Cuti dah nak habis

6/03/2016 11:57:00 pm

Assalamualaikum...

Lagi sehari je nak balik U dah. pejam celik, pejam celik dah habis dah cuti sem. dan tersangatlah rasa betapa kejapnya cuti sem tu. masa nak packing barang-barang tu, asyik termenung je tak sudah. iyalah, terfikir apa yang aku buat sepanjang cuti ni sebenarnya. tapi kan, Alhamdulillah segala kepenatan yang dilalui masa sem lepas akhirnya dah terbalas. terbalas? apa masalah engkau terbalas bagai ni! maksud aku, dapat rehatkan mental dan fizikal dan get ready untuk the next sem :)

Bila bercakap tentang packing barang ni, aku tersangat fail bab-bab packing ni. bukan apa, sekali bukak almari memang satu almari aku nak angkut. sebab semua baju aku rasa nak bawak. padahal tak adalah aku nak memakai semua tu. last-last memenuhkan locker aku aje kerjanya. so, aku dengan penuh hati-hati pilih mana yang perlu aje untuk sem ni. nak mengurangkan bebanan beg aku sebenarnya.

Masa sem lepas, aku dapat kolej yang dekat sikit lah perjalanannya nak ke kelas. but for this sem, aku dapat blok kolej paling belakang. dan aku terpaksa menerima semuanya dengan keredhaan hati. cehh tak payah nak poyo sangat wehh! tapi nasib menyebelahiku apabila aku dapat aras 2 sahaja. hahaha syukur Alhamdulillah.

Untuk jadual sem kali ni, sumpah memang pack. sampai rasa nak pengsan tengok jadual yang terlalu pack itu. terutama hari Rabu. sebab kelas aku dari pagi sampai ke petang non-stop. dan rehat hanya sejam je. pukul 1 sampai pukul 2 je. itu pun dah bersyukur sangat-sangat sekarang ni. kira okaylah tu, In Shaa Allah akan cuba manage time dengan sebaik yang mungkin selepas ini.

Emm mesti korang boring kan baca entry aku kali ni. tapi, seriously aku kekeringan idea nak tulis pasal apa. tetiba terfikir pasal aku tengah packing barang ni. hahahahaha. harap menghiburkan hatilah ya. stok makanan takde ke? ehh gila kau tak ada stok makanan. itulah benda yang penting as a student huhu. mestilah ada, tapi kali ni aku nak save duit sikit so aku beli makanan yang berunsurkan oat dan nestum. so, dapatlah cover untuk sepinggan nasi kan.

Okaylah, aku pun dah pening nak tulis pasal apa ni. nak sambung packing barang balik. dah nak balik dah ni kome!

Sekian, wassalam:)

You Might Also Like

0 budak comel