Terima Kasih Kawan

2/12/2017 12:30:00 am



Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat orang-orang yang dah banyak bagi aku pengajaran dalam hidup ni. macam-macam benda yang aku lalui dengan korang. aku sedar rupanya bila kita terlalu sibuk menjaga hati orang, taknak orang terasa dan sebagainya tapi sebenarnya hati sendiri yang hancur remuk. sampaikan nak menangis pun dah tak mampu lagi. 

Terima kasih sebab datang dalam hidup aku sebelum ni. tak sangka persahabatan kita akan berakhir macam ni. terus macam dah tak kenal dengan sesiapa langsung bila dah jadi macam ni. bila berjumpa pun, memang rasa awkward sesangat. tapi, entahlah aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana. biarlah masa yang menentukan semuanya. 

Semakin lama, kita makin kenal siapa sahabat yang sebenar-benarnya. bila dah nampak kekurangan dalam diri kita, masa tu ada yang pergi dan masih ada yang bersama dengan kita lagi. untuk yang masih setia bersahabat dengan kita, ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana masih sudi untuk berkawan biarpun ramai yang cuba menjaja bermacam-macam cerita buruk pasal kita.

Sekali lagi terima kasih sangat-sangat sebab selalu ada dengan aku susah dan senang. selalu nasihat aku dan bagi kata-kata semangat supaya aku tak mudah putus asa. walaupun kadang-kadang aku terasa penat sangat tapi korang yang selalu bagi semangat dekat aku selain mak dan abah aku. tak pernah kisah pun aku ada sikit je kawan asalkan dorang selalu ada waktu susah senang. bukannya ada waktu senang dan hilang waktu susah.

Terima Kasih Kawan-Kawan :)




You Might Also Like

1 budak comel

  1. Hargai semua yang pernah datang dalam hidup kita, dan sayangi semua yang masih mahu kekal dalam hidup kita lepas tahu baik buruk kita. Itulah kawan sejati :D

    ReplyDelete