Kisah Aman dan Ecah

3/21/2017 11:48:00 pm

Hari ni aku rasa macam nak cerita sesuatu dekat korang. Apa yang aku cerita ni jadi dekat orang-orang yang kenal. Aku ada kenal dengan seseorang yang sanggup buat itu ini untuk orang yang dia sayang. Tapi, malangnya si perempuan langsung tak pandang si lelaki ni tadi. Aku namakan perempuan ni, Ecah dan lelaki ni, Aman. Sorry kalau tak menarik.

Kisahnya bermula bila Aman mintak nombor Ecah. Dia nak berkenalan dengan Ecah dan langsung tak expect yang dia akan suka dan jatuh cinta dengan Ecah. Setiap hari berbalas mesej, dan Aman ni pulak seorang yang caring. Lama-lama timbul perasaan sayang Aman untuk Ecah tapi, Ecah masih sama macam mula-mula dorang kenal dulu. Dia tak ada apa-apa perasaan langsung dekat Aman. Bagi dia, Aman tu macam kawan je tak lebih dari tu. 

Hampir setiap hari Aman cuba luahkan perasaan dia dekat Ecah. Walaupun Ecah selalu mengelak, tapi dia tak pernah putus asa untuk luahkan perasaan dia dekat Ecah. Dia nak jugak Ecah tahu yang dia betul-betul sayangkan Ecah. Bukan tu je, dia sanggup buat apa je yang Ecah suka, yang Ecah mintak. Boleh dikatakan semua bendalah yang berkaitan Ecah dia akan cuba sedaya upaya tunaikan. 

Ecah rimas dan tersangatlah rimas dengan Aman sebab buat hidup dia tak tenang. Setiap hari asyik nak mesej dia, tanya macam-macam dekat dia. Tapi dia tetap diam dan tak bagitahu Aman sebab takut Aman terasa nanti. Satu hari, Ecah nak balik kampung sebab dah lama sangat dia tak balik kan. Lagipun dah cuti perayaan, mostly yang tinggal kolej akan balik kampung. Aman pulak bila tahu Ecah nak balik, dia risau sangat-sangat Ecah balik sensorang. So, dia decide nak balik sekali dengan Ecah.

Aman pun cakap dekat Ecah suruh belikan dia tiket nak balik kampung. Nak balik sekali dengan Ecah (tinggal negeri yang sama). Ecah pun macam berat jugak nak cakap boleh, akhirnya dia belikan jugak tiket untuk Aman. Masa Aman bagi Ecah duit belikan dia tiket, baru perasan yang duit tu lebih. Bila Ecah nak pulangkan, Aman cakap tak payah pulangkan sebab dia nak belanja Ecah tiket balik ke kolej. Jadinya, Ecah cuma keluarkan duit untuk beli tiket balik kampung je lah dan Aman belanja untuk dia balik ke kolej. 

Masa dekat kampung, Aman ajak Ecah pegi rumah dia. Masa tu tak sangka yang Aman nak kenalkan Ecah dekat family dia sebagai bakal menantu. Dalam hati, Ecah dah rasa macam tak selesa pun ada. Aman saja tinggalkan Ecah dengan mak dia, nak Ecah kenal-kenal dengan mak dia. Aman sangat-sangat berharap yang mak dia boleh terima si Ecah ni tadi. Macam tu jugak Ecah. Tapi tetap Ecah tak boleh nak terima, even dah bawak jumpa family sekalipun. 

Dah berlambak mesej antara Aman dan Ecah tapi, Ecah tetap tak ada perasaan dekat Aman. Ecah siap cakap dekat kawan-kawan dia lagi yang dia tak suka Aman yang suka kacau dia setiap hari. Call dia lah, mesej dia lah, ajak jumpalah dan macam-macam lagi. Tapi satu je soalan yang nak tanya, kenapa still bagi harapan dekat dia? Bila Aman ajak kahwin, Ecah boleh lagi cakap tunggu dia habis belajar. Tapi dalam masa yang sama hati dia tetap menidakkan perkara tu dan berharap perkara tu tak berlaku. 

Pernah Ecah cakap yang dia tak nak lelaki macam Aman. Sebab apa? Sebab Aman biasa-biasa je, kerja pun setakat dapat tampung kehidupan seharian dan mungkin takkan dapat tunaikan segala impian Ecah. Setiap malam Aman bagi makanan sebab dia risau orang yang dia sayang takde duit nak beli makanan. Tersangatlah baik dan selalu ambik berat pasal Ecah tapi tetap Ecah buat tak kisah dengan Aman. Even dah banyak kali Ecah buat tak endah dengan dia, bila ajak kahwin pulak Ecah cakap tunggu dia habis belajar tapi sebenarnya Ecah berharap yang perkara tu tak terjadi pun dalam hidup dia. 

Cakap je apa lagi yang Aman tak buat untuk Ecah. Segala apa yang Ecah suka dan nak, dia akan cuba tunaikan sedaya upaya. Dia tak berharap lebih, dia cuma berharap Ecah dapat terima dia. Bila Ecah cakap tunggu lepas dia habis belajar, Aman pernah cakap yang dia nak masuk meminang dan dalam masa yang sama Ecah ada cakap sesuatu. "Pergilah jumpa mak dengan ayah Ecah. Cakap nak pinang Ecah." Lagi tinggi harapan Aman untuk berkahwin dengan Ecah. Dia harap sangat bila keluarga dia datang meminang Ecah, Ecah akan terima. 

Tapi malangnya, Ecah cakap dekat mak dia yang dia taknak kahwin dengan Aman. Dia terima kahwin awal tapi bukan dengan Aman. Even dia ada cakap tunggu lepas dia habis belajar tapi semua tu bukan yang dia nak. Ecah memang taknak kahwin dengan Aman! Bila jumpa dengan Aman, Ecah berlagak macam biasa. Layan Aman baik, bila Aman panggil Ecah 'sayang' pun dia still buat biasa, happy. Dan Aman ingat yang Ecah mula sayangkan dia sedangkan Ecah nak jaga hati Aman je sebenarnya. 

Makin kerap Aman call Ecah. Nak ajak Ecah dating lah memacam lagi. Boleh dikatakan, kalau tak jumpa Ecah sehari Aman rasa hari yang dia lalui tak sempurna. Terlalu kuat pengaruh Ecah dekat Aman sampai macam tu sekali. Pengharapan Aman dekat Ecah tetap sama dari dulu sampailah sekarang. Ecah pulak terus bagi Aman harapan. Bila Aman tanya, dia sayang Aman ke tak. Ecah mesti akan jawab, mestilah sayang. Tapi sebaliknya, dia cuma nak jaga hati Aman je. 

Semua perkara yang jadi Aman akan cerita dan kongsikan dengan Ecah. Sampaikan hal keluarga pun dia kongsikan dengan Ecah. Sebab bagi dia, satu hari nanti Ecah akan jadi keluarga dia jugak. 

Cukuplah sampai sini. Perkara ni tetap sama berlaku dari dulu sampailah ke hari ni. Aman tetap mengharapkan Ecah. Memang ajal dan jodoh di tangan Allah tapi bagi Aman, tak salah andainya dia berdoa dan memohon supaya dia dijodohkan dengan Ecah. 

You Might Also Like

2 budak comel

  1. Speechless jap.. Sedih pun ye jugak kat Aman ni. Tapi, it's real life kan, we couldnt be expecting some fairy tale ending haha. Tapi, papepun doa je lah bebanyak supaya Ecah terbuka hati hurmm.

    Btw, jemput baca my entry sis
    http://cuteparasite.blogspot.my/2017/03/youre-single-because-youre-too.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! nak harapkan happy ending macam fairy tale pun tak boleh. tapi seriously, kesian sangat dengan Aman.

      Delete