Macam ni manja ke?
4/30/2016 02:26:00 pmAssalamualaikum :)
Harini masuk 2 minggu dah cuti sem. bosan? emm nak kata bosan ke tak tu, tak tahulah nak kat apa sebab before this setahun duduk rumah dan tak rasa pun bosan. maybe sebab faktor cerita yang ada dekat tv tu best dan kalini teramatlah bosan. errr maybe lah kan haha. okaylah, tak payah nak melalut benda lain. sekarang ni nak cakap pasal manja tak bertempat. sesuai ke apa yang aku nak cakap ni dengan tajuk sebenarnya? haha bedal je lah asalkan apa yang aku nak cakap ni sampai dengan sejelas-jelasnya dekat korang kan.
Siapa rasa diri dia manja? haha semua orang perangai manja masing-masing kan. ehh iye ke? apa-apalah tapi kalau manja tak bertempat dan semuanya mengharapkan orang lain yang buat tu macam mana ye? boleh diterima tak? macam tu masuk kategori manja tak bertempat kan? apa banyak sangat soalan aku tanya ni. erghhh okay, okay sekarang kita teruskan apa yang aku nak cakap ni.
Bila dah pergi sambung belajar dan kau perlu berdikari dan semuanya atas diri sendiri, kau perlu jadikan tu satu pembelajaran. sampai bila nak mengharapkan semua benda orang yang buatkan. betul tak? kalau first, first masuk asrama tu memang lah rasa kekok dan semua benda macam tak reti dan kau macam "ehh aku tak reti nak buat apa-apa ni!" err okay semuanya akan jadi okay bila kau tahu apa itu erti belajar berdikari. semua orang kena berdikari dekat sini, tak perlu lah kau nak pertikaikan semuanya, kan?
Kau ni nak complain pasal perangai orang ke? ehh sorry, sorry bukan nak complain tapi aku nak tegur. dan ni jugak untuk tegur diri sendiri. contohnya macam cuci baju. aku rasa dah cukup beruntung tau sebab ada dobi untuk cuci baju cuma kena bawak baju pergi turun je. tapi bagi aku, aku prefer basuh guna tangan macam yang mak aku ajar sebab nak jimat duit hahaha. tapi, kalau dah nak pergi dobi pun cakap jauhlah apalah aku rasa cukup melampau tau. masalahnya itu pakaian kau sendiri, tolong rajinkan diri anda yaa. apa kau rasa bila baju dah seminggu tak basuh makin bertimbun dalam bakul tu? rasa nak sepak diri sendiri tak?
Dan paling aku rasa pelik, nak makan pun kau malas nak pergi turun kafe sana. memang lah agak jauh tapi, kau nak apa sebenarnya? delivery dari kafe sampai ke pintu bilik? wehh alasan malas tu jangan nak guna pakai sangat please. sikit-sikit nak tapau dekat orang. faham kau penat tapi, kau fikir tak penat orang lain tu? apa salahnya turun sekejap beli makanan untuk diri sendiri. okay!
Fuhh! apa benda yang aku cakap ni haha. adakah ini tentang manja tak bertempat? emm apa-apalah asalkan apa aku cakap ni sampai. sebenarnya, benda macam ni pun pernah jadi dekat diri sendiri tapi, cuba fikir balik yang dekat sini semua benda kau kena buat sendiri. memang tujuan kau untuk belajar tapi, kalau belajar sekalipun jangan sesekali susahkan orang lain. sebab orang lain pun belajar jugak tapi ada masa nak uruskan yang lain tu. setakat basuh baju contohnya, tak salah kau pergi dobi sekejap lepastu dah selesai kan. nak study lepastu, studylah.
Bila baca balik macam tak ada kaitan je wehh dengan tajuk! betapa fail nya aku nak reka tajuk. tapi lantaklah. korang faham tak aku nak sampaikan apa ni. emm rasanya cukuplah sampai dekat sini. nanti makin pelik pulak bila dah pepanjang ni. bye!
Sekian, wassalam :)
0 budak comel