Luahan hati
4/20/2016 02:30:00 pmAssalamualaikum...
Menjalani hari-hari di tempat orang tanpa ibu bapa di sisi kekadang buat aku rasa terlalu sedih. terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang sering menyakiti hati. entahlah... aku sendiri tak tahu apa yang orang terlalu tak puas hati dengan aku. walau ke mana saja aku pergi, ada saja yang tak puas hati dengan diri ini. sebenarnya, apa yang mereka inginkan dari diri ini? kenapa apa sahaja yang aku lakukan sentiasa salah di depan mata mereka?
Setiap kali apa yang orang buat, aku akan terima walaupun hati ni terlalu sakit dengan apa yang orang buat. aku maafkan semua yang orang lakukan sebab, dah tertahan rasanya hati ni nak simpan lama-lama dan aku pilih untuk memaafkan. aku kena bersabar dengan semua ni seorang diri. setiap apa yang mereka nak, aku ikut. sebab aku takut dengan 'kehilangan'. aku takut sangat. terlalu takut dengan perkataan kehilangan tu.
Kenapa aku takut? aku pun tahu kenapa. tapi yang pasti, aku takut sebab dari kecil lagi aku mula kehilangan orang-orang yang aku sayang seorang demi seorang. sedih? siapa yang tak sedih tapi aku kena kuat sebab aku tahu dah tak ada sesiapa yang ada dengan aku melainkan mak dan ayah aku. kekadang aku nak jugak luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung ni dekat mak ayah aku. tapi bila fikir balik, tak ke nanti mereka akan terbeban dengan masalah aku. aku tahu mak ayah aku dah cukup penat dengan masalah mereka sendiri dan kenapa aku perlu tambahkan lagi masalah tu?
Aku sentiasa berharap semoga satu hari apa yang aku rasa sekarang ni akan berakhir. mengenali seseorang yang bila bercakap sentiasa nak menang walaupun dia tahu dia salah, tersangatlah menguji kesabaran aku. aku bukannya seorang yang penyabar tapi mungkin Allah nak aku belajar bersabar apabila bertemu dengan orang macam ni.
Sebagai pelajar, kepenatan tu memang jelas terasa tapi ini semua demi kebaikan diri sendiri dan juga untuk masa depan sendiri. siapa je yang balik dari kelas tak penat? tak ada kan, semuanya perlukan rehat apabila pulang ke bilik kolej masing-masing. tapi, kenapa masih tak faham? aku penat, aku nak rehat seminit je untuk hilangkan kepenatan. tapi, kenapa sentiasa cari pasal dengan aku? dan untuk yang akan datang aku akan menghadap muka engkau lagi? Ya Allah dugaan apakah yang engkau beri ini.
Aku nak menangis tapi, air mata tak boleh nak keluar. aku nak marah, tapi aku tak boleh marah. entahlah... disebabkan malas nak panjangkan benda yang kecil, aku putuskan untuk mengalah. tak guna aku menang hanya disebabkan benda kecil macam tu. waktu sakit, aku tak nak sekalipun luahkan dekat orang. aku tak nak menyusahkan orang. aku tak nak bila aku cerita aku sakit ke apa, nanti aku dikatakan mintak simpati. aku taknak orang fikir aku macam tu.
Hmmm.... bukan niat aku nak burukkan orang atau apa-apa yang boleh buat semua bergaduh. tapi, aku cuma nak luahkan apa yang dah lama aku simpan dalam hati ni. nak luah dekat orang, ada ke yang sudi dengar? sebab tu aku yakin dengan menulis, aku akan tenang. dan hanya Allah sahaja yang sudi mendengar semua luahan hati ini.
Sekian, wassalam.
0 budak comel