Terasa
2/25/2017 09:19:00 pmTak salah kalau nak bergurau tapi dalam masa yang sama ada batasnya. nak memerli pun jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. kalau tak tahu kisah yang sebenar, tak perlu rasanya sampai menyakitkan hati dan perasaan orang lain, kan? nak bergurau ke jangan keterlaluan sangat. jangan terlalu melampau.
Dah banyak kali aku terasa tapi diamkan je sebab aku nak jaga hati kau. aku tak nak nanti persahabatan yang baru terjalin ni putus. aku ada sebab aku kenapa aku tak suka kongsi semua benda dengan kau. kalau aku rasa perlu untuk semua orang tahu, aku akan bagitahu dan kalau tak penting langsung dan tak guna pun untuk kau tahu, aku takkan bagitahu. tak semua benda perlu untuk bagitahu semua orang kan.
Kenapa aku selalu balik? ingat aku rajin sangat ke nak balik setiap minggu kalau tak ada benda penting yang perlu aku selesaikan. banyak sangat benda yang aku perlu uruskan dalam masa yang terdekat ni tapi kalau aku cerita, bukan kau faham pun. sebab tu aku diamkan je. aku balik sebab, aku satu-satunya harapan mak abah aku sebab aku anak sulung untuk jaga dorang waktu dorang sakit sekarang ni. dengan adik aku sekolah lagi. mak abah aku tak kerja dan harapkan duit hasil daripada upah dan jualan sayur yang dorang tanam dekat belakang rumah je.
Aku bukannya orang senang. sejak kecil aku diajar untuk berusaha dapatkan sesuatu tu dengan hasil usaha sendiri, dengan duit sendiri. aku tak ada sesiapa yang nak diharapkan dalam keluarga. bila mak abah aku sakit dan aku dekat sini, ingat aku tak risau? aku risau yang teramat risau dan kalau ikutkan hati, aku nak ulang alik dari rumah datang sini. syukur Alhamdulillah aku tempat aku belajar dekat je dengan rumah aku. tapi, mak abah aku tak izinkan.
Tak jadi masalah rasanya dekat orang lain kalau aku balik setiap minggu sebab mak abah aku. tak perlu rasanya nak perli aku sampai macam tu sekali. bukan setakat tu je, macam-macam lagi masalah yang aku kena selesaikan untuk pihak mak dan abah aku. takkan nak harapkan adik aku yang masih sekolah uruskan semua ni? biarlah dia sekolah dulu. aku tak kisah, demi mak dan abah aku. tapi kenapa orang lain yang bermasalah dengan aku?
Makin aku diam, makin naik kepala semua orang. yes! aku geram yang teramat sangat. setiap kali aku balik dari rumah, mesti aku dilayan macam aku terlalu bersalah sebab balik. aku takkan balik saja-saja tanpa sebab. dan aku bukannya suka-suka balik kalau tak ada benda yang aku kena buat. sekali lagi aku nak tanya, salah ke untuk balik rumah sebab mak abah aku? kalau lepasni rezeki aku dapat sambung belajar jauh, demi mak dan abah aku sanggup balik rumah.
Aku taknak cakap pasal hal ni tapi aku terpaksa jugak. sebab hati aku dah sakit sangat dengan perangai kau. bila kau tak ada duit, kau boleh cakap dekat mak ayah kau yang kau nak duit. dan automatik esok mak ayah kau akan bank in duit. aku? nak cakap duit aku tinggal sikit pun aku tak mampu sebab kenapa? sebab aku tahu bila aku cakap macam tu, mak abah aku akan buat macam-macam kerja yang berat sebab nak bagi aku duit, aku tak suka! aku taknak dorang sakit sebab aku. sebab nak sediakan duit untuk aku. aku tak suka!
Kau untung sebab kau ada kakak dan abang yang boleh tolong mak ayah kau dekat kampung. boleh tolong kau. aku? aku tak ada sesiapa. aku terpaksa cukupkan duit yang ada untuk kehidupan aku dekat sini. aku tak suka bila mak abah aku tanya pasal duit dekat aku. aku taknak tengok dorang susah hati sebab aku tak ada duit. mak abah aku dah tua. aku taknak tengok dorang sakit.
Jadi. tolonglah faham keadaan aku sekarang ni. aku tak suka lah nak bercakap sampai tinggikan suara sebab itu bukannya diri aku. tengok keadaan dan situasi kau dan aku. kita berbeza dan sangat berbeza.
Maaf sebab post kalini agak panjang. sebab aku sendiri dah tak tahu nak terangkan macam mana. aku terlalu sakit dengan semua ni. aku bukan jenis yang akan cakap aku terasa, aku marah atau apa. sebab aku tak suka nak marah orang. maybe dengan tulis dekat sini, aku akan rasa tenang dan serba sedikit menenangkan hati dan perasaan aku.
0 budak comel