Cantik luaran dan cantik dalaman
10/24/2015 03:52:00 pmAssalamualaikum and hello everyone!
Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak bagi ramai orang baca blog aku ni. cuma aku harapkan keajaiban tersendirilah. huhu ada tak tips macam mana nak naikkan trafik blog? terasa macam mendap aje blog ni dan rasa tak macam aku je yang syok sendiri? hmm nevermind lah. cukuplah sampai sini mukadimah aku yaa.
Aku selalu terfikir cara macam mana nak nampak cantik macam "PRINCESS CINDERELLA"? disebabkan aku terlalu suka dengan watak cinderella lah yang buat aku excited sangat nak cantik. macam tak logik tapi ya. macam-macam cara yang aku buat untuk kelihatan cantik ni. mesti semua orang pun akan buat perkara yang sama kan? nak kulit cantik, kulit yang sihat, kulit yang cerah dan sebagainya. yang macam orang kata, kulit flawless.
Tapi sedar tak yang sementara kita sibuk nak cantikkan luaran bagi orang nampak kita sempurna sebenarnya, kita lupa tentang kecantikan dalaman? semua sibuk nak kejar wajah yang cantik sampai lupa tentang kecantikan hati dan budi bahasa. perkara ni nak buat aku sedar kita sebenarnya perlukan kecantikan dalaman juga. takkan nak cantik luar tapi dalam buruk kot? kita kenalah seimbang luar dan dalam juga :) jangan pulak kita sanggup keluarkan beribu ringgit untuk luaran tapi dalaman nothing ~
Macam mana nak dapatkan dalaman yang cantik? selalulah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. semua makhluk ciptaanNya cantik-cantik tau. jangan nak sesedap mulut cakap 'kau buruk, kau hodoh' dan sebagainya. mana adab awak? haaa adab juga penting sebab orang selalu cakap kecantikan adab tu penting. ehhh yaa ke orang cakap ke aku je? haahaha whatever lah. tapi itu pun salah satu yang penting untuk kelihatan cantik.
Lepastu jaga tutur kata kita. sebagai perempuan cakap dengan lemah lembut boleh kan. :) In Shaa Allah awak nampak sangat cantik. aku paling tak suka statement macam "aku tak lembut, cakap pun kasar dan blaa blaa blaa...". ehh! kenapa mesti cakap macam ni haa. kenapa tak nak belajar untuk jadi lebih lembut dan jaga tutur kata tu? belajar tu lebih baik daripada biarkan diri sendiri terus jadi macam tu. mana kelembutan sebagai seorang perempuan kalau gaya pun dah serupa macam lelaki. jangan cakap "kenalah terima diri aku seadanya". yaa memang terima seadanya tapi ingat, tutur kata tu kena jaga. dan lagi satu, jangan keluarkan kata-kata yang kesat nampak tak cantik sangat.
Hmm aku pun bukannya pakar bab kecantikan ni. cuma nak ingatkan yang kecantikan dalaman sebenarnya lebih bernilai. dan bila awak jaga adab sebagai seorang perempuan muslimah lagilah, SubhanAllah awak tersangat cantik tahu tak!pernah tak dengar tentang kuasa wuduk? wahh dah sampai kuasa bagai ni. okay, wuduk menjadikan wajah kita lebih bersih dan sihat sebenarnya. bolehlah google untuk maklumat lebih lanjut.
Cantik dengan cara sendiri ni banyak sebenarnya untuk dirungkaikan. chewahhh!! awak tak perlu jadi diri orang lain just jadi diri sendiri dah cukup. siapa cakap awak tak cantik tu? taklah semua orang cantik. cuma nak cakap orang yang dalaman dia cantik, akhlak dia cantik akan lebih terserlah kecantikan dia. jangan sedih kalau tak reti nak berhias sampai cantik sebab awak adalah diri awak. awak pakai bedak johnson keluar rumah pun dah cukup. cantik apa!
Maaf kalau apa yang aku cakap ni tak menarik sebab ini apa yang aku cuba nak cakap. if salah, harap diperbetulkan lah yaa. kita sama-sama belajar dari kesilapan.
Sekian, wassalam.
0 budak comel