Kawan Baik

3/19/2017 12:33:00 am



"Andai satu hari nanti aku difitnah, aku harap kau akan percayakan aku dan ada dekat sisi aku wahai sahabat."

Aku pegang pada kata-kata ni sejak dari dulu lagi. Dan aku selalu cakap dekat kawan baik aku ayat ni. Kalau dia betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kau, dia akan ada dengan kau masa kau susah ataupun senang. Dia takkan larikan diri masa kau susah, dia akan selalu bantu kau untuk terus berdiri walaupun banyak halangan yang mendatang. 

Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan orang-orang yang ikhlas berkawan dengan aku. Walaupun banyak cerita buruk pasal aku tapi tetap dorang nak berkawan dengan aku. Waktu aku susah, selalu ada dengan aku dan tolong aku untuk terus kuat. Sanggup berdepan dengan orang yang tak suka dengan aku walaupun diri dia ikut sama dibenci. Terima kasih sangat-sangat untuk semua tu.

Aku pernah lalui masa di mana disebabkan satu kesalahan yang aku buat, aku dihukum tanpa soal periksa. Aku dipulaukan, dipinggirkan, di sindir, di perli sampaikan satu tahap kesabaran aku dah habis. Aku tak tahan, aku terpaksa keluar dari situ. Bila aku keluar, mulalah bermacam cerita yang ada dan ada yang berunsur fitnah. Syukur kawan-kawan aku percayakan aku dan masih dengan aku.

Tapi dalam masa yang sama, tetap ada yang cuba nak jauhkan aku dari kawan-kawan aku. Ya Allah masa tu aku hanya mampu berserah je dengan apa yang jadi. Aku percaya dengan apa yang Allah dah tentukan untuk aku dan aku kena jalani dengan tabah. Setiap benda buruk mesti akan ada balasannya, dan Allah selamatkan aku dan kawan-kawan aku dari segala fitnah ni. 




You Might Also Like

0 kata-kata comel