What happen?

8/11/2017 10:21:00 pm

Hai?

Cehh tajuk main tibai je tu. Sedar tak sedar cuti yang 5 bulan tu tinggal lagi sebulan je. Rasa macam tak percaya pulak tinggal baki lagi sebulan je sebelum balik dekat U. Masa mula-mula dulu ingat lama sangat dah cuti tu tapi sekarang rasa macam sekejap sangat. Tapi apa pun, aku tak sabar dan tersangatlah excited nak balik sana. Cuti lama-lama ni buat aku rasa tepu je hahaha.

Dah lama tak update blog ni kan aku rasa macam tak tahu nak tulis apa dah. Idea tu berlambak tapi bila dah buka laptop terus macam blank dan akhirnya terbiar je lah macam tu. Haaaaaa minggu lepas aku dengan penuh semangat nak masukkan segala khazanah gambar dekat phone ke dalam laptop tapi sesuatu terjadi. Tak perasan pulak aku dah pergi delete gambar-gambar rupanya.

Ya Allah rasa nak mengamuk, menangis, marah semua adalah dalam masa yang sama. Ingat masa tu yang aku delete. Rupanya dah lama aku delete wehh! Aku rasa sebab aku nak delete satu folder gambar lama ni, pastu entah apa yang merasuk pergi delete semua gambar. Ya ampun menyesal tak sudah lah lepas tu.

Aku cerita dekat kawan aku, respon dia ohh ye ke? Ni lagi aku menyirap, menyarsi, menyanquick semua. Sis dah lah sedih gambar semua hilang, takde pun ayat penenang masa tu. Hahaha gambar hilang pun emo dia lain macam tau tak. Berhari-hari dok terkenang semua gambar tu. Siap meroyan tak tentu pasal dekat twitter lagi. Pastu dahlah sis dah move on dan teruskan je kehidupan. Haaaa gitu.

Okay, rasanya tak perlu nak mengarut entah apa-apa lagi kot. Actually I'm about planning to make a reunion with my classmates this weekend but I don't know because this is last minute plan! Hmm harap jadi lah even beberapa ketul je yang tak busy.



p/s : i teringin nak tengok Annabelle huhu..

You Might Also Like

0 budak comel