Pengalaman yang mematangkan

7/02/2016 09:57:00 pm

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 27 Ramadhan kita lalui. tinggal lagi tiga hari je kita nak tinggalkan Ramadhan dan menyambut kedatangan Syawal pula. bulan Ramadhan ni sebenarnya banyak mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih baik dan In Shaa Allah akan berpanjangan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya.

Harini aku nak share satu pengalaman yang aku lalui sepanjang Ramadhan kali ni. dan sememangnya aku rasa itu adalah sesuatu yang tersangat menguji dalam hidup aku. semuanya mengajar untuk aku terus kuat dalam meneruskan kehidupan selepas ni.

Memandangkan semester mula pada awal Ramadhan, memang berat sangat rasanya hati ni nak pergi. yelah, first day puasa dah tak dengan family. mana tak sedihnya. tak cukup dengan itu, ada lagi dugaan yang aku kena tempuh untuk awal Ramadhan hari tu. di sebabkan satu salah faham, semuanya jadi huru-hara dan gaduh sana sini. semuanya sebab melayan ego masing-masing. memang kalau aku pun, aku akan marah tapi buat apa kita nak marah lama-lama dan melayan ego tu. dan di sebabkan ego tu jugak, semuanya bertambah rumit.

Hari pertama dekat U memang tersangat perit sampai aku rasa nak balik rumah on that time. tak sanggup nak hadap kebencian orang dekat diri kita. tapi, niat nak belajar tu kena ingat balik dan harapan mak abah tu kena selalu ingat. aku yakin yang Allah selalu ada dengan aku, doa mak abah pun akan selalu iringi aku. tapi, aku tak sanggup nak hadapi semuanya sendiri.

Macam-macam yang aku lalui sampai rasa lama sesangat semuanya. sampaikan perkara yang aku cakap bukan pasal orang tu pun, dianggap sedang cakap pasal dia. hati ni rasa disiat-siat bila dituduh itu ini apatah lagi digelar manusia sampah. satu je nak cakap, orang-orang yang rapat dan kenal aku lama tahu macam mana perangai aku. aku tak pernah cakap sesuatu dengan serius apatah lagi dekat media sosial.

Tapi, biarlah apa orang nak fikir pasal kita. satu keburukan kita memang akan tutup kebaikan yang pernah kita buat sebelum ni. bukan nak kata "aku dah mintak maaf dah dengan dia". bukan macam tu, aku mintak maaf sebagai tanda nak kami berbaik semula dan cuba sama-sama lupakan apa yang berlaku. tapi, langsung tak berbalas text yang aku hantar tu. bila dah explain apa yang dia nak, tetap berdiam diri. dan bila jumpa, pandang pun penuh dengan kebencian.

Betul lah cakap orang, orang hanya ingat apa keburukan kita tapi tak ingat langsung kebaikan kita. bukan nak menagih simpati atau apa-apa sahaja. cuma nak kongsi apa yang aku rasa. orang sindir, orang perli semuanya aku hadapi sendiri. dan paling tak faham, kenapa mesti nak mencari apa lagi kesalahan yang kita lakukan dan ungkit semuanya semula.

Bercerita mengenai aib orang dengan bahagianya. ingat, bila-bila masa je Allah akan balas balik. yes! aku mengaku yang semuanya bermula dengan aku dan aku dengan ikhlasnya mintak maaf atas semua kesalahan yang aku lakukan. jangan bercerita tentang keburukan orang dengan gembiranya. menggelarkan orang dengan gelaran yang bukan-bukan. marah macam mana sekalipun, kawal! jangan sampai satu hari nanti apa yang kau buat kena dekat diri sendiri.

Maaf atas apa yang dah jadi. semoga Ramadhan kali ni memberi makna buat kita semua. apa yang dah jadi, buatkan aku kuat untuk hadapi apa yang bakal jadi kemudian hari. Allah sentiasa ada dengan aku. aku masih ada keluarga, kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku tak kira susah ataupun senang, Azian, Anida, Aida, Aina, Diyana, Yana, Wani, Syima dan lain-lain. aku hargai sangat-sangat dengan apa yang korang buat selama ni. terima kasih sebab selalu ada dengan aku. aku sayang korang sesangat.

Sekian, wassalam :)

You Might Also Like

0 budak comel