Kenangan ku..

7/09/2017 11:56:00 pm


Petang-petang selalu aku duduk dekat luar rumah, then tengok budak-budak main dekat depan. Tiap kali tengok dorang, mesti aku rasa seronok je. Rasa tenang sangat-sangat sebab tengok betapa seronoknya kehidupan diorang. Setiap hari aku mesti akan tengok dorang main basikal, main kejar-kejar dan macam-macam lagi lah. Alhamdulillah dorang semua still jalani kehidupan macam zaman aku kanak-kanak dulu. 

Aku rindu lah masa aku masih lagi sekolah rendah. Semua benda nak cuba, even mak kata jangan tetap nak buat jugak. Haaaa ingat lagi 11 tahun lepas, mak aku cakap nanti balik sekolah jangan singgah mana-mana, terus balik rumah. Tapi aku degil masa tu, balik sekolah aku ikut kawan-kawan pergi kedai runcit. Tak ingatlah sebab apa aku ikut hahaha. Masa nak pergi tu haaa, entah mana silap aku, aku jatuh basikal. 

Ingat jatuh macam biasa, setakat luka ke apa. Tapi masa tu, sumpah aku langsung tak boleh bangun wehh. Nasib baik masa tu ada sepupu aku yang lelaki dekat situ, tolong aku bangun. Terus dia suruh aku balik rumah. Tapi macam mana aku nak balik sedangkan tangan aku sakit nak mati! Aku gagahkan diri kayuh basikal balik rumah tau masa tu. Dah jauh masa tu, aku melalak lah sepanjang nak balik rumah tu. Sampai je rumah apa lagi, kena marah pulak dengan mak. 

Patutlah aku rasa tangan sakit sangat-sangat masa tu, rupanya tangan aku patah. Dan aku langsung tak tahu hahaha. Dekat dua minggu lah aku duduk rumah. Semuanya gara-gara kedegilan diri sendiri. Masa tu mak marah pun diam je lah, dah memang salah sendiri kan. Tapi bila ingat kelakar lah. Aku fobia kejap masa tu nak pergi sekolah naik basikal hahahaha. Tapi kejap je, lepastu datang balik perangai degil nak mampus tu.

Ehh tetiba rasa macam dah ter-throwback cerita pulak. Itulah, tengok budak-budak ni teringat pulak zaman aku kecil-kecil dulu. Dulu degil nak mampus perangai aku. Sekarang ni tak sangka dah berlalu lah semuanya. Sebab perangai degil aku tu lah, macam-macam pengajaran yang aku dapat sekarang ni. Sebab perangai degil tu jugak, kenangan masa budak-budak dulu jadi seronok sangat. Rasa rindu je setiap masa. 

Dahlah.. nak menangis pulak bila ingat. 

You Might Also Like

0 budak comel