Kebaikan

2/09/2018 02:11:00 pm

Assalamualaikum semua.


Susahnya untuk buat sesuatu kebaikan ni. Setiap kali nak buat baik, mesti ada yang cakap itu dan ini. Tak salah pun nak buat baik dengan orang lain, nak tolong orang lain. Sebab kita sendiri tak tahu bila masanya kita susah dan perlukan bantuan orang lain. Kalau bukan harini, mungkin hari yang akan datang. Bukanlah kita buat baik ataupun tolong orang harini, harini jugak orang tu kena tolong kita balik. Hari yang akan datang manalah kita tahu kan.

Tak boleh lah kita nak pentingkan diri sendiri bila orang lain mintak tolong dekat kita. Bila kita boleh tolong orang, kita tolong semampu yang kita boleh. Tanpa mengharapkan balasan sebab itupun di kira satu pahala kan bila kita membantu orang lain. Berbuat baik dengan orang bukan disebabkan nak dapat nama ataupun apa tapi sebab kita sendiri ikhlas. Tapi entahlah, sekarang ni bila kita buat baik orang akan bercakap dan bila kita buat jahat pun orang tetap akan bercakap jugak. Semua benda jadinya tak ada yang betul pun.

Aku seronok bila tengok orang yang sentiasa berbuat baik dengan orang lain dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Entah kenapa rasa seronok dan tenang je bila berdepan dengan orang macam ni. Dalam masa yang sama, kita pun akan terdorong untuk melakukan apa yang dia lakukan. Ini kan stau benda yang sangat positif!

Hmm tak adalah niat aku nak berleter panjang lebar ke apa. Ni atas pandangan aku sendiri dan kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan.



Salam Jumaat semua :)

You Might Also Like

3 budak comel

  1. betul. it somehow warms ur heart

    ReplyDelete
  2. jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete