Positifkan diri

5/19/2017 02:58:00 pm

Hi dan Assalamualaikum semua!




Isnin tadi tak silap keluar keputusan UPU kan? Mesti happy sesiapa yang dapat tawaran belajar tu kan? Tahniah awak-awak semua. Untuk yang tak dapat, awak boleh cuba lagi mana tahu ada rezeki awak kan. Kalau still tak dapat tak apa, redha kan sebab mungkin rezeki awak ada dekat tempat lain. Kita tak tahu kan apa perancangan Allah.

Tapi memang lah frust gila tahap infiniti bila kita langsung tak dapat mana-mana tawaran belajar sedangkan kawan-kawan yang lain semua dapat. Dulu pun aku macam tu. Sampaikan seminggu aku berada dalam kemurungan hahaha. Tapi bila fikirkan balik, itu rezeki dorang dan rezeki aku mungkin dekat tempat lain. Tak perlu nak bersedih. InsyaAllah kita pun ada peluang untuk pergi sambung belajar.

Sebelum ni aku ada cerita macam mana perjalanan aku sebelum aku dapat sambung belajar. Aku tahu dan faham macam mana perasaan tu. Masa tu aku rasa diri aku ni loser sangat-sangat dan mula lah aku nak menyalahkan itu ini. Tapi macam aku cakap, bila fikirkan itu bukan rezeki aku, aku belajar untuk redha dengan semuanya. Tipulah kalau tak ada langsung yang tanya kenapa tak pergi belajar. Tapi, aku diam je lah dan senyum. Sebab kalau cakap, ada pulak mulut-mulut yang tak best bercakap pasal kita pulak.

Sampaikan ada yang cakap, baik kahwin je. Hahahahaha memang kalau tak pergi sambung belajar je kena kahwin yaa? Aku cam tak berapa setuju. Terus aku cakap, yang aku ada impian dan cita-cita sendiri. Aku tak terfikir pun nak kahwin awal dengan keadaan yang memang aku sendiri tak sedia kan. Aku nak tolong keluarga aku dan aku fikir dengan belajar dan InsyaAllah dapat kerja yang elok akan dapat mengubah nasib keluarga aku nanti.

Hmm tak tahu nak bebelkan apa lagi. Tapi, cuba positifkan diri sendiri. Kau bukannya bodoh sebab tak dapat sambung belajar. Keputusan bukannya tak elok untuk sambung belajar. Tapi belum rezeki kau untuk pergi sambung belajar. Mungkin ada perkara yang baik untuk kau yang Allah dah tentukan. Mana tahu bila kau lambat dapat sambung belajar, Allah anugerahkan sesuatu yang bermakna untuk kau. Kau dapat sesuatu yang baik untuk diri kau. Kita tak tahu semua ni. Yakin dengan apa yang dah ditentukan oleh Allah.

Aku doakan yang baik-baik untuk semua :)
















*Kalau ada sesiapa nak berkongsi ataupun bertanyakan apa-apa bolehlah email kan ke : atiqahhanapi@gmail.com .

You Might Also Like

0 budak comel