Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

5/27/2017 06:53:00 pm

Assalamualaikum semua :)



Syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini. Dan di kesempatan ini, Nur Atiqah binti Mohamad Hanapi dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi lebih makna buat kita semua dan menjadikan kita lebih baik lagi. InsyaAllah.

Tahun ni adalah tahun yang paling seronok sekali sebab aku dapat berpuasa dengan keluarga. Macam tahun lepas, hari pertama puasa dah ada dekat U dan kena menghadap first day class. Yeayy! Happy sangat-sangat sebab tahun ni aku dapat merasa untuk berpuasa dengan keluarga macam tahun-tahun yang lepas. Alhamdulillah diberi kesempatan pada tahun ini.

Teringat yang tahun lepas aku puasa sorang-orang dekat sana. Awal pagi bangun tidur hanya sahur air kosong dan biskut je. Itu pun tak mampu nak makan sebab rindu suasana nak bersahur dengan keluarga. Macam tu jugaklah untuk berbuka dan seterusnya. Bila sorang-sorang barulah rasa betapa tak peritnya berpuasa diperantauan. Cehh perantauan kau. Yelah, first day terus dah dekat sana. Tak ada dah nak bagi chance puasa seminggu dekat rumah ke apa kan. Apa-apa pun aku bersyukur sebab diberi peluang untuk merasa kan.

Macam tahun lepas, semuanya kena buat sendiri bila dah dekat sana. Tak bangun sahur memang puasa macam tu je lah jadinya hahahaha. Tahun lepas pun banyak benda yang jadi dan semuanya bagi pengajaran dekat aku untuk semakin kuat menjalani apa yang bakal aku hadapi selepas ni. Terima kasih untuk semuanya.

Rasanya dah tak ada apa lagi nak di bebelkan. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat berbuka semua :)

You Might Also Like

0 budak comel