My memories

8/24/2018 12:41:00 pm

Assalamualaikum..



Sedar tak sedar dah sampai penghujung dah pun aku menuntut ilmu dekat Uitm Tapah. Like seriously, aku dah 3 tahun rupanya duduk dekat sana since 2015 lagi. Aku berharap sangat yang aku dapat grad on time sama-sama dengan kawan aku yang dah susah payah dengan aku sejak semester 1 lagi. Tahu tak semuanya macam satu mimpi bila masuk dewan untuk ambik last paper sem ni. Rasa macam semuanya berlalu dengan terlalu cepat. Walau hakikatnya kita sendiri tahu kan macam mana nak tempuhi kehidupan sepanjang bergelar seorang pelajar ni.

Ingat nak cerita lah dekat sini apa yang jadi sepanjang last sem ni tapi sumpah tak ada masa langsung. Life macam dah tunggang langgang dengan bila dah last semester ni. Dan masa tulah semua masalah muncul secara tiba-tiba. Betullah apa sorang lecturer aku cakap masa awal sem tadi. "Last sem ni lah baru kamu tahu siapa sebenarnya kawan aku. Dan di sebabkan fyp jugak ada yang sampai bergaduh, tak bertegur langsung. Semuanya jadi masa sekarang ni lah. Jadi, kamu sebaiknya elakkan lah dari terjadinya benda yang buruk macam ni dekat kamu semua."

Baiklah. Aku nak share dekat sini perjalanan aku sepanjang semester ni dengan kawan-kawan aku. Sem lepas aku jadi student NR so terpaksalah duduk rumah sewa tapi Alhamdulillah sem ni aku dapat duduk kolej balik. So, dah jimat dah duit untuk bayar sewa rumah tu. Okay, semuanya sebab kawan aku ajak buat rayuan untuk tinggal dekat kolej dan awalnya aku taknak sebab aku dapat kolej yang lama hahahaha. Kenapalah aku demand sangat ye. Tapi aku stay je dekat situ sampai habis hahahahahahaha.

Atiqah, Humaira, Mahirah, Yana

I really miss them so much. Kawan yang dari mula aku kenal masa jejakkan kaki dekat sana sampailah sekarang. Kalau tak silap ni masa memula kitorang masuk duduk dekat kolej. Boleh tak nak post gambar je banyak-banyak dekat sini? Terlalu banyak kenangan dengan dorang sepanjang duduk dekat sana.

Syima, Yana, Atiqah

Classmate (lepas present fyp)



Iftar dengan kawan-kawan
Balik dari ceramah pegi U.K hahaha

Semuanya adalah kenangan yang terindah sepanjang belajar ni. Takkan pernah lupa walaupun sesaat semua kenangan dengan dorang. Susah senang, jatuh bangun semua dengan dorang sejak dari mula lagi. Rasa nak menangis bila kena berpisah akhirnya dengan kawan-kawan lepas dah 3 tahun bersama-sama dekat U. Tapi tak apa, InsyaAllah satu hari nanti kita akan kumpul jugak sam-sama macam dulu. Macam masa kita belajar ni.

Last sem ni macam-macam dugaan yang kitorang semua hadap. Biasalah kekadang kita sendiri tak sangka orang yang paling kita rapat sejak mula jejakkan kaki dekat sini pun boleh buat macam-macam dekat kita. Tapi biarlah... semuanya dah pun berlalu dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah walau apa pun dugaan yang kami semua lalui sepanjang nak habiskan masa belajar dekat sini.

Kali ni kitorang final exam masa bulan raya. So, memang raya tu dah macam tak raya. Sebab kena balik U untuk exam dalam orang semua tengah busy nak beraya sana sini kan. Tapi kan, ada satu kenangan untuk kali terakhir berpuasa dengan kawan-kawan. Dia kelakar tapi dalam masa yang sama sedih jugak. Ingat lagi, masa tu last day before nak balik raya, so kitorang pergilah berjalan ke kedai makan depan UiTM sebab kafe kebanyakan makanan dah habis. Guess what? Kitorang tunggu lama ni nak order makanan sebab biasalah orang ramaikan kat situ, last sekali dah nak dekat berbuka tetiba akak tu bagitau tak boleh nak ambik order sebab makanan dah habis. Kitorang pun cam dah blur kejap memasing. Asal tak cakap awal-awal kalau camtu? Macam-macam lah soalan yang keluar dekat kepala ni. So, kitorang decide pergi je lah speedmart beli apa yang patut pastu balik U dengan keadaan yang kebulur tak ingat dunia sebab pagi tu kitorang bukannya sahur pun.

Nak tahu apa kitorang buat? After maghrib camtu kitorang call kereta sapu mintak hantar dekat kfc je nak berbuka puasa. Bayangkanlah pukul 8.30 malam baru terkedek nak berbuka puasa. Sumpah itulah kenangan yang kelakar dan menyedihkan pernah lalui dengan dorang. hahahaha rasa geram pun ada dengan kedai makan tu sebab tak bagitau awal-awal masa kitorang sampai tu.

Spend time seminggu sebelum habis final exam


Lepas habis paper audit


with Madam Marina

Okay yang ni last day before kitorang semua tinggalkan Uitm. Happy tapi dalam masa yang sama sedih jugak. Huuuuu....

Atiqah & Yana
Maira, Adda & Atiqah
Atiqah, Maira, Yana, Humaira & Adda



Sekian...

You Might Also Like

0 budak comel