Macam mana cara belajar?
11/16/2015 11:02:00 pmAssalamualaikum.
Dua minggu yang lepas, ada yang tanya dekat aku macam mana cara aku belajar. emm sebenarnya macam susah je soalan ni nak dijawab. macam dah tanya dekat orang yang salah pulak dah. tapi bila orang dah tanya ni, tak salahkan aku bagitahu macam mana cara aku belajar. haaa yang paling mengejutkan aku, ada pulak jiran aku yang nak hantar anak dia belajar dengan aku. wuuuu sangat tak digalakkan nanti jadi tak belajar. haha.
Okay, lets get start!
BUAT JADUAL BELAJAR
Aku bukannya seorang yang rajin nak belajar kalau tak ada yang memaksa. haaa di sebabkan inilah, aku buat satu jadual untuk aku belajar. jadual belajar ni terpulang dekat diri seseorang tu nak buat macam mana. kalau ikut cara aku, aku akan bahagikan mana subject yang perlukan banyak membaca, mana subject yang perlukan mengira dan lain-lain. so, bila dah bahagikan tu bolehlah buat jadual. contoh hari isnin sampai rabu aku selalu letakkan untuk subject yang perlukan banyak membaca, khamis sampai ahad untuk subject yang banyak mengira. sebab aku lemah sikit bab mengira, so aku letakkan untuk sabtu ahad supaya boleh study lebih.
BANYAK MEMBACA BUKU
Macam cliche kan? tapi memang ini pun yang sepatutnya dan sewajib-wajibnya perlu buat. baca buku! serious cakap, kalau sehari kau baca buku teks 10 muka surat pun dah cukup. ini cara aku belajar lah. since darjah 1 lagi aku memang suka baca buku-buku teks. sebab aku rasa benda-benda yang keluar exam tak kan lari dari buku teks. apalagi sejarah, memang perlukan banyak pembacaan. sejarah antara subject yang suka masa sekolah dulu sebab, aku boleh spent time dengan baca buku. heaven gila~~~
JANGAN MALU BERTANYA
Benda ni yang selalu aku ingatkan diri aku. "malu bertanya sesat jalan." pernah dengar tak peribahasa ni? so, kalau tak tahu apa-apa tanya dekat yang tahu. jangan jadi bodoh sombong tak ada faedah pun yaa. kalau tak faham sesuatu tu, tanya dekat cikgu atau kawan-kawan. biarlah soalan yang kau tanya tu nampak macam kacang je tapi, kalau kacang pun tak tahu baik tanya dekat orang yang lebih tahu. tak ada ruginya bertanya ni.
SEDIAKAN BUKU NOTA HOMEWORK
Maksudnya? okay, aku sediakan satu buku 555 untuk catat homework yang cikgu bagi untuk hari ni. contohnya, math latihan m/s 14 (no.1-20). lebih kurang macam ni. apa kegunaannya? macam aku pernah kata sebelum ni sediakan jadual belajar kan. so ini sequel dia lah. dalam jadual tu, masukkan waktu bila nak buat homework. selalunya aku suka selesaikan homework time balik sekolah lepastu baru ikut jadual nak study apa.
Rasanya cukuplah ini je. memang ini pun cara aku belajar sebab kekadang aku pun tak belajar mana pun. jadual belajar pun entah ke mana. lagi satu, kalau korang pakar dalam satu subjek tu apa kata korang ajar kawan-kawan yang lemah. In Shaa Allah korang dapat pahala dan ilmu akan bertambah. jangan risau okay ;) kalau kawan mintak korang ajar, korang ajarlah apa yang korang tahu. bila kawan yang kita ajar tu dapat apa yang kita ajar then dia lulus contohnya, kita pun tumpang gembira tau. best sangat!
Aku sendiri pun kekadang serabut mana nak belajar, mana nak rehat. kekadang rehat tu lebih dengan alasan penat. OMG! penat lah sangat kan. hahahaha. setiap orang ada cara dia belajar yang tersendiri. tak kisahlah macam mana sekalipun kan. emmm aku pun dah tak ada apa nak tulis lagi, rasanya elok aku mengundurkan diri. chewahhh.
Sekian, wassalam :)
0 budak comel