Fasa Kehidupan Yang Baru!

11/21/2022 10:17:00 pm



21/11/2022

Assalamualaikum!

Lamanya tak menulis di sini. Setiap kali bukak blog, dah macam lupa macam mana caranya nk gunakan blog. Kali ni bebetul skip semua fasa yaa 🤣🤣 Ingat nak penuhkan blog ni dengan segala macam cerita since sekolah, study dekat U, kerja dan kahwin. Tapi takde masa nak menulis dekat sini dan aku rasa dah macam tak releven kot blog aku ni. Sebab mostly yang akan jengah ke sini mereka yang nak mencari tentang uitm saja. Since aku dah unpublish balik semua post berkenaan uitm, dah tak ramai nak menyinggah nampaknya. Hmmm takpe lah.

After 3 years leaving this blog, I wanna tell you guys that I'm married!! Harini genap 10 bulan perkahwinan kami. Woohooo rasa tak percaya dah kahwin sebab last pos kat sini 3 tahun lepas berkenaan study lagi dekat uitm hahahaa. Actually saja je nak tulis dekat sini, sebab semua ni akan jadi satu kenangan untuk aku satu hari nanti. Kalau free bolehlah baca balik semua penulisan dari zaman sekolah dulu kan. 


Alhamdulillah. Sebenarnya aku dah pernah share story pasal siapa husband aku ni dekat blog. Tapi masa tu kitorang masih lagi dalam fasa berkawan dan tak lebih dari tu. Dah habis study baru kitorang declare untuk relationship kitorang ni. Kalau nak cerita panjang mengenai perkenalan kami ni, takde banyak benda yang menarik pun sebab kami LDR dan jumpa baru 6 kali. Kali ke-7 jumpa dia masuk meminang dan kami bertunang. Selama 2 tahun pkp kami langsung tak berjumpa dan jumpa bila dia bawak family datang ke rumah untuk kenalkan dengan family aku. After that dia masuk meminang hahaa.

Kalau nak diceritakan, tak menarik mana pun kisah cinta aku ni. Sebab rasa macam tak bercinta sangat, yelah bercinta time PKP ni apa yang menarik entah. Memasing pun busy dengan kerja je sepanjang bercinta. Nak jumpa tak boleh so, thats why lepas kahwin lah baru nak bercinta balik semula. Okay kita move on lah dari kisah cinta ni kan sebab kami dah kawin!!!! 

Mencabar ehh bila dah kawin ni. Lebih mencabar dari masa bercinta dulu. Sekarang dah lebih kenal siapa pasangan kita dan belajar sesuatu yang baru mengenai diri pasangan kita tu. Kekurangan dia dan kelebihan dia, kita dapat tahu pun lepas kawin. Perangai tak semenggah kita ni pun, dia tahu lepas dah kawin. Mana ada yang tunjuk sisi kekurangan tu masa bercinta yee dak?? Kita sentiasa nak nampak terbaik semasa bercinta dulu. Ni dah kawin, lantaklah situ keluar segala perangai entah apa-apa sekalipun. Kita belajar untuk lebih kenal dia selepas kawin, dah tinggal sebumbung dan tidur sebantal. 

Even dah dekat setahun kawin, aku masih cuba untuk belajar. Dan aku yakin, sepanjang perkahwinan adalah satu pembelajaran untuk kita. Aku juga sentiasa mencuba untuk jadi isteri yang terbiak untuk suami aku. Perubahan dalam fasa kehidupan ni begitu mencabar diri ini dan tersangatlah menguji kesabaran diri ini. 

Banyak lagi yang aku nak kongsikan dekat sini. Tapi ni dah macam terlalu panjang kan? Takpe lah, kita jumpa dekat next post lah kalau macam tu. Ini di kira sebagai salah satu pembukaan untuk aku memulakan semula kisah kehidupanku di sini. Kali ini aku akan bercerita lebih tentang life aku selepas berkahwin. Akan aku selitkan sedikit kisah mengenai pekerjaan aku sebelum aku mengambil keputusan untuk resign dari kerjaku selepas mendirikan rumahtangga. 

Semoga ketemu lagi. Assalamualaikum:) 



You Might Also Like

0 budak comel