Aku rindu sekolah (Part 2)

11/12/2015 11:51:00 pm

Assalamualaikum and hello everyone!

Entah kenapa hari ni aku rasa macam nak tulis semua yang berkaitan dengan sekolah. haha kenangan yang paling tak boleh seumur hidup aku. untuk kali ni, aku nak tulis untuk sambungan dari entry lepas rindu sekolah. hari tu aku dah cerita tentang form one dan two kan, so kali ni aku sambung untuk form three and form 4 pulak. ohh yaa, tentang form 5 aku akan buat satu entry special sikit haha. yelah sebab tahun terakhir sekolah, mestilah aku nak story semua benda kalau boleh.



Okay, bila dah naik form 3 semua dah rasa macam dialah taiko. sebab dekat sekolah aku tak ada sesi petang so, kami rehat terbahagi dua iaitu menengah bawah dan menengah atas. time waktu rehat selalunya bebudak form 3 ni akan tunjuklah betapa berkuasanya dorang dekat kantin tu. hahaha aku pun tak terkecuali apalagi dengan adanya budak form 1 haha. tapi aku tak lah over macam yang lain sampai ada budak level budak form 3 batch aku kerek.

Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya pasal form 3 ni sebab rasa macam tahun tu hanya dipenuhi dengan belajar dan tusyen. waktu form 3 aku tersenarai antara pelajar cemerlang dan target sekolah untuk straight A's PMR. waaaaaaaaaaaahhhh aku terasa bangga pulak sebab muka terpampang dekat koridor tu tulis, pelajar cemerlang. gila engkau tak bangga haha. tapi, bab nak kena isi result tiap kali exam tu yang aku rasa semput sikit. kau bayangkan, aku mesti ada fail tiap kali exam form 3 tapi tetap kena update aku punya result dekat papan kenyataan tu. rasa nak tarik balik perasaan bangga sebab muka terpampang dekat situ.

Hmm tahun ni aku last sekolah dekat sekolah ni sebab next year aku kena pindah sekolah lain. bila ingat-ingat balik, tak banyak yang seronok masa form 3 sebab aku rasa macam kami lagi banyak belajar than buat benda lain. langsung tak fikir nak enjoy, tak macam kelas lain (dorang seronok je kelas kami je yang hari2 stress menghadap latihan).

okay gambar tak ada kaitan langsung

Seterusnya masa naik form 4. hehe. aku pindah sekolah sebab sekolah yang sebelum ni jauh nak pergi and tak ada transport nak pergi. kalau sekolah baru ni, aku naik kereta dengan sepupu aku tapi kena bayarlah jugak takkan nak naik free. nanti mak cik aku fikir apa pulak kan. seriously aku rasa macam ada dekat tempat lain sangat bila pindah sekolah tu. dah lah sekolah tu ramai orangnya. yelah sebelum ni aku sekolah dekat kampung, ini dekat bandar lain sikit.

Hari last orentasi tu, semua budak form 4 dah dapat kelas. and aku masuk kelas yang sorang pun aku tak kenal masa orentasi tu. aku ingatkan dapat masuk kelas kemanusiaan tapi dapat kelas sains tulen pulak dah. so, bermulalah perjalanan sebagai seorang pelajar sekolah baru, kelas baru, kawan-kawan baru dan cikgu baru. hahahaha

Honestly, aku paling suka time form 4. happy dia jangan ceritalah. rasa nak ceritakan satu-satu apa yang aku buat sepanjang form 4 sampai tahap excited melampau happy. haaaa gitu. dekat sekolah ni banyak tau persaingannya sebab mana nak sama dengan sekolah lama yang aku rasa dengan result aku yang ada fail pun jadi pelajar cemerlang (bangga kejap ^_^)

Sepanjang tahun aku ada dekat form 4, tak pernah sekalipun aku rasa kekok melainkan first kenal dorang lah. dah lama aku rasa macam dorang ni sebenarnya sama je dengan kengkawan lama aku. cuma tak seganas kawan lama hahahahahaha. entah kenapa aku rasa sopan betul bebudak dekat sekolah ni. dekat sekolah lama aku, jaranglah aku nak nampak kesopanan macam ni melainkan cikgu Syahmi aka cikgu disiplin yang lalu.

Cukuplah sampai sini aku ceritakan buat kali ni. tbh aku rasa macam boring pun ada cara penceritaan ni sebab memang tak best weh. nak ingat balik pasal form 3 tu yang aku rasa macam "emmm aku malas nak ingat benda yang tak best macam ni." terpulanglah nak baca ke idak sebab aku pun tak rasa macam ada yang menjenguk blog aku ni hahaha.

Walau apa pun, kenangan zaman sekolah lah yang aku rasa paling best sekali. sekali seumur hidup je kita sekolah. pahit manis tawar masin bagai semua kita rasa zaman sekolah ni. nak kenala mana kawan mana lawan pun zaman sekolah kita mula belajar semua tu. bila dah habis sekolah benda paling kau rindu mesti zaman sekolah. percayalah cakap aku. terasa macam nak terus sekolah je tapi itulah tak boleh pulak. aku pun dah malas nak menaip ni so selamat membaca yaa.

Sekian, wassalam:)

You Might Also Like

0 budak comel