Kebaikan
2/09/2018 02:11:00 pmAssalamualaikum semua.
Susahnya untuk buat
sesuatu kebaikan ni. Setiap kali nak buat baik, mesti ada yang cakap itu dan
ini. Tak salah pun nak buat baik dengan orang lain, nak tolong orang lain. Sebab
kita sendiri tak tahu bila masanya kita susah dan perlukan bantuan orang lain. Kalau
bukan harini, mungkin hari yang akan datang. Bukanlah kita buat baik ataupun
tolong orang harini, harini jugak orang tu kena tolong kita balik. Hari yang
akan datang manalah kita tahu kan.
Tak boleh lah kita nak
pentingkan diri sendiri bila orang lain mintak tolong dekat kita. Bila kita
boleh tolong orang, kita tolong semampu yang kita boleh. Tanpa mengharapkan
balasan sebab itupun di kira satu pahala kan bila kita membantu orang lain. Berbuat
baik dengan orang bukan disebabkan nak dapat nama ataupun apa tapi sebab kita
sendiri ikhlas. Tapi entahlah, sekarang ni bila kita buat baik orang akan
bercakap dan bila kita buat jahat pun orang tetap akan bercakap jugak. Semua benda
jadinya tak ada yang betul pun.
Aku seronok bila tengok
orang yang sentiasa berbuat baik dengan orang lain dan saling bantu membantu
antara satu sama lain. Entah kenapa rasa seronok dan tenang je bila berdepan
dengan orang macam ni. Dalam masa yang sama, kita pun akan terdorong untuk
melakukan apa yang dia lakukan. Ini kan stau benda yang sangat positif!
Hmm tak adalah niat aku
nak berleter panjang lebar ke apa. Ni atas pandangan aku sendiri dan kalau ada
salah dan silap harap diperbetulkan.
Salam Jumaat semua :)
2 budak comel
betul. it somehow warms ur heart
ReplyDeletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa