Sabar, ada hikmah di sebaliknya

3/26/2017 12:33:00 pm



Aku sangat-sangat lah tak suka bila ada orang tu bergaduh lepastu, dah tak ada benda nak cakap dia kutuk fizikal orang tu. Bagi aku, awal-awal lagi kau dah tunjuk yang kau kalah. Okay bukannya suruh bergaduh ke apa tapi, banyak benda kenapa mesti kutuk tentang fizikal dia? Kau dah tunjuk dah yang kau sebenarnya sengaja cari cara nak menjatuhkan dia melalui fizikal dia. 

Ingatkan dah tak wujud lagi perkara macam ni. Menjatuhkan orang dengan kutuk fizikal dia. Rasanya tak salah pun dia macam tu, tak ada menyusahkan orang lain pun. Lets say kau kata dia tak cantik, tapi setiap orang kecantikan dia tu berbeza. Mungkin bagi kau luaran dia tak cantik tapi ada orang yang tengok dia cantik sangat. Ditambah lagi dengan budi bahasa dia. 

Nampak tak matang sangat-sangat tau bila kau marah orang tu lepastu sebut tentang fizikal dia. "Takpe lah aku makan banyak bukan gemuk pun." "Tak payah diet pun takpe, bukan boleh gemuk pun. Kalau lapar makan je lah banyak-banyak." Tak salah kau nak cakap tu tapi, bila kau marah dengan orang yang berbadan besar dan kau menyindir dia dengan ayat macam tu, bukan ke buat dia terasa. 

"Tak payah nak makeup bagailah bukan cantik mana pun." "Biasa-biasa pun tapi ramai je yang nak. Plus I hot tau sebab tu ramai nak. Bukan macam kau." "Orang dah sayang, terima je aku seadanya macam orang tu." 

Ni antara yang di pernah aku terima sebelum ni. Aku cuba untuk terus berdiam tapi tetap tak boleh. Dah terlalu banyak kata-kata perlian dan kutukan yang aku terima. Malah lebih banyak daripada apa yang aku tulis ni. Tak apa, aku terima semuanya dengan tenang. Mungkin ada hikmah di atas kesabaran ni. Allah sentiasa ada dan semoga Allah kuatkan hati aku untuk terus kuat berada di kalangan orang sebegini. 

Lagi satu, apa hak kamu untuk cakap orang tu banyak dosa dan bukannya baik macam kamu? Bila dia cakap, "ehh aku panas lah." terus cakap, "Orang yang banyak dosa memang selalu rasa panas." hmm apa-apa pun aku dah malas nak ambik tahu pasal hal orang. Bila tanya kenapa, aku jawab elok-elok tapi di balas dengan kata-kata perlian. Bukan nak cakap cakap diri ni baik tapi aku cuba untuk jadi yang baik. 

Ya Allah engkau berikanlah aku ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi segala apa yang bakal berlaku dalam hidupku ini. Memang kita tak boleh duga hati dan perasaan orang lain. Bila dah di terangkan tapi masih lagi beranggapan yang sama, aku terima Ya Allah. Hanya Engkau sahaja yang sentiasa berada di sisi ku di saat aku susah ataupun senang.

You Might Also Like

4 budak comel

  1. Salam kenal .ccl follower ke 30 ...jemput singgah ke blog ccl

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Ayat bajet bagus sangat.. kadang2 akak dengar ayat2 cengginie rasa cam nak tampo je mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tahu takpe kak, rasa nak bagi penampo sebiji dekat orang camni.

      Delete