Kemahiran Insaniah hujung minggu

1/10/2017 09:23:00 pm

Assalamualaikum...



7/1/2017
Okay benda yang paling aku tak suka bila kena datang kemahiran insaniah dan program tu buat waktu weekend. suka sangat buat program waktu aku nak balik rumah. bila tak balik mereput je dalam bilik :( hmm takpe-2 dah lalui dah pun program tu. siapa kata kemahiran insaniah ni seronok? hahaha bagi aku inilah program paling boring tapi kena jugak datang sebab benda ni wajib dan tak boleh graduate kalau tak datang? haaa lebih kurang macam tu lah aku faham.

Kemahiran insaniah ni ada 2 modul. modul satu aku dah settle sem lepas. sem lepas punya modul, kenegaraan tak silap aku. dekat sini kita akan belajar apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kenegaraan. apa yang aku ingat dulu kena buat presentation tentang rukun negara. kitorang kena bahagi kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan akan ambil satu prinsip rukun negara dan terangkan apa yang kita faham tentang prinsip rukun negara yang kita dapat tu.

Bagi aku lah, part yang best dalam kemahiran insaniah sem lepas bila kitorang main satu games ni. okay yang ni kena bahagikan kepada 2 kumpulan dan kena lukis (bina) satu negara yang kita idamkan. lepastu bila dah buat cecantik, memasing kena letak at least 5 barang yang paling berharga yang akan dijadikan sebagai aset negara camtu lah. then, kitorang kena serang negara lawan dan rampas seberapa banyak barang berharga yang boleh kita dapat. at the end of the game, kita kena buat satu kesimpulan apa yang kita dapat daripada games tu.



Untuk sem ni pulak, modul dia kena prepare untuk interview kerja. kena buat resume then present kat depan. tapi seriously aku tak suka modul untuk sem ni. boring gila nak mati. masa nak mula tu, aku dah start mengantuk. hahahaha sempatlah aku tido sekejap sebab sumpah mengantuk gila. tak adalah nak main-main game macam sem lepas. ni dah macam straight memanjang ikut modul tu.

Masa pagi tu kena dengar ceramah selama sejam tak silap aku. sebab mengantuk punya pasal, aku pergilah makan dengan kawan-kawan aku. huhuhu. lagi satu, group aku adalah group yang terakhir balik masa tu. mana tak menangis aku :( dah macam panjang sangat pulak aku tulis ni. dahlah tak payah nak mengarut lagi. tapi ni lah pengalaman aku yang aku nak share dengan korang hehe.


You Might Also Like

2 budak comel

  1. Replies
    1. hehe.. yang modul 2 best tapi modul 3 agak boring dan mengantuk.

      Delete