Selangkah menuju impianku!
11/03/2015 09:38:00 pmAssalamualaikum and hello everyone!
I'm really excited for this entry! haha actually aku terlalu happy sampai menangis bila dapat tahu satu berita gembira ni. emm nak bermukadimah ke nak straight to the point terus? tak payah nak cakap banyak kan, kang mahu tak sampai apa yang aku nak sampaikan ni. sebelum tu, nak cakap terima kasih dekat semua yang mendoakan saya ^^
Pada 29 Oktober 2015 bersamaan hari Khamis tepat jam 9.00 malam aku bukak laman web UiTM untuk tengok result second intake ni. jantung aku berdebar tak sudah wehh. boleh check start pukul 3 petang tapi punyalah lembap nak mati wifi aku ni. haaaa rasa nak hempuk semua orang yang ada depan mata sebab pukul 3 tu tak boleh bukak. okay, kita pasrahkan diri dan aku cuba bukak malam pulak. dan dan dan dan dan dan dan dan aku boleh tersalah tulis no kad pengenalan pulak. Ya Allah entah kenapa dengan aku masa hari tu. excited nya rasa nak kena di pukul.
Finally yeahh!!!! Syukur Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar dekat UiTM. Ya Allah sebab terlalu happy, air mata ni asyik keluar je. hahaha tangisan kegembiraan ke tu? kiranya kan penantian selama ni berakhir dengan sesuatu yang boleh di katakan sangat membanggakan gitu. Syukur sangat-sangat sebab akhirnya dapat jugak kan sambung belajar. dapat course apa? aku dapat course Perakaunan dekat UiTM Tapah. so, kenal-kenal kanlah diri kalian yaa kalau kenal aku. ehh ada yang kenal ke?
Sebelum ni aku dapat tawaran dari Politeknik tapi aku tak terus accept tawaran tu sebab course yang dia tawarkan langsung tak pernah terfikir dek akal ku untuk memilihnya. so, aku jadikan itu sebagai second choice aku. if tak dapat, aku dengan hati yang terbuka akan menerimanya. nak tahu tak dapat course apa dekat Politeknik tu? aku dapat course Information Technology (Programming). dekat mana tempatnya tu biarlah jadi rahsia aku. hehe
Since aku dapat masuk kelas Akaun masa form 4 dulu, aku ter-sangat-lah nak terus continue study dalam Akaun ni. dan aku tak terlalu berharap untuk teruskan Akaun pun. aku terima apa je yang aku dapat nanti. tapi, for first intake macam kawan-kawan lain dapat aku tak dapat. bukan rezeki untuk belajar sama-sama dengan kawan-kawan for first intake tu. apa yang menarik akaun ni bagi aku, bukan lah banyak sangat pun menariknya. aku cuma suka bila tengok hasil kerja aku tu seimbang even kekadang naik meletup kepala nak bagi balance dia punya nilai akhir tu. tapi entah kenapa aku suka dengan benda-benda yang berkaitan dengan Akaun. jangan tanya kenapa sebab tak tahu nak jawab apa T.T
Nak cerita banyak pun tak tahu nak tulis apa lagi. just nak share kegembiraan dengan menulis dalam blog sahaja. ada kata-kata atau pesanan tak untuk aku?? wajib bagi tau kata-kata ni. hahaha tak adalah. apa-apa pun, kita kenalah yakin dengan Allah Swt. bila tiba masa yang di janjikan In Shaa Allah kita pun akan dapat apa yang seharusnya kita dapat. sebelum ni memang kita complain dan cakap itu ini. samalah macam aku, Astaghfirullahalazim. berdosa rasanya kan? cepat-cepat istighfar bebanyak tau. maybe kita tak sedia nak hadap realiti sebagai seorang pelajar Universiti dalam masa tu, sebab tu kita dapat lambat sebab Allah nak bagi kita betul-betul sedia fizikal dan mental. sentiasa bersikap positif dengan Allah ^^
Okay, tak ada apa nak di tulis kan. yaa dah masuk kali kedua aku tulis tapi tetap nak menaip jari jemari yang cantik ni hahahaha. aku nak pesan dekat diri sendiri dan semua yang dapat sambung belajar selepas ni belajarlah dengan bersungguh-sungguh sebab ini adalah peluang yang kau untuk balas semua jasa mak ayah. jangan hiraukan bisikan-bisikan syaitan yang menghasutkan diri engkau. jangan leka sangat sebab dah bebas, sebab banyak sangat cabaran untuk diri kita dekat luar sana. semoga Allah Swt permudahkan semua urusan kita semua nanti dan segala ilmu yang kita dapat boleh di gunakan untuk membantu keluarga, membantu orang ramai, membantu pembangunan umat Islam dan akhir sekali bermanfaat untuk menegakkan syiar Islam. dan semoga ilmu yang kita pelajari ni berguna dunia dan akhirat.
Maafkan segala salah dan silap. aku tulis berdasarkan apa yang aku nak katakan dekat semua.
Sekian, wassalam.
2 budak comel
All the best dear :)
ReplyDeletethanks :))
Delete