Dengarlah Sahabatku
2/19/2016 07:57:00 pmAssalamualaikum :)
Sahabatku yang paling ku sayang..
Kenapa orang baik sering disakiti?
kerana, orang baik selalu mendahulukan orang lain dalam semua perkara. dia tidak kisah jika dirinya yang disakiti. itulah kebahagiaan bagi dirinya apabila melihat orang sekelilingnya mendapat apa yang dikehendakinya.
Kenapa orang baik sering tertipu?
kerana, orang yang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. dan dia tidak pandai untuk berprasangka buruk dengan orang lain. dia juga percaya yang orang lain tidak akan tergamak untuk menganiayai dirinya.
Kenapa orang baik sering dihina?
kerana, orang baik tidak pernah sekalipun diberi kesempatan untuk membela dirinya. dia hanya menerima semuanya dengan tenang meskipun bukan dia yang memulakan semuanya.
Kenapa orang baik sering menangis?
kerana, orang baik tidak inginmembuat orang lain juga dalam kesedihan. dia sudah biasa mengubati sendiri luka dihatinya. dan dia percaya suatu masa nanti Allah akan menggantikan kesedihannya dengan sebuah kebahagiaan.
Tapi, kenapa orang baik tidak pernah membenci yang melukainya?
kerana, orang baik selalu memandang apa yang berlaku selama ini, Allah lah yang menyimpan rahsia terbaik untuk dirinya.
Kenapa orang baik sering diam apabila dipersalahkan?
kerana, dia tidak mahu berhujah dan berdebat dengan orang yang sememangnya berniat untuk menyalahkan dirinya dan dia sebetulnya mengetahui bahawa orang yang mengajaknya berhujah itu ialah orang yang mahu menang.
Wahai sahabat-sahabat sekalian...
menjadi orang baik tidak menjanjikan kalian sentiasa baik-baik tetapi menjadi orang yang baik sentiasa dipandang Allah dan Allah sentiasa memberikan syurga dunia kepadamu. iaitu sebuah ketenangan di sudut hatimu.
Allahuakbar..
0 budak comel