebas as long baju awak berkolar sbb siswa.

      Delete
  15. Salam kakak, Kalau dalam kelas pun tak dibenarkan pakai shawl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. masa kelas tak kisah pakai shawl ataupun bawal, bebas.

      Delete