Kenangan pertandingan kawad kaki semester 1

1/14/2017 09:52:00 pm

Assalamualaikum :)

Dah lama sebenarnya nak update pasal pertandingan kawad ni tapi takde kesempatan ni. bila ada masa, tak teringat pulak nak update haha okay. setelah berkurun lama tersimpan dalam draft baru harini aku tergerak hati nak siapkan entri ni. emm sebenarnya nak cerita pasal apa ni? okaylah, kita cerita pasal kawad ni ehh.

Untuk sem 1, aku ambik Kesatria Negara untuk kokurikulum aku. nak tahu tak, aku ingatkan best sangatlah masuk kesatria ni. tapi sebenarnya, kawad kaki je sepanjang sem 1. tiap-tiap minggu akan kawad dan proses menghitamkan muka pun bermula. dalam tak best berkawad tu, ada lah jugak yang aku rasa betapa bestnya kawad kaki ni. emm... okay untuk kali terakhir kawad ni, unit koku adakan pertandingan kawad untuk semua group kesatria part 1 ngan JPAM.

group kawad kitorang . group F :)


okay yg pakai baju kesatria hijau tu ketua platun group kawad kitorang 
Hmm aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. apakata, aku upload je gambar-gambar yang aku ada haha. sebenarnya banyak gambar untuk hari pertandingan ni tapi tu lah, banyak dalam phone dan aku ni bukannya seorang yang rajin untuk masukkan dalam laptop hahahhahahaha okbye.

Afiy, Dini, Encik Termizi, Ain, Atiqah
Aku still tak boleh move on tengok betapa burn nya muka aku sampai nampak beza antara depan dengan belakang ketara sesangat. btw Encik Termizi adalah jurulatih kesatria kitorang untuk sem 1 ni.

Aku dengan muka burn nya haha

dengan kawan kitorang Anas :)
tingginya Nazim haha

Sepanjang semester 1, memang kawad kaki yang aku paling benci. tiap kali hari Isnin, mesti aku rasa tak semangat sebab petang tu kena kawad. kawad tengah-tengah panas tu ingat best? sumpah tak best langsung. dahlah salah sikit kena ulang balik semua. balik bilik je tengok muka masyaAllah dah macam apa aje, macam pakai topeng pun ada wehh. 

Masa pertandingan tu berlansung, group aku je yang tak ada komander. asal sedih sangat group aku ni. komander kitorang ada hal yang kena dia uruskan so, dia tak dapat nak jaga kitorang dan ada komander yang lain yang ganti. masa dia cakap yang dia tak boleh datang masa pertandingan tu, muka dia nampak sedih sangat dan dia rasa cam bersalah. tapi takpe, kitorang semua faham yang dia ada urusan yang kena dia selesaikan. tak dapat nak selfie dengan komander :(

Encik Termizi dan komander yang ganti komander kitorang

rindu pulak nak kawad macam dulu :(
tak tahulah camera siapa yang terang sesangat ni gambarnyaa
ni jurulatih kawad group kitorang, Encik Termizi
Walaupun dah setahun, tapi rasa macam baru je aku masuk kesatria negara ni. memula masuk punyalah malas sebab setiap minggu kena kawad je time koku. sekarang dah rasa rindu nak kawad, nak rasa susasana kawad macam dulu-dulu. 

Even tak menang dalam pertandingan kawad kaki dan hanya dapat no.9 daripada 10 group, kitorang still happy! sebab dapat kerjasama dalam buat semua ni. gigih tau berlatih kawad masa tu sebab nak make sure yang kitorang boleh menang. tapi nak buat cemana bukan rezeki kitorang. apa-apa pun Syukur Alhamdulillah sebab semuanya dipermudahkan jugak. 

Actually tak rugi pun bila join kesatria negara untuk kokurikulum ni. walaupun aku setiap kali balik kawad akan mengamuk sebab penat. hahaha! tapi bila join ni, sem seterusnya kita dapat tukar masuk kokurikulum lain tau, so dah tak rasalah nak kawad apa benda semua ni. kalau nak teruskan dengan kesatria negara ni, sem 2 dengan 3 tak silap aku ada "tempur tanpa senjata". means kau kena belajar taekwando (sorry tak reti eja). 


Terima kasih semua atas kenangan kita sepanjang sem 1 dalam satu kumpulan. walaupun kita semua penat setiap minggu kena kawad tengah-tengah panas tapi, semua tu bagi satu kenangan yang manis buat kita semua. dekat sini kita belajar untuk berkerjasama dalam satu kumpulan dan tolong antara satu sama lain. 


You Might Also Like

2 budak comel

  1. Wah kesatria tu. mai dulu pbc je, hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nak masuk kesatria kembara dulu hahaha..

      Delete