A few days to left..

4/10/2016 04:53:00 am

Assalamualaikum :)

Waaaaa lagi beberapa hari je nak habis semester. Ya Allah tak sangka sangat kan masa berlalu dengan cepat sekali. rasa macam baru je semalam datang sini, tengok-tengok dah habis dah satu semster belajar dekat sini. pejam celik, pejam celik rasa macam terlalu lah sekejap masanya. still terasa lagi macam mana hari-hari yang aku lalui time MDS dekat sini hahahahahahaha. even masa minggu tu aku rasa itulah yang paling perit tapi sebenarnya tak. tak sama sekali.

Setiap kali lalu nak pergi bilik peperiksaan tu kan, rasa sayu je hati. haha rasa lawakkan bila dengar! tapi itulah kenyataan sekarang ni. bayangkan, dari kolej nak sampai ke bilik peperiksaan tu aku dok perati sekeliling. sebab tak percaya tau dah belajar dekat sini, dah kenal kawan-kawan dekat sini sepanjang semester tu. i just don't know why i felt like this haha.

Memandangkan paper aku habis hari Khamis, so aku memang nak balik hari Khamis tu jugak lah. yelah, dah lama tak balik rumah takkan nak lambat-lambat pulak balik kan. hahahahahaha okay-okay aku pun tak tau nak tulis apa lagi. yang pasti, sekarang ni musim final tau. so, nak update blog memang tak laa. inipun sebab tetiba rasa nak tulis, sebab tu aku main tulis je apa yang aku nak tulis.

Emm kalau nak cerita pasal kenangan, memang banyak tau kenangan dalam tak sedar ni. bila fikir balik, sebenarnya banyak je yang jadi sepanjang duduk dekat sini. dekat sini, macam-macam benda yang aku belajar. bukan setakat belajar pasal course aku tu je. kiranya kan, macam belajar tentang sesuatu yang baru dalam hidup lah. belajar macam mana nak hidup berdikari dan manage semuanya sendiri. memula memang rasa kekok sesangat tapi dah sebulan duduk dekat sini, rasa macam dah biasa semua benda tu. sampailah sekarang ni dan In Shaa Allah untuk masa yang akan datang.

Rasa nak cerita macam-macam pasal kenangan tapi bila bukak je laptop terus blank nak tulis apa sebenarnya aku ni. dekat draft dah banyak entry yang tak ter'publish' sebab semuanya tergantung haha. hmm sekarang ni aku dalam proses nak cerita tentang pertandingan kawad kaki. hehehe sebab aku rasa itulah moment paling indah tau. even aku ni bukannya seorang yang suka berkawad.

Tak tau nak tulis apa dahlah sekarang ni. excited nak habiskan lagi 2 paper lepas tu nak balik dan bercuti sem lah kita yaa kawan-kawan. maybe time cuti sem nanti banyaklah kot yang aku update dalam blog ni. dan In Shaa Allah segala apa yang ada dekat draft tu akan aku publish kalau ada kesempatan lah.

Sekian, wassalam.

You Might Also Like

0 budak comel