FINAL EXAM

3/29/2017 01:52:00 am


Assalamualaikum.

First of all, aku nak mintak maaf kalau ada mana-mana entri yang aku tulis sebelum menyinggung mana-mana pihak. Yang baik semuanya datang dari Allah SWT dan yang tidak baik datangnya dari kelemahan diri sendiri. 29/3/2017 tarikh start aku final exam untuk semester ni. Doakan aku dapat jawab semua paper dengan tenang dan setenang-tenangnya.

Aku tak harap banyak pun untuk semester ni, aku cuma harap pointer tak turun kang meroyan jugak aku haha. Macam tak percaya dah nak start final exam. Dah habis rupanya belajar untuk semester ni. Apa-apa pun, harap semua doakan yang baik-baik untuk aku, kawan-kawan aku dan jugak sesiapa yang final exam tu.

Kali ni gap antara paper aku agak banyak dan sebab tu aku part aku adalah orang terakhir yang akan meninggalkan bumi Uitm Tapah ni. huhu. so, kena banyakkan bersabar dan tabahkan hati dengan setabah yang boleh. Kena berdepan dengan last paper iaitu Law :(

Lagi sekali, aku mintak maaf dekat semua. Kepada mak abah, tiqaa mintak maaf kalau ada salah silap tiqaa yang melukakan hati mak dan abah. tiqaa mintak mak abah doakan tiqaa dapat soalan dengan tenang dan peroleh keputusan yang cemerlang untuk tiqaa hadiahkan dekat mak dan abah.

Kepada kawan-kawan, aku mintak maaf andai ada salah dan silap aku sepanjang semester ni. Biasalah terkadang kita nampak orang tu okay tapi, sebenarnya tak. Mungkin terasa atau marah dengan kita. Maafkan aku. Kalau aku ada terkutuk, terkata, terperli atau segala ter lah, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku doakan kita semua berjaya sama-sama dalam mencapai apa yang kita inginkan. Aamin :)

Be The Best Among The Best. You Can Do It! Good Luck :)

You Might Also Like

4 budak comel