Banyak dugaan dan masalah yang datang
2/19/2017 12:48:00 am
Semakin meningkat umur ni, macam-macam lah dugaan nak kena hadap. bermacam-macam masalah yang datang. lepas satu, satu masalah yang datang sampai satu tahap nak menangis tapi air mata tak boleh nak keluar sebab terlalu penat dengan semua tu. masalah yang datang pun ada kalanya tersangatlah menguji kesabaran dan kita sendiri tak mampu tak tahu macam mana nak bersabar lagi. rasa nak je tumbuk sesiapa yang tetiba kacau ni (okay ni aku je kot).
Tapi percayalah semua ni yang akan mematangkan diri kita lagi. semakin banyak dugaan, masalah yang datang, semakin mematangkan diri kita dari segi nak menghadapi sesuatu dengan tenang. kekadang semua ni ada hikmahnya tersendiri. kita akan lebih kenal siapa diri kita, kenal siapa kawan-kawan kita, kenal siapa yang ada masa kita susah dan siapa yang tinggalkan kita dan bermacam lagi.
Apa sahaja masalah mesti ada jalan penyelesaian dia kan. cepat ataupun lambat mesti ada jugak jalannya. itu bagi diri aku lah. sebab aku yakin, setiap masalah tu tak ada satu pun yang tak ada jalan penyelesaiannya. walaupun bagi kita masalah tu terlalu lah berat tapi percayalah yang jalan keluarnya tetap ada. sabar dan jangan mudah untuk melenting bila kita tak dapat jalannya.
Kalau nak bercerita mengenai masalah yang dihadapi, boleh. itu salah satu cara jugak untuk kurangkan beban kita. at least, kita akan rasa lega sikit sebab dah kongsi dengan orang. macam aku, aku prefer untuk share apa-apa dengan bestfriend aku. memang aku nak share dengan mak ayah aku tapi bila fikir balik, aku tak nak bebankan mak ayah aku dengan masalah aku. melainkan perkara tu terlalu lah berat. tapi hati-hati dalam berkongsi masalah tu, ada yang sebenarnya dalam diam cuba menjatuhkan kita. who knows....
Paling pentinglah, jangan sesekali lupa kepada Sang Pencipta. Allah selalu ada dengan kita tak kira apa pun. taknak share dengan sesiapa, kongsilah dengan Allah kerana Allah Maha Mendengar. InsyaAllah kita akan rasa tenang. Allah akan tolong kita dalam apa sahaja yang kita hadapi. sebab tu aku cakap dekat atas tadi, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
Rasalah cukuplah sampai sini, kalau ada tersalah ke harap korang betulkanlah. ni pandangan daripada diri aku yang aku nak kongsi dengan korang.
2 budak comel
Bila ada masalah selalu cakp pada diri.
ReplyDeleteDia uji kita sebab dia syang dan dia tahu kita boleh hdpi mslh tu.
Tp tu lah.kadang2 xkuat nk hdp masalah jgk. Huhu
kan. kekadang tak mampu nak hadapi sorang-sorang.
Delete