Bestfriends Forever and Ever

10/28/2015 02:10:00 pm

Assalamualaikum and hello everyone!



Apa itu bestfriend atau dalam bahasa melayu dia, kawan baik? kalau ikut wiktionary bestfriend bermaksud AN ECSPECIALLY CLOSE AND TRUSTED FRIEND. dan mengikut apa yang aku faham pulak, bestfriend tu adalah individu selain keluarga kita yang rapat dengan kita, selesa berkongsi apa-apa sahaja dengan dia, orang paling dipercayai dan jugak adik-beradik. 

Dalam hidup kita, kita mesti ada sekurang-kurangnya seorang kawan baik. tak perlu banyak kawan baik sebab yang kita perlukan hanya kualiti bukannya kuantiti. tak bermaksud bila seseorang tu ada sorang je kawan baik, bermaksud dia sombong tak nak berkawan dengan orang lain. mungkin dia berhati-hati dengan orang di sekeliling dia. kita tak tahu apa niat orang kan? bila senang, semua orang mengaku kita kawan dia dan bersedia ada dengan kita tak kira waktu. bila kita susah macam mana? masa tu baru kita sedar siapa sebenarnya kawan kita yang sebenar-benarnya. sebab tu, kita tak perlukan kuantiti kawan yang banyak. okay :)

Bagi aku, aku actually tak kisah kalau nak berkawan dengan semua orang sebab kita tak tahu siapa yang betul-betul ikhlas kawan dengan kita. mana tahu dalam banyak-banyak yang ada tu ada sorang yang ikhlas berkawan dengan kita tanpa mengira apa-apa sekalipun. tapi, kalau kawan baik aku cuma ada 2 orang je. kenapa sikit? sebab itu dorang je yang tahan dan sabar dengan perangai aku. 

Tak bermaksud yang lain tu tak tahan dengan perangai aku. cuma, persahabatan yang ada sebelum ni macam dah putus di tengah jalan. haaaa kira macam tu lah. aku tak mengharapkan ramai orang suka dengan aku. cukuplah sorang je. 

inilah dua orang bestfriend aku since aku form 1 lagi sampai sekarang. *spot me in the picture hehe*
Aku selesa sangat berkawan dengan dorang berdua. tapi, masa mula-mula aku nak kenal dengan dorang tu haha macam benda pelik tau. aku pernah tak suka dengan salah sorang daripada dorang berdua. itu pun masa aku mula-mula naik tingkatan satu. tapi tengok, orang yang aku tak suka dan menyampah tu lah akhirnya jadi kawan baik aku. pernah sekali tu aku rasa macam nak cakap direct yang aku tak suka kawan dengan dia tapi, belum sempat nak cakap aku jadi macam "ehh bestnya kawan dengan dia ni. boleh ngamlah dengan aku. hahaha" 

Masa tingkatan 1 kami tak satu kelas. tingkatan 3 barulah kami bertiga duduk dalam kelas yang sama. tapi tetap tak dapat duduk sama-sama. aku dah request nak duduk dengan dorang tapi kena reject! aku paling menyampah dengan orang yang conquer kelas waktu tu. gila kuasa!! okay, berbalik dekat tadi. even tak duduk sama-sama, tapi kitorang tetap study sesama tau. carilah macam mana cara sekalipun nak dapat belajar sesama dan luang masa sesama. asalkan bertiga dalam apa-apa pun. haha

Naik tingkatan 4, kitorang bertiga berpisah tau. sebab aku pindah sekolah lain yang dekat dengan rumah aku. sorang pindah Kolej Vokasional dan sorang still stay kat sekolah yang sama. sekolah lain-lain pun, tapi kitorang tetap contact each other. thats why i really love our friendship. aku selalu ingatkan diri aku yang dorang banyak tolong aku selama ni. hehe 

Bila dah habis sekolah pun kitorang still together as a good and best friends. perangai kitorang tiga-tiga lain dan tak sama. tapi, Alhamdulillah kami selesa sebagai kawan baik :) bergaduh? pernah sekali waktu tu tingkatan 3 sebab masalah kecil yang kami sendiri perbesarkan. semuanya salah facebook!! i hate facebook. haha sebab satu status kat facebook lah kami bergaduh dan tak bertegur antara satu sama lain. tapi, bila salah seorang mengalah kami okay balik. lastly, kami bertiga akhirnya mengaku kesalahan masing-masing. 

ni gambar masa sambutan hari raya dekat sekolah 2012. sorry gambar tk berapa nak jelas
Aku rindukan time kami study sesama macam dulu. haihh sekarang masing-masing dah busy dengan belajar kan. entah bila nak spend time macam sekolah dulu. In Shaa Allah nanti bila kita free boleh lah spend time sesama. huhu. 

Sakit hati? emmm rasanya aku tak pernah sekalipun terasa ke atau apa dengan dorang berdua. aku sayang kawan-kawan aku macam aku sayang mak abah aku. dorang adalah orang yang rapat dengan aku selain mak abah aku. tapi, kami pernah sakit hati sesangat dengan budak-budak kelas. :( :(

Apa kau rasa bila kau berusaha nak buat reunion untuk kelas tetiba semua kata busy. yaa faham masing-masing busy tapi, boleh kan bagitahu awal-awal yang korang busy. ini tak, bila kitorang dah set tempat, masa, hari dan sebagainya tetiba tak ada sesiapa yang datang kecuali kami bertiga. ehhh!! aku tak nak cakap pasal ni.

muka kami bertiga yang memang tak boleh blah kan. hehe
Hmmm aku pun dah tak ada apa nak cakap lagi. aku harap agar persahabatan kami bertiga akan kekal buat selama-lamanya. kita sama-sama pimpin each other ke arah kebaikan, yaa? :) kita sama-sama usaha agar kita jadi bestfriend terbaik di dunia. cheewahh. 

Untuk diri kita bertiga, kita jangan cepat mengalah selagi belum berusaha dengan sehabis baik untuk dapatkan sesuatu tu. kita kena yakin yang kita boleh. sama-sama kita usaha untuk jadi anak yang terbaik untuk ibu bapa kita dunia dan akhirat. saling mengingati antara satu sama lain andai terlupa dan saling membimbing ke arah kebaikan bersama-sama. sama-sama kita berdoa agar kita bertiga berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi muslim yang sejati. dan paling penting jangan tinggalkan solat :) 




Sekian, wassalam.

You Might Also Like

2 budak comel