Tentang sahabat

11/17/2015 01:06:00 pm

Andai kau ingin bersahabat...

Terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan semuanya sempurna...
Kerana kau juga tidak sempurna.

Andai kau ingin seorang kawan...
Janganlah kerana sifat cerianya...
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan...
Kau mungkin akan menyalahkan dirinya.

ANdai kau ingin berteman...
Janganlah kerana kebaikannya...
Kerana mungkin dengan satu keburukannya...
Kau akan membenci dirinya.

Persahabatan lebih bernilai berbanding percintaan...
Antara percintaan dan persahabatan, persahabatan lebih lama bersama kita...
Tanpa sahabat, pasti kita hilang tempat ketiga untuk mengadu.

Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya.
Sentiasa bersama dalam suka dan duka.
Menegur kesilapan, memuji kebaikan, menutup keaiban.
Tatkala terlupa dialah yang mengingatkan.
Tatkala bergelap dialah yang menerangkan.
Tatkala terkurang dialah yang menambah.
Dia yang selalu ada waktu diperlukan.
Kerana tawa dan tangis sahabat itu sebenarnya sentiasa bersama dan hanya berpisah dengan redha Allah...

Jangan kita sangka kawan yang sering menegur kita itu adalah orang yang bertaqwa hakikatnya, dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga...
Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tidak diuji hakikatnya, dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga...
Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna hakikatnya, dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka...
Kawan kita itu bukanlah malaikat...
Dia juga manusia seperti kita...
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...




p/s: ini adalah antara ayat yang pernah aku tulis dalam buku masa form 4 dulu. ada sebahagian yang aku copy dari internet dan ubah sikit. :)

You Might Also Like

1 budak comel

  1. Hi, please follow my blog and follow my blog, thank you. lispot.comz-juelita.blog

    ReplyDelete