Kenangan dan akan terus jadi kenangan

2/15/2016 12:54:00 am

Assalamualaikum.

Malam ni tetiba terajin pulak nak update blog ni haaa. ingat nak study tau sebab esok ada test CTU, tapi satu benda pun tak masuk mana nak belajar dah kan. emm apa kata aku isi masa lapang dan menggunakan wifi UiTM yang free ni untuk update blog kan. hahahaha. kali ni nak cerita pasal apa ehh? huhu tengok tittle yang macam nak apa tu pun korang tahu aku nak update apa kan. lets get start!!!



Haritu time pegi sekolah dengan kawan aku untuk ambik sijil aku, aku teringat satu benda yang buat aku sampai sekarang tak boleh lupa. macam mana kecewanya dalam tengah panas sebabkan dia ni. haihh tapi tak lama mana pun aku kecewa tu. cehhh ayat nak gempak aje aku ni. tapi seriously, memang bila ingat balik macam aku ni terhegeh pulak nakkan perhatian dan macam "hadiah" time tu.

Masa tu hari sukan sekolah. aku dan dia dalam rumah sukan yang sama tapi, aku tak masuk kawad rumah sukan sebab malas nak datang latihan petang kan. haha okay abaikan! rumah sukan dekat sekolah aku ada 4 iaitu, merah a.k.a tuah (rumah sukan aku), hijau a.k.a kasturi, biru a.k.a jebat dan kuning a.k.a lekiu. masa kawad rumah sukan tu, aku tak tahu pulak yang dia ni masuk dan jadi mascot untuk rumah sukan kitorang. Ya Allah perasaan aku masa tu tak tahu nak digambarkan macam mana dah. happy macam rumah sukan tu aku yang handle tau. haha

Time kawad tu, tak silap aku semua mascot kena buat gaya-gaya yang pelik tau dan tak silap aku jugak dorang kena bawak macam hadiah laa untuk bagi kat penonton. tapi tak sure sama ada semua rumah sukan ada ke tak. masa rumah sukan kitorang lalu kat pentas utama, aku punyalah excited sampai menjerit sokong rumah kitorang dengan "tuah! tuah! tuah!" malu? masa tu aku tak terfikir malu ke apa dan sekarang barulah terfikir betapa malunya apa yang aku buat dulu. dia punya semangat tu tak tahu nak describe macam mana dah wehh.

Bila dah habis apa semua dekat depan sana, kan semua kena balik ke tempat asal iaitu ke khemah rumah sukan balik. masa ni lah yang aku tunggu sesangat yang dia ni pandang aku lepastu nak bagi bunga ke hadiah ke apa tapi emm tak payah nak cerita sangatlah pasal semua tu, bukan ada pun. tapi, aku harap sangat yang dia akan pandang then senyum ke apa dekat aku. masa rumah sukan kitorang lalu, aku berdiri dekat depan dan hampir je dekat perbarisan tu dan aku pandang dia maybe dia tak perasan sebab dia pakai macam costume dan mascot kitorang angry bird, lupa nak cakap. aku nak sesangat dia perasan aku time tu. Ya Allah kenapa aku boleh terfikir macam ni sekali kan haha.



But you know what, dia just teruskan perjalanan dia dengan gaya dia. aku positifkan fikiran aku dengan kata kat diri sendiri yang dia tak nampak aku sebab dia nak fokus dengan apa yang dia buat. yang paling aku tak sangka, belakang rumah sukan kitorang tu rumah sukan biru a.k.a jebat, tema dorang masa ni aku lupa tapi mascot dorang adalah badut. badut sinonim dengan apa selalunya? dengan belon kan? yeahh thats it! abang yang jadi mascot tu bagi belon yang dia buat jadi bentuk apa entah tu dekat aku tapi aku tak ambik. dan aku lari sebab masa tu dalam fikiran aku, kenapa bukan dia yang bagi aku dan kenapa orang lain.

Balik rumah tu memang menangis lah sebab orang yang kita sayang tak pandang pun kita. apalagi dengan kita yang semangat sesangat nak bagi sorakan dan semangat untuk dorang. yeahh! tapi tak kisah lah. dah lama-lama aku okay je dengan benda tu. benda kecik macam tu pun aku nak besar-besarkan dah kenapa. emm rasanya cukup sampai sini jelah apa yang aku nak cerita. panjang sangat ke entry ni? alamak! sorry yee.

Sekian, wassalam.


You Might Also Like

0 budak comel