Rindu sangat

2/17/2017 11:20:00 pm




Sedar tak sedar rupanya dah lama tinggalkan zaman sekolah. tapi rasa macam baru je naik sekolah menengah, tengok-tengok sekarang dah habis sekolah. masing-masing pun dah bawak haluan sendiri, ada yang sambung belajar, kerja dan ada yang dah kahwin. sekejap dan terlalu sekejap sangat semuanya. dulu ingat lama lagi nak masuk umur 20 sekarang dah 20 tahun dah pun.

Bila dah habis sekolah ni, aku sedar rupanya zaman sekolah dulu adalah zaman yang paling seronok pernah aku lalui. dan memang takkan dapat lalui lagi zaman tu sampai bila-bila. apa yang jadi sepanjang sekolah dulu, sama ada pahit atau manis semuanya jadi indah bila ingat balik sekarang ni. ni baru je tau aku habis sekolah belum lagi sepuluh tahun akan datang, mesti aku rindu sesangat.

Memandangkan aku terjumpa dua tiga gambar masa pergi Pesta Buku Antarabangsa masa form 5 dulu, izinkan aku untuk memaparkannya di sini. hahahahaha ayat mintak penampar ke cemana ni. haaa ni zaman memasing tak tahu erti nak lawa-lawa dan selekeh je memanjang. tapi takpe laa, bebudak kan memang camtu huhuhu.

Suhaiza, Atiqah dan Jamilah. 
Rindu sangat tau dengan dua orang kiri kanan aku ni. Mana entah Jamilah ni dah lama tak dengar cerita pasal dia. nanti ada masa kita jumpalah macam zaman sekolah dulu. nanti jumpa ehh jumpa ehh haha. masa ni muka aku pun entahlah tak tahu nak gambar cemana. dengan tudung kedepan camtu.

muka memasing menahan panas
Sebenarnya lah kan, aku tak lah rapat mana dengan Jamilah sebab dia kelas Agama Sains dan aku kelas Sains 2. rapat pun sebab kawan aku yang duduk sebelah aku dalam kelas pernah sekelas dengan Jamilah masa form 1 sampai form 3. dan dorang tinggal satu taman perumahan yang sama. aku selalu jumpa Jamilah pun masa rehat je lah. memandangkan kelas aku dekat tengah dan kelas dia dekat dengan asrama.

Aku nak letak gamabar aku dengan Aida tapi gambarnya enggak ada. stok gambar yang ada kebanyakannya dah hilang dan aku hanya mampu menangis di bucu katil mengenangkan banyak gambar yang dah hilang tu. tapi aku rasa kalau gambar-gambar tu ada pun, aku mesti rasa nak gelak tahap dewa sebab kelakar nak mati gambar yang ada tu.

Jamilah, Atiqah dan Aida
Finally ada jugak gambar dengan Aida hahahaha.

Dahlah aku rasa dah menyampah tengok muka zaman dulu hahahaha. gambar masa zaman sekolah ni memang kelakar gila nak mati! aku rindu gila dengan kawan-kawan masa sekolah dulu. wehh tak bolehlah macam ni rasa nak patah balik, nak sekolah balik. tapi tu lah, nak sekolah pun sebab nak jumpa kawan-kawan je hahahaha cam kelakar je.

Masa form 5 macam-macam tau yang kitorang buat sebab yelah dah last year dekat sekolah. mestilah buat benda-benda yang memang takkan lupa sampai bila-bila kan. tapi rasa sekejap sangat rasanya semuanya. ingat lagi waktu first day dapat tahu siapa guru kelas kitorang masa form 5 dulu. semua cam tak percaya hahaha. berharap tak dapat cikgu tu jadi guru kelas, akhirnya cikgu tu jugak yang jadi guru kelas kitorang.

Tapi, aku sangat-sangat berterima kasih dengan cikgu. sebab cikgulah, aku boleh ada dekat mana aku ada sekarang. kalau cikgu tak paksa buat semua homework masa dulu, dengan macam-macam lagi yang cikgu marah, mesti aku tak ada dekat sini. bila cikgu cakap result aku tak memuaskan even ramai kawan aku cakap result aku okay, tapi aku tak kisah. sebab bagi aku tu sebagai cabaran untuk aku.

Ni lah serba sedikit yang nak aku share dengan korang. korang ada tak, apa-apa yang nak dikongsi pasal zaman sekolah dulu?


You Might Also Like

0 kata-kata comel