Rasa macam tak percaya sekarang ni. sorang-sorang kawan kitorang dah kahwin dan rasa macam dah besar sangat rupanya kitorang ni. sepuluh tahun yang lepas main pondok-pondok, panjat pokok, mandi dekat sungai dan macam-macam lagi benda kitorang buat. sekarang semuanya dah berkeluarga.
Sekarang tinggal lagi dua orang je yang tak kahwin lagi antara kitorang semua. aku baru nak masuk dua puluh tahun wehh tahun depan, kawan-kawan aku dah ada keluarga sendiri. Alhamdulillah, aku bahagia tengok korang bahagia tau. tak sangka kan, pejam celik pejam celik kita semua dah besar panjang dah pun. dulu kemain memasing comot, langsung tak tahu nak kemaskan diri tu. tahu nak main je 24/7 tanpa henti. sekarang memasing dah cantik, dah handsome. tinggal aku laa yang cam biasa-biasa je tak reti nak bergaya macam yang lain haha.
Kalau nak ceritakan semua kenangan time kita kecil dulu, memang tak cukup wehh satu entri ni. mahu berpuluh-puluh entri kena buat. sebab terlalu banyak yang kita semua buat sama-sama sejak aku pindah dekat sini sampailah sekarang ni. walaupun kita semua tak sebaya tapi, tak pernahlah aku panggil korang kakak, abang, adik. rasa cam janggal sesangat kan rasanya. jarak umur kita bukan jauhlah nak panggil macam tu bagai, setakat tua dua tahun apalah sangat.
Since aku masuk sekolah menengah kan, jarang sangat kita luangkan masa sama-sama. bila aku sekolah petang, ada yang sekolah pagi. dan sebaliknya lah. aku nak capai cita-cita aku macam apa yang aku cakap masa kecik-kecik dulu. aku ingat lagi, masa tu aku kena buli dan aku cakap yang aku tak nak kena buli dah lepasni dan aku akan buktikan yang aku bukannya lemah. dari susah kita sama-sama dan sekarang, kita semua dah mula capai apa yang kita semua nakkan.
Hahh! tak tahu dah nak cakap apa. tapi sumpah aku tersangatlah rindu dengan semua kenangan kita masa kecik-kecik dulu. yang lagi sorang ni lagi dua tahun nak kahwin, InsyaAllah. aku? InsyaAllah Allah akan hadirkan jodoh aku pada masa yang sesuai. apa-apa pun, aku bahagia dan gembira tengok kawan-kawan aku bahagia. aku sayang sangat dekat korang dan harap persahabatan kita ni akan kekal selama-lamanya dengan keizinan dari Allah Swt :)