Kita SPM?

11/02/2015 10:43:00 pm

Assalamualaikum and hello everyone!

tulisan aku masa form 5 dah kenapa buruk sangat ni errr

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). hari ni 2 November 2015 adalah tarikh bermulanya adik-adik kita yang form 5 ni ambil SPM dorang. adik? errr aku bajet-bajet kakak lah even tua setahun daripada dorang kan. okay, semua pelajar tingkatan 5 mesti duduki SPM kan. so, enjoylah korang dengan moment-moment macam ni yaa. seriously nanti korang rindu gila nak sekolah lepas dah habis sekolah. macam aku yang sangat-sangat kerinduan dengan sekolah ni. ehh?

Sekaranglah masanya untuk kita buktikan apa yang kita dapat sepanjang berada dekat sekolah. nak pesan sikit ni, jangan study last minute macam aku nanti mesti stress dalam dewan. hahaha sebab aku dah lalui tahun lepas benda ni. ingat yaa adik-adik, jangan masa sekarang ni engkau nak study hard sangat sampai tidur 1-2 pagi. tidur kena cukup untuk hari peperiksaan ni. dan jangan nak mengada-ngada online itu ini nanti leka sangat wehh sampai tak ingat nak tidur.

Macam mana aku belajar masa SPM tu? hmmm sebenarnya masa SPM aku tak belajar. maksud aku, sepanjang SPM berlansung sebab aku jenis cepat lupa apa yang baru baca kalau dah last minute sangat. so, aku belajar time sebulan sebelum SPM. Ya Allah sebulan engkau nak cover dari form 4 ke form 5 memang stress. hahaha orang study awal-awal lagi aku dah sebulan baru nak study. yang study time hari exam macam mana pulak? wallahualam itu kehendak dia sendiri.

Disebabkan aku pergi sekolah bawak motor, so aku amat merajinkan diri untuk ulang alik dari rumah ke sekolah even aku tahu rumah dengan sekolah bukannya dekat sangat. tapi, itulah aku kata release tension gitu. tapi untuk seminggu je lah yang next week tu aku stay up kat sekolah je. sesiapa yang rajin tu memang balik rumah lepas tu datang balik sekolah. aku tak faham jenis orang yang tahan bawak motor panas-panas tu. emm tahniah lah.

Keluar dewan awal? aku tak pernah lagi keluar awal. niatnya nak menghabiskan jawab soalan tu awal sebab nak keluar then balik rumah cepat haha. tapi, bila aku dah siap jawab then angkat kepala tinggal lagi 15 minit masa. mana nak keluarnya woi cikgu dah cakap "masa anda menjawab tinggal lagi 15 minit. calon tidak dibenarkan keluar dewan sehingga tamat masa menjawab." haaaaaaa aku pun duduk lah menunggu 15 minit tu dengan menyemak kertas yang bagi aku yakin 100% aku jawab dengan betul confident tu tinggi sangat wehh.

Part yang paling aku rindu adalah time lepak dengan kawan-kawan dekat kedai Ah Chai. hahaha takkan dapat aku lalui lagi masa-masa macam ni sekarang. di sebabkan aku malas nak balik, aku ikut kawan-kawan aku melepak secara bermanfaat. macam mana tu? masa kau makan-makan jajan dengan ice cream tu kau tanyalah soalan yang berkaitan dengan pelajaran. haaaa macam itulah maksudnya bukan lepak then cerita pasal benda bukan-bukan. kan lebih bagus tu.

Tibalah masanya untuk last paper. last paper aku 25 November 2014 iaitu Biology. mana tak happy nya kan. memang tersangatlah happy masa jawab paper Bio yang ke-3. tapi, sedih tu ada jugak sebab lepas ni dah tak jumpa dengan kawan-kawan kelas dan kawan-kawan yang lain. rindu tersangatlah rindu. masa kertas dah kena kutip tu, aku rasa macam nak menangis pun ada. tak sangka aku dah selesaikan kesemua sepuluh subjek matapelajaran yang aku ambil. hashtag saya menangis!

Tahun lepas time habis exam Math tersangatlah bising. tahu kan sebab apa? aku tak berapa ingat tapi yang aku ingat pasal nangka tu. hahahahahahahahahahahaha aku terfikir masa jawab tu macam ni. takkan selama ni aku belajar sebab nak kira harga nangka je? tapi Alhamdulillah aku dapat jawab dengan jawapan yang betul. macam mana aku  tahu tu, sebab cikgu math yang cakap jawapan dia apa lepas keluar dewan tu.

Di sebabkan aku ambil subjek akaun, ada jugak yang aku tak berapa nak puas hati dengan akaun ni. aku punyalah target untuk full mark bahagian Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira. tapi, soalan dia perghh aku tak terjawab dan jawapan aku macam nak menangis pun ada masa tu. dan lagi satu, aku target Akaun Realisasi keluar tapi aku macam mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan pernah ada dalam hidup. haaa kira macam itulah.

Okay lah aku pun rasa macam dah tak ada apa aku nak tulis ni. korang rasa bosan ke? yaaa aku sememangnya bosan dan biasalah kebosanan tu setiap orang ada. ehh? ohh ya, pernah ada sorang budak form 5 tanya aku bila aku serius belajar untuk SPM ni. jawapannya ini je. since aku sedar aku nak ambil SPM time form 5 nanti, aku dah prepare untuk serius dalam semua hal tentang belajar ni. siapa yang tak serius belajar ni?? semua orang serius lah bila benda berkaitan belajar ni. cuma, ada certain subjek yang susah nak ngam dengan  jiwa aku yang menyebabkan resultnya agak "cantik". okay tak nak cerita tentang result itu lain kali yaa.

Sampai sini untuk hari ni. harap tak bosan lah dengan apa yang ceritakan ni. sebenarnya banyak yang aku nak share tapi aku malas nak menaip sebab tengah busy ni. cheewahhh busy konon. lain kali kalau ada permintaan aku cerita lagi. permintaan? ada ke yang nak buat permintaan sebegini rupa? lupakan lupakan lupakan.

Untuk adik-adik yang menduduki SPM tahun ni. kakak yang tak berapa kakak ni doakan awak semua berjaya dan dapat jawab semua dengan penuh ketenangan. ingat, ilmu ini bukan setakat untuk dapat result yang cantik je tapi ini untuk masa depan kita juga. ilmu ni boleh digunakan bila-bila masa sahaja. dan apa salahnya berkongsi dengan orang lain apa yang kita ada ni kan. lebih elok dan dapat pahala lagi tau. gunakan ilmu yang ada ke jalan yang benar dan untuk menegakkan Islam. emmm nak cakap apa lagi yaa. ini je kot. apa-apa pun, all the best untuk semua calon SPM 2015.

Sekian, wassalam.

You Might Also Like

0 budak comel