Tips cantik yang tak berapa nak cantik

4/22/2016 11:34:00 pm

Assalamualaikum...

Memandangkan sekarang aku tengah cuti semester, so aku rasa masa aku banyak habiskan dengan update blog. dah lama rasanya blog ni aku tinggalkan. maklumlah wifi dekat sana tak berapa nak laju lepastu aku sendiri tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni. emm kekadang aku teringin nak tulis sesuatu dekat blog tapi bila dah on laptop semuanya hilang dan terbiar je lah tak update apa-apa.

Emm kali ni aku nak tulis tentang kecantikan. err aku bukannya pandai sangat nak tulis pasal benda ni cuma apa yang aku nak sampaikan ni berdasarkan pengalaman sendiri. dan aku tulis ni just nak share dengan semua apa yang aku buat untuk elokkan balik kulit aku yang agak teruk jugak masa sekolah dulu. apa yang aku guna taklah mahal dan semuanya murah je tapi sangat berkesan untuk diri aku.

Okay, masa sekolah dulu kulit aku tersangatlah gelap dan berjerawat dan berminyak. apalagi aku pergi sekolah bawak motor masa form 5. memang aku rasa dah macam bukan diri sendiri bila tengok cermin tau. masa tu, aku pakai produk Syahirah tapi langsung tak berkesan dan tambahkan lagi jerawat aku. i don't know what to do at that time and finally i redha je dengan keadaan kulit yang makin lama makin teruk tu sebab masa tu fikir nak SPM je. dah tak fikir dah nak kulit ni elok ke apa.

Lepas habis sekolah, aku stop guna produk Syahirah tu. dalam 3 bulan jugak aku tak pakai apa-apa dan Alhamdulillah kulit dah makin okay. aku just guna air je untuk cuci muka dan tak guna apa-apa langsung dekat kulit melainkan bedak johnson haha. dalam bulan 5 macam tu, aku try guna cara-cara tradisional nak rawat kulit kan. firstly, aku cuba guna tomato sebagai skrub muka seminggu 3 kali. lepastu, aku guna beras pulut yang direndam semalaman then kisar sampai halus lepastu campurkan dengan madu dan sapukan ke muka and make it like facial cleanser. lama jugak aku guna 2 kaedah ni.

Selain tu, aku guna aloe vera yang asli dari pokok dia untuk sapu ke muka setiap hari sebelum mandi. memula cuci muka dengan air then keringkan baru pakai aloe vera tu selama 15 minit. aku jugak ada guna telur putih as masker tapi yang ni aku buat sebulan sekali je. until now aku still amalkan cara-cara ni tapi tak lah sekerap dulu sebab susah nak dapatkan benda-benda ni dekat tempat aku belajar.

Bila aku cakap dengan orang yang aku gunakan cara-cara ni, ramai yang tak percaya. tapi, inilah yang aku guna sebab masa tu aku fikir tak ada duit nak beli produk mahal-mahal. pernah jugak terfikir nak beli produk yang mahal sebab tengok review orang kan, tapi bila fikir balik duit tu mana nak dapat haa.. aku jugak amalkan sapu madu dekat muka before tidur dan biarkan setengah jam then cuci muka bersih-bersih. lama jugak aku langsung tak guna pencuci muka atau krim ke apa semua tu.

Dan lagi satu yang paling penting, minum air masak yang secukupnya. kalau kat rumah, aku biasa minum air masak dalam 3 jug. haha setiap kali habis refill laa balik tapi serious, aku taktau berapa liter sebenarnya air dalam jug tu. tapi, dengan minum air masak yang cukup pun buat kulit nampak lebih cantik. jerawat pun tak nak duduk lelama dekat kulit tau. before pegi sambung belajar haritu, aku beli sabun susu beras yang thailand tu. Alhamdulillah sangat berkesan untuk kulit aku dan sampai ke harini aku jadi pengguna setia sabun susu beras tu. okay, sabun tu berharga RM3 sahaja!

Emm rasanya cukup sampai sini kot aku nak bebel pasal kecantikan yang tak berapa nak cantik ni. nak pesan sikit, jangan suka tukar-tukar produk yang kita guna tu. if tak sesuai, take time untuk rest kan kulit dulu before nak tukar another produk. at least rehatkan kulit selama 3 hari macam tu laa. bila tengok kawan-kawan pakai macam-macam dekat muka, teringin tau nak pakai macam tu tapi bila fikir balik, baik tak payahlah nanti seksa nak elokkan balik kulit ni. lagi satu, aku tak suka make up ni sebab kulit aku sensitif. haritu pernah kawan aku make up kan aku, esoknya tengok kulit aku naik ruam dan gatal-gatal even dah cuci dengan betul sekalipun :(

Tadi kata nak stop kan. haduiii banyak pulak aku nak cakap ni. before aku stop nak ingat lagi sekali, banyakkan minum air masak yaa untuk kesihatan luar dan dalam anda! hihihi

Sekian, wassalam.




*nanti aku update dgn gambar before and after, okay!*

You Might Also Like

0 budak comel