2016 Melabuhkan Tirai

12/31/2016 10:24:00 pm

Assalamualaikum...



Sedar tak sedar tahun 2016 dah nak melabuhkan tirainya. tak sangka masa setahun berlalu dengan sangat cepat. bermacam-macam yang aku lalui sepanjang tahun ni dan boleh di katakan tahun ni antara tahun yang paling mencabar buat diri aku. harini adalah hari terakhir tahun 2016 dan harini terjadinya sesuatu yang aku sendiri tak sangka. kita merancang dan Allah juga yang menentukan segalanya.

Banyak sangat perkara suka dan duka yang aku lalui dan memang takkan lupa. aku bersyukur sebab dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku suka dan duka. dah setahun aku belajar dekat tempat aku belajar ni dan Alhamdulillah walaupun bermacam-macam halangan yang ada, aku masih mampu ada dekat sini. semua ni banyak bagi pengajaran dalam hidup aku untuk aku jalani kehidupan selepas ni.

Walaupun sedih dengan apa yang pernah jadi dalam tahun ni, tapi aku tahu semua ni ada hikmah tersendiri. satu benda yang aku rindu, sambut birthday kawan masa sem 1. mungkin lepasni dah takkan sambut sama-sama lagi sebab dah tak macam dulu lagi. tak apa, aku cuma nak dia tahu dia jugak salah satu kawan yang aku sayang :)



Aku diduga dengan bermacam-macam perkara tahun ni. sampai satu masa aku rasa lemah sesangat dan aku hampir putus asa dengan semua ni. dengan aku jauh dari mak abah, memang aku rasa lemah sangat-sangat. syukur aku ada kawan-kawan yang sentiasa dengan aku untuk sama-sama dengan aku lalui semua ni.

Macam sedih sangat apa yang jadi tahun ni. semua ni kenangan. yang indah semuanya akan diingati begitu jugak yang sebaliknya. aku bersyukur kerana diberi kesihatan dan jugak kekuatan oleh Allah swt untuk lalui tahun ni dengan tenang. semoga tahun depan akan menjadi tahun yang bermakna dan mungkin akan melakar sesuatu yang indah buat diri aku dan jugak keluarga aku. aku berharap mak dan abah aku akan selalu gembira dan bangga dengan diri aku.

Semakin meningkat umur, makin banyak cabaran yang dilalui. semua ni mematangkan lagi diri kita. tak kisahlah apa yang jadi sekalipun pada tahun ni, semuanya memberi hikmah yang tersendiri. perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua. tahun ni last teen huhu. tahun depan dah masuk 20 tahun dah pun. sekejap je dah 20 tahun dah umur aku huhu.

Selamat tahun baru 2017! semoga tahun baru ni akan memberi lebih makna buat kita semua. azam tahun depan macam biasalah nak study elok-elok dan dapatkan result yang terbaik untuk mak dan abah. jadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapa. memandangkan cuti semester depan lama, aku nak kerja dan kumpul duit hahaha sebab nak tampung kehidupan sebagai seorang pelajar diperantauan dan taknak susahkan mak dan abah. lagi satu kumpul duit nak kahwin hahahaha.




You Might Also Like

0 budak comel