It's Over...
5/19/2017 11:45:00 pm
InsyaAllah, Allah knows better.
Allah has better plans for you and me.
Just have faith"
Bila orang dah tak hargai apa kita buat, baik undurkan diri. Terasa macam diri sendiri terhegeh-hegeh pun ada kekadang. Hmm selepas 4 tahun bersabar, akhirnya aku sendiri kalah. Aku dah tak mampu nak bertahan dan rasanya undurkan diri adalah yang terbaik buat masa ni. Buat apa nak tunggu lagi kalau memang dah tak ada yang nak diharapkan. Aku rasa banyak lagi benda yang penting yang mesti aku kejar :)
Allah tahu apa yang terbaik. Bukan aku nak meroyan ke apa dekat sini. Tak apa, mungkin ada sesuatu yang terbaik untuk kita berdua yang dah ditentukan oleh Allah swt. Andai kita ditakdirkan untuk bersama, InsyaAllah kita akan bersama jugak bila tiba masanya. Andai sebaliknya, sama-sama lah kita doakan kebahagiaan buat kita berdua dengan seseorang yang dipilih Allah untuk kita.
Kita tak pernah pun declare apa-apa. Jadi tak menjadi satu masalah untuk kita sama-sama mengalah dalam benda ni. Sampai bila-bila pun aku akan ingat semua kenangan yang indah yang pernah jadi antara kita berdua. Terima kasih untuk semuanya. Ingat lagi, waktu sekolah dulu aku selalu support kau dalam apa benda pun yang kau buat. Aku selalu letakkan kau sebagai yang sempurna di mata aku sampailah ke saat ni even aku tahu tak ada pun manusia yang sempurna.
InsyaAllah ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Kau jaga family kau sebab aku tahu family kau adalah keutamaan kau dan macam tu lah jugak aku. So, kita sama-sama lah berusaha untuk bahagiakan family masing-masing buat masa ni. Aku akan belajar bersungguh-sungguh macam mana yang aku janji dengan mak ayah aku dan kau akan kerja dengan lebih rajin lagi untuk keluarga kau.
Terima kasih untuk semuanya.
0 budak comel