Cuti 5 Bulan Yang Gembira

9/10/2017 12:42:00 am



Fuhh! Macam tak percaya cuti dah habis dah pun. 5 bulan yang pada awalnya terasa begitulah lama sekarang ni dah habis dah pun. Esok dah kena balik U dan semuanya kembali kepada realiti. Setelah sekian lama bercuti ni, agaknya ingat lagi tak apa yang pernah belajar masa dulu tu yaa? Dah nama pun cuti kalau aku memang tak ingat dunia bila cuti ni hahahaha. Macam dah pergi lupakan semua yang belajar sebelum ni. Allahu kenapa sis begini.

Dah Kemas Barang Ke? 
Semuanya dah settle. Tinggal nak bertolak esok pagi je. Hmmm sedih pulak bila cuti dah habis ni. Ohh yaa, kali ni aku tak tahu lah kenapa barang aku macam 2 kali ganda lebih banyak dari sem sebelum ni. MashaAllah aku sendiri dah macam "ehh kenapa dengan aku ni barang punya banyak macam ni bawak yaa." Tapi kita tengoklah macam mana nanti aku nak mengemas semuanya bila sampai rumah sewa nanti hahahaha.

Hmm rasa nak throwback sikit lah apa yang aku buat sepanjang cuti ni dan apa yang jadi sepanjang cuti. Kiranya macam perjalanan sepanjang cuti? Hahaha kelakar pulak ayat aku tu.

Masa cuti ni aku banyak jugaklah spend time dengan kawan-kawan aku. Memandangkan kawan aku pun cuti sem jugak even tak lama macam aku tapi kira okay lah tu dapat luang masa sana-sama. Sebelum kawan aku balik ke poli haritu. Dan kawan aku lagi sorang ni haaa, dia dah habis belajar so kira tengah cari kerja lah. Dengan dia ni je lah aku selalu keluar masa cuti ni. Kiranya aku menghabiskan masa dengan jayanya keluar dengan kawan-kawan dan bergosip macam tak ingat dunia! Haaaa amek kau begitu lah kami hahaha.



Lepastu, aku ada kenal dengan sorang ni. Actually dia kawan kepada kawan aku, Anida. So macam mana kenal tu aku taktahu lah macam mana hahaha. Tapi kitorang kenal dekat facebook je pastu teruslah jadi kawan sampai sekarang. Haaaa gitu. Ohh ya, aku ada buat satu entri pasal dia atas permintaan dia haritu. Kalau rasa nak baca kan, tekan ni okay > Daniel Fikri

Tapi dia ni pernah tetiba hilangkan diri macam tu je. Dalam sebulan jugak taktahu apa-apa pasal dia sebab dia senyap je. Aku terfikir ohh busy lah tu. Lepastu terus aku pun lupa dan busy dengan kawan-kawan aku ke sana sini kan. Seminggu lepas raya macam tu tetiba dia muncul balik hahaha. Dan sampailah ke saat aku tulis entri ni dia dok melayan aku punya gila dan masuk air apa semua haha.

Masa awal cuti dulu, beria jugak lah aku nak update blog setiap hari tapi satu benda pun tak. Bila cuti ni memang terus tak ada idea langsung nak menulis even pendek sekalipun. Tapi ada jugak lah kerajinan aku nak update sekali sekala tu. Itupun lama jugak nak menghabiskan apa yang aku nak sampaikan sebenarnya tau. Kebanyakan yang aku tulis pasal perasaan sangat rasanya. Okay takpe biar je lah.

Tak lah terasa sangat bosannya cuti ni bila makcik aku rajin ajak aku ke hulu ke hilir berjalan perabis duit. Kekadang kitorang berdua jalan sesaja je sebab duit takde hahaha. Tapi keinginan nak berjalan tu maha dahsyat sungguh. Itu yang duit tak ada tapi nak berjalan dan cukuplah duit untuk isi minyak kereta. Bulan lepas ingat pergi KL nak teman makcik aku ni daftar masuk U je rupanya lepastu terus nak pergi berjalan rupanya. Siap acah lagi nak makan hipster-hipster tapi tak sedar masing-masing tengah pokai. Allahu perangai masing-masing.

Nak merepek lebih panjang pun dah takde idea sebab dah mengantuk sangat ni. Esok dah kena gerak balik U. Apa yang aku nak cakap, aku tersangat-sangat lah berterima kasih dengan semua yang menggembirakan dan membahagiakan aku sepanjang aku cuti 5 bulan ni. Macam-macam jugaklah yang jadi tapi tak mampu nak cerita satu persatu.

Semoga aku dapat jalani semester yang baru ni dengan lebih tabah dan lupakan semua yang pernah jadi sebelum ni dan mulakan semua yang baru. Tinggal lagi setahun je nak habis belajar! Yeay. Doakan aku supaya dapat bertahan dan kuat.. Okay taknak cakap panjang-panjang lagi.

Sayonara!


You Might Also Like

1 budak comel