Terima Kasih
11/12/2015 12:37:00 pmAssalamualaikum and hello everyone!
Waktu aku bukak facebook tadi tiba-tiba aku terjumpa gambar bekas guru kelas aku waktu tingkatan lima. rindu. hanya itu yang aku nak gambarkan sekarang ni. dan dengan sepantas yang boleh aku lari masuk ke bilik dan ambil laptop sebab aku rasa aku nak buat entry tentang cikgu. dan harap sangat cikgu boleh baca. In Shaa Allah :)
Tahun 2014 merupakan tahun kedua aku bersekolah di SMK Seri Perak, Teluk Intan. aku dah semakin mengenali dengan lebih rapat semua kawan-kawan dalam kelas. tahun ni merupakan tahun yang terpenting buat kami sebab kami akan menduduki SPM hujung tahun nanti. hari pertama ke sekolah untuk tahun ni aku datang lambat sebab terlalu bersiap macam nak pergi berjalan. sedangkan nak pergi sekolah je. sampai je dekat pintu pagar, aku rasa macam "aku tak rasa aku pernah sekolah sini sebelum ni." dengan rasa excited nak jumpa kawan-kawan, aku terus melangkah ke tapak perhimpunan. rasa bersemangat gila sebab hari first sekolah.
Bila perhimpunan dah berakhir, perasaan nak tahu siapa guru kelas untuk tahun ni tu tak boleh digambarkan. dan paling aku tak sangka bila diumumkan yang guru kelas kami ialah Cikgu Rohana. aku ingatkan aku salah dengar tapi sebenarnya tak. selama setahun aku dekat situ, aku selalu dengar orang cakap Cikgu Rohana ni garang orangnya. akiu yang langsung tak kenal cikgu terus percaya dengan apa yang aku dengar.
Melangkahkan kaki ke dalam kelas buat aku rasa gerun sangat. apalagi dengan ekspresi muka cikgu yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan. hari pertama dengan cikgu yang penuh dengan kebisuan. macam tak ada sesiapa yang berani bersuara saat tu. semuanya diam dan tertunduk mendiamkan diri dek kerana takut. aku terfikir, macam mana nak jalani hari-hari sepanjang tahun ni dengan keadaan yang macam ni?
Bermacam-macam yang kami alami sepanjang belajar dengan cikgu. sedikit sebanyak aku dah mula faham apa yang cikgu nak. walaupun cikgu tak pernah sekalipun menunjukkan senyumnya kepada kami tapi, aku yakin dia sebenarnya sedang tersenyum dalam hatinya. aku semakin faham kenapa bagi aku cikgu terlalu cerewet. ada sebabnya tersendiri. pada awalnya aku kutuk macam-macam tentang cikgu tapi, cikgu tak lah seperti yang di katakan orang. bagi aku, cikgu tersangatlah baik. dan cikgu terbaik pernah aku ada selama ni.
Aku bersyukur sebab dapat seorang cikgu yang mengajar subjek Bahasa Melayu macam cikgu. di sebabkan cikgu, aku faham apa kesalahan aku dan apa yang sepatutnya aku buat. cikgu terlalu sabar dengan kerenah anak murid dia. segala apa yang cikgu ajar sampai sekarang masih segar dalam ingatan aku. tak pernah sekalipun aku lupa. persepsi aku tentang cikgu berdasarkan kata-kata orang lain, aku buang sejauh-jauhnya. aku makin sayang dengan cikgu. tak pernah sekalipun cikgu senyum dekat aku, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dah bagi senyuman buat cikgu.
Tak siap kerja sekolah. semua cikgu akan marah kalau murid dia tak siap kerja sekolah. macam tu jugak dengan cikgu. bermula dengan cikgulah, aku berusaha untuk siapkan kerja sekolah yang dia bagi. dan tak sangka aku selalu pastikan kerja sekolah selalu siap. cikgu mengajar bukan untuk lulus cemerlang je tapi cikgu ajar untuk berdisiplin dalam melakukan apa pun pekerjaan. kekemasan yang paling utama.
Peperiksaan percubaan SPM semakin hampir, terlalu banyak latihan yang cikgu bagi. aku mula mengeluh sebab terasa betapa tertekannya belajar. tapi aku lupa, cikgu takkan bagi latihan yang bertimbun sesuka hati. ada sebabnya, iaitu nak tengok anak murid dia berjaya. aku ingat lagi, betapa aku sanggup stay dekat sekolah sebab nak siapkan lima ayat menggunakan perkataan yang cikgu bagi berserta maksud. Alhamdulillah di sebabkan itu, aku mampu hasilkan ayat yang cikgu nak selama ni.
Hari terakhir di sekolah lepas tamat SPM adalah paling sedih sekali buat semua. satu yang aku harapkan untuk hari tu. aku nak sangat jumpa dengan cikgu tapi aku tak berpeluang. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat cikgu sebab mengajar kami selama ni. disebabkan cikgu, aku berpeluang untuk peroleh A dalam Bahasa Melayu waktu percubaan tu. sepanjang dekat menengah atas, tak pernah sekalipun aku dapat A. hanya cikgu, hanya dengan cikgu aku ada peluang tu.
Pada hari ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat cikgu sebab pernah mengajar saya. saya pernah dapat keputusan Bahasa Melayu yang teruk tapi, dengan tunjuk ajar cikgu saya mampu dapat apa yang saya nak. walaupun cikgu ajar bukan macam cikgu lain mengajar tapi, cara cikgu yang paling terkesan buat diri saya. saya berdiri dengan apa yang saya ada sekarang di sebabkan jasa baik cikgu. maafkan segala salah silap saya dengan cikgu selama ni. saya sayang cikgu! mungkin lepas ni kita berpeluang untuk jumpa balik dengan keizinan Allah Swt. Anugerah Guru Paling Digeruni, saya tak sangka cikgu yang dapat anugerah tu, sebab kami tak pernah undi. apa-apa pun, saya doakan kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan buat cikgu dan keluarga. sekali lagi, Terima Kasih saya ucapkan buat cikgu.
5 Science 2 of Smk Seri Perak |
Sekian, wassalam :)
0 budak comel